18 March, 2010

Edisi Istimewa...

Salam...

Sahabat-sahabat yg disayangi dan dirindui...
Pertama sekali saya,pemilik nama Nur Nadila Alia Hamzah ingin memohon kemaafan dari hati yg ikhlas daripada sahabat2 sekalian dek kerana kelewatan mencoretkan sepatah dua kata dalam blog yg didedikasikan khas buat persahabatan kita:)

Sempena dgn tarikh hari ini 18Mac2010,entri ini juga ditujukan khas buat 'adik' di kalangan kite ber3,Norsyamimi Azaki aka Sya yg mana pada tarikh keramat ini yakni 22tahun yg lalu seorang bayi yg suci murni telah dilahirkan menjenguk dunia yg penuh pancaroba..

Dengan itu,saya dgn rasa rendah diri mengucapkan;

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-22 SYA!

a year older,a year wiser

setahun umur kita bertambah,setahun kita mendekati kematian...

semoga dirimu sentiasa dibawah rahmat Ilahi dan usiamu diberkati olehNya!

Ok,rasanya dah cukup special dedikasi buat yg berkenaan..nak hadiah?kena tunggu sy balik:D


Imbauan..

Kita semua(esp sy,sya&dayah) ditakdirkan utk bertemu dan menjalinkan ukhwah yg sangat bernilai sy kira..salah satu anugerah yg istimewa yg pernah hadir dalam hidup sy...kalian telah mencorakkan kanvas kehidupan sy dengan lukisan2 yg pelbagai bentuk dan warnanya..sungguh,sy xpernah mengimpikan dan terbayangkan akan wujud jalinan persahabatan sebegini sehinggalah sy dikurniakan sahabat2 spt kalian..

Subhanallah..hanya dgn izin-Nya sahaja kita boleh bertemu dan berpisah...perpisahan bukan pengakhiran segalanya,malah satu detik permulaan yg baru dalam lembaran hidup kita..masing2 membawa haluan setelah tamat pengajian di tanah gersang SMSPP untuk mengejar cita2 dunia...juga membawa kita mengejar cita2 di akhirat..biar pun jauh beribu batu,kalian tidak pernah luput dari ingatan..mungkin waktu yg terhad dan masa yg dirasakan singkat(walaupun hakikatnya kita masih diberi 24jam sehari) menjadi batu penghalang utk kita bersama dan meluangkan masa seperti kita di zaman persekolahan..komitmen juga semakin bertambah,tugas semakin berat dan tanggungjawab juga semakin serius...

Seperti entri2 yg dipostkan oleh sahabat2 sebelum ini(wpun saya xmenulis,tp sy mengikuti:)),saya juga sangat merindui gelak tawa,suka duka dan pahit manis bersama kalian...tiada yg dapat menandingi keikhlasan dan kekuatan jalinan ukhwah kita...sy di sini sendirian tanpa kalian..kalian sememangnya layak digelar SAHABAT dunia akhirat..aminnn...

setakat ini sahaja buat kali ini...sy sebenarnya ketandusan idea&ilham utk menulis..hehe..dah lama xmengarang..ayat pun macam lintang-pukang...as time goes by,harapnya blh improve..

Last but not least,
jazakallahu khairan kathira buat perintis blog ini,Norsyamimi Azaki yg telah menyediakan platform utk kita berkongsi suka duka hidup,semalam,hari ini dan esok dan sebagai peringatan buat kita semua....

Khas buat insan bergelar sahabat...



3 comments:

ImimaysroN said...

inilah yg dnanti2kan.. thanx alia.. miss us so much..! ^_^

aliaaila said...

hehe..yg dinanti2kan sy menulis ke menanti wish birthday?hihi..gurau je!
ur welcome,dear..i miss u more than u do!!:))

suffy said...

akhirnya alia muncul... kita tengah tunggu ana nih... ana, where are u??? (ana tgh create google akaun sebelah sy skrg.. ;-) )

Post a Comment