Salam rindu buat sahabatku sekalian, semoga rahmat Allah mengiringi setiap hembusan nafas kalian… Entry ini ditulis khas untuk kalian ( Sya, Eda, Alia). Dengan erti kata lain, khas untuk F4. ( huhu, ana jangan marah, nanti akan ada entry khas untuk ana)
Sekadar untuk menduga ingatan kalian pada sebuah janji ( lebih tepat lagi disebut impian) yang pernah kita ukirkan sewaktu di alam persekolahan dahulu.. tak silap, masa tu kita form 4. 4 Fatimah yang happening dengan pelbagai gelagat ahli kelas yang terdiri daripada kebanyakan “pemimpin” di sekolah. Kenapa saya cakap macam tu?? Sebab kelas tu ada ketua pengawas, ketua asrama, ketua BADRI, ketua ape lagi?? Ketua kelas….Heee
Sya, Lia, Eda ingat tak pada janji kita, untuk sama-sama menunaikan umrah apabila kita sudah mempunyai pendapatan sendiri nanti?? Impian yang terlalu murni, pada tanggapan saya. Setelah hampir 6-7 tahun berlalu, di manakah kita sekarang?? Huhu, masihkah lagi dengan impian tersebut, atau impian itu sudah terkubur di hati kalian atau mungkin ianya sudah menjadi bahan ketawa… Saya yakin, kalian tidak pernah lupa pada impian tersebut sama seperti saya yang sentiasa mendoakan supaya Tuhan makbulkan impian kita.
Kita sering impikan sesuatu yang indah dalam hidup kita, kan?? Bukan angan-angan mat jenin, tapi kita berempat memang suka mengukir impian. Saat impian untuk sama menunaikan umrah diukir, antara yang saya ingat, alia mencadangkan untuk kita sama-sama menunaikan umrah dengan ditemani suami tercinta masing-masing (yuhuu,,!!). Dan saya menambah untuk kita sama-sama membawa permata hati (mak ayah) kita di sampaing suami kita. Sya cuma diam tersenyum… Eda pula masih dengan muka selamba, tapi saya tahu hatinya berminat dengan cadangan tersebut.. Ana?? Di mana Ana pada ketika itu?? Waktu tu, kita gelarkan ana sebagai F4 reserve..heee, kenapa??? Sebab ana akan hadir bila salah seorang daripada kita tiada bersama.. Pantang jumpa, pasti berderai gelak tawa kita. Tambah pula, girl’s scholl… heee, takde maknenya nak control semua tu.. Bahagia kan kehidupan kita masa tu??
Sekarang, bila kita semua dah tinggalkan impian tu kurang lebih 7 tahun, secara jujurnya saya masih mengharapkan agar kita sama-sama berusaha untuk realisasikannya. Pada saya, jalan kita KE SANA kian terang… Cuma masa dan ketika yang menentukan nanti.. Insyaallah, DIA MAHA MENGETAHUI akan impian hamba-hamba-NYA yang mengimpikan untuk menziarahi Baitullah bersama sahabat-sahabat yang dikasihinya.. Allahurabbi… Tuhanku, permudahkan segala urusan kami dan jadikan kami hamba-Mu yang sentiasa patuh akan ajaran serta suruhan-MU.. Amin..
p/s: Alia, kalau nak tunaikan impian tu dalam masa terdekat, nampaknya kami kena struggle cari calon suami.. heee!
16 March, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
umrah yek, bkn haji??? hehe.. hmmm.. pnjang jgk angan2 kita eh.. x pe, angan2 yang bermakna, dan berguna, insyaAllah, diizinkan Allah.. amin..
^_^
hee..ingat!!moga2 jalan kite utk ke tanah haram tersebut dipermudahkan olehNya...kalo suatu hari nanti sy pergi dulu,kalianlah sahabat2 yg akan mendoakan sy dr sana:)
Post a Comment