Post kali ini saya petik dari sebuah buku yang telah dibeli, dan akan dihadiahkan kepada seseorang sempena ulangtahun kelahirannya yang ke.... ^_^ sebelum bagi, baca dulu..hehe.. Tajuk buku adalah "Offline dengan Syaitan", karya Zulkifli Khair. Kenapa saya memilih buku ini untuk dihadiahkan kepada 'dia', kerana cara penyampaian dan pengolahan penulis lebih kurang berkait dengan jurusan yang diambil oleh 'dia', dan yang lebih penting, isi buku ini amat bermakna untuk direnungi dan diambil iktibar oleh kita semua, manusia ciptaan Allah yang dicemburui oleh makhluknya yang lain bernama syaitan..
Virus P1A1
Dalam buku ini, salah satu tajuk yang diperkenalkan adalah "virus P1A1", selari dengan nama virus yang pernah cukup popular suatu ketika yang lepas, H1N1. Apakah itu virus P1A1? "Panjang angan-angan". Saya memilih tajuk ini untuk dikongsikan bersama kerana ia adalah peringatan yang bermakna buat diri saya sendiri dan insyaAllah, untuk kita semua. Mungkin kerana keadaan saya yang ketika ini di dalam mood cuti. Cuti=banyak masa=tak tahu nak buat apa=panjang angan-angan=bermalas-malasan=leka dan lalai...
Tulisan yang seterusnya, adalah apa yang disampaikan oleh penulis..
Manusia yang diserang virus P1A2 adalah manusia yang terpedaya dengan pujuk rayu syaitan. Ibnu Qayyim al-Jauziyah memberitahu, virus 'Panjang angan-angan' mengheret manusia kepada sifat bermalas-malas. Malah ada yang lebih buruk daripada itu. Virus ini menyebabkan mereka mati dalam keadaan tidak sempat memeluk agama Islam, sedangkan mereka sudah yakin tentang kebenaran agama Islam.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah menulis:
Ramai dalam kalangan orang Kristian dan Yahudi yang sebenarnya berminat pada Islam. Tetapi iblis bertindak menghalang mereka memeluk agama Islam. Kata iblis,"Jangan bertindak terburu-buru. Fikirkan mengenainya sekali lagi secara matang." Iblis terus-menerus membisikkan kata-kata itu sehingga mereka akhirnya mati sebelum sempat memeluk agama Islam.
Iblis turut menghalang orang yang berdosa daripada bertaubat. Akhirnya mereka menjadikan nafsu syahwat sebagai matlamat hidup. Kata seorang penyair, "Jangan segera melakukan dosa kerana nafsu berahi dan jangan melengah-lengahkan taubat sehingga kemudian hari."
Ramai orang yang ingin berbuat kebaikan, menangguhkannya kerana dihalang oleh iblis. Kepada orang yang hendak belajar, iblis berbisik, "Tunggu dulu." Kepada orang yang hendak mendirikan sembahyang malam, iblis berbisik, "Engkau masih punya banyak waktu."
Iblis sentiasa mendorong manusia supaya bermalas-malasan dan menjadikan amal kebaikan sebagai angan-angan semata-mata.
Orang yang mempunyai semangat harus bertindak berdasarkan semangatnya. Semangat mampu menewaskan angan-angan. Ketika dalam keadaan bersemangat, timbul rasa takut dan bimbang sekiranya apa yang ingin dilakukan tidak dapat dikotakan. Mereka juga sedar masa yang berlalu tidak kembali lagi.
Orang yang hendak melakukan kebaikan, terhalang melakukannya kerana panjang angan-angan. Pada masa yang sama, manusia dibisikkan pula supaya melakukan kejahatan. Akhirnya mereka terus-menerus berkeadaan begitu.
Orang yang panjang angan-angan suka membuat andaian. Contohnya mereka berkata, "Sekiranya saya dapat rezeki lebih, saya akan bersedekah." Percakapan sebegitu tidak ada faedah. Antara generasi awal Islam, ada yang berkata,"Saya ingatkan kalian mengenai bahaya membuat andaian, kerana membuat andaian itu adalah pasukan iblis paling besar."
Perbandingan antara orang yang panjang angan-angan dengan yang berwaspada, ibarat orang yang hendak berjalan jauh. Orang yang berwaspada berusaha menyiapkan bekalan secukupnya bagi perjalanan yang jauh itu. Sebaliknya orang yang panjang angan-angan menangguhkan persiapan sehingga akhirnya gagal membawa bekalan secukupnya dan menghadapi masalah dalam perjalanan.
Begitulah perumpamaan manusia di dunia. Ada yang sedar dan berwaspada, ada yang terpedaya dan panjang angan-angan. Manusia yang berwaspada tidak cemas apabila kematian menghampirinya. Manusia yang panjang angan-angan sebaliknya berasa takut dan kesal.
Kami memohon keselamatan kepada Allah daripada tipu daya dan pujukan syaitan, kejahatan jiwa dan dunia. Sesungguhnya Allah maha dekat dan maha mengabulkan doa. Semoga Allah menjadikan kita termasuk ke dalam golongan orang beriman.
Cuti, saya dan P1A1
Ada apa dengan cuti? Cuti adalah masanya yang membuatkan kita rasa kita ada banyak masa lapang. Terasa banyak, mungkin kerana kita tak perlu lagi membuka mana-mana buku yang berkaitan dengan pelajaran ataupun buat apa-apa aktiviti lain yang berkaitan denagn kampus tempat kita belajar. Cuti mengajar kita untuk merehatkan minda dengan bahan-bahan bacaan yang memenatkan otak kita semasa kita tidak bercuti. Senang kata, amat-amatlah mengkagumkan diri saya pada sesiapa yang 'study' semasa cuti. Huhu.. Jadi, apa yang saya buat semasa cuti? Itulah yang sedang difikirkan. Semakin banyak masa terluang yang ada, semakin banyak peluang untuk ia terbang begitu saja, dengan sia-sia. Buat masa ini, alhamdulillah, saya disibukkan dengan elective posting di Aman Palestin. Buat kerja-kerja pejabat, ataupun kalau ada aktiviti luar, jaga pameran dan jualan, kat sekolah ke, kat masjid ke, kat universiti lain ke, begitulah. Satu pengalaman yang baru la jugak. Seterusnya, apa ya? Lepas habis di Aman Palestin, misi mendapatkan lesen memandu mesti dilaksanakan...! Lepas tu balik rumah. Balik rumah... hmm... best, memang best. Tapi perancangan yang teliti belum ada. Apa yang diharapkan, semoga saya dijauhi daripada jangkitan virus P1A1, semoga saya tergolong dalam mereka yang sedar, dan tahu berwaspada.. amin...
p/s: Kepada yang akan menerima buku ini, dan telah terbaca artikel ini, sori dah terbaca dulu buku ni. Walaupun surprisenye dah terkurang, adiah ni tetap istimewa, sebab first time bg adiah bday kat.... heee

0 comments:
Post a Comment