16 June, 2012

Rindu bangaet....!




Akan ku jumpa--- Azfar

Ku mengatur langkahku

berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti

Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu









Assalamu'alaikum w.b.t...




:) Alhamdulillah, ditakdirkan Allah entry ini, insyaAllah..
Lama sudah menyepi.. kan?


Internet kat rumah lambat sgt...
alasan utama.. 
tapi, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan?
sekali lagi, manusia!




Ah, manusia yang sentiasa mahu berdolak dalih..
sudah puas berdolak dalih, akhirnya mengaku juga..
saya manusia...
ye, memang...




Akan ku jumpa




Lagu ni dah lama, bukan lagu baru pun..
Saya sangat2 suka... 
masih lagi menjadi lagu pertama yang menjadi pilihan bila mula bukak pilihan-pilihan 'halwa telinga'
Ditakdirkan, hari ni internet laju sket...
Pagi ni tak banyak keje sangat nak buat..
Sambil2 tungu orang bangun.. (hehe....)
Dah rindu sangat nak mencoret di sini..
Disuntik semangat oleh blogger2 kegemaran saya..
Alhamdulillah, Allah izinkan..
Sebelum diri menjadi 'tak tahu la macamana', lagi 2 minggu je..




Again, 'where there's a will, there's a way'


saje je...bukan saya yang buat pun.. tapi saya suka agar-agar ni... sebab dia warna biru+hijau... ^_^
captured @ cousin's wedding @putrajaya 




tu je dulu.. moga berjumpa lagi.. insyaAllah...




Akhir kata
Ku takkan pernah cuba berhenti, langkah ku mencari cinta...
InsyaAllah!






Salam rindu... ^_^v
















ps:
1. mengatur langkah ke fasa baru sebuah kehidupan... semoga dipermudahkan segalanya, ameen
2.berdebar nak stat keje...
3.rindu sangat2 zaman u... huk2
4. my first trial of ..................., terlebih lemon, terlebih gula...huhu.. nanti saya cuba lagi ye..
5. semua... All the best! 



09 May, 2012

Dari Hati yang RINDU.


Assalamualaikum semua..
Saat ini, terasa rindu yang teramat pada kalian. Sangat!
Terbayang setiap kenangan yang pernah singgah dalam kehidupan kita suatu masa lalu.
Tapi, jari ini tak pandai bercerita betapa saya sangat rindu pada kalian.
Saya cuma mampu sertakan nasyid di bawah. Sungguh liriknya benar-benar menceritakan kisah kita.
Moga saat yang indah, kuharap berulang lagi.




Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi...

* Tuhan, payungi mereka dengan rahmat-MU, bila tempatku bukan lagi disisi mereka. 

22 April, 2012

ALHAMDULILLAH...

Malam ni dalam sibuk-sibuk nak siapkan paper exam pertengahan tahun budak2 ni, dapat tahu yang kawan-kawan tersayang ni sedang menuju bahagia...ALHAMDULILLAH...hepi sangat...tahniah sya and alia...semoga semuanya berjalan lancar..and jangan lupa tuk doakan kami yang 'belum' lagi ni ye...


p/s: sebelum sya and alia melangkah ke satu dimensi baru, harap sangat kita boleh luangkan masa sama-sama...sya, alia and dayah...girls hang out together...g piknik ke...tengok wayang sama-sama ke...main boling ke...kan best??? Hopefully...=p (ok lah, nak sambung buat paper ni.malam ni tidur lewat lagi lah nampaknye...hehe)

18 April, 2012

Perjalanan menuju CINTA

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni dah 18 April..
Tapi entry pertama untuk April belum ada...
Padahal exam dah habis
Padahal cuti dah lama start
Padahal masa lapangnya banyak
Tapi, tetap juga 'sibuk'....
Manusia!

(haha, amenda la syamimi ni... hehe.. mode bila rasa dah lama tak menulis kat sini,.. ^^)


Perjalanan menuju CINTA

CINTA- menggunakan huruf besar
Sebab ia bukan cinta biasa
Tapi cinta kepada 'pemilik cinta'...
Ada lagikah cinta yang sebesar CINTA itu?
Takde, kan...

(wahhh, syamimi, sudah mula berbicara soal cinta... huhu... lalalala)

Merasa tidak layak untuk berbicara soal cinta
Tapi tetap mahu menulis di sini...
Kerana cinta, sukar digambarkan dengan kata-kata
Tapi ia tetap, indah di dalam hati

Perjalanan saya menuju CINTA?

InsyaAllah, semakin pasti..
Semakin yakin...
dan semakin mahu...

Tajuk ni berat, kan.. (bagi saya la..) ? sebab saya bukan la pandai dan arif pun untuk mengolah..
Tapi, ini kan blog saya (dan sahabat2 lain..)
So, kuasa saya la, nak buat macamana pun.. hehe

Sekadar mahu menghargai perjalanan hidup saya, yang saya rasa bermakna...
kerana ia adalah cinta-cinta menuju CINTA.. :)

dan saya sekarang, mahu membiarkan gambar berbicara...

cantik tak? saje tangkap, menghilangkan lelah setelah penat berlari. cinta di taman tasik permaisuri. daripada ragu-ragu, menjadi satu kesukaan dan sumber ketenangan. note: di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, dan di mana ada jalan, di situ ada hasilnya! :)

kanak-kanak riang..hehe.. cinta di ibnu sina dan neurosurgery seminar room. study group express and efficient pro exam. enjoy the study very much! terima kasih doktor-doktor! note: tak kenal, maka tak cinta! :)

lagi, kanak-kanak riang (suke hati saye je eh? hehe, jgn marah) tak lengkap sebenarnya, tapi takpe la, yang ni je ade. cinta di putrajaya. bila lagi la agaknya boleh berusrah di sana.. hmm.. note: ukhuwah itu sangat indah apabila kita punya satu tujuan dan matlamat yang sama!

Alhamdulillah, doa termakbul. cinta di mana-mana je.. hehe.. trima kasih kpd tukang buat poster ni, dan terima  kasih atas doa semua.. note: sungguh, sayang dan cinta kalian kerana Allah.. :)

owh, mereka ye.. ini kanak-kanak rebina yang ceria gembira..hehe.. takde la kenal sangat sebenarnya, tapi tak tahu kenapa, rasa rapat (yang datang je la ade kat sini..huhu).. ye! cinta di markazzz dan cinta di mane-mane juge.. note: banyak belajar dari mereka, dan belajar dari mereka itu adalah sangat bermakna..  :)

ha, mereka.. kanak-kanak riang gembira tanpa henti...hehe.. ah, 3 years of great relationship, and another 3 years of  persistent care... cinta di bandung, hukm dan malam ni di grand season hotel.. note: cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.. yes, you guys are like that.. ^^v

kenalkan, doktor2 md ukm 2012, walaupun tak nampak , takpe, letak je la  memori yang paling latest..  3 tahun yang penuh memori, of course! cinta di hukm, dan malam ni di grand season hotel, semoga bertemu semula di oktober nanti!  note: live this life with great people, feels like, want to be as great as them!

wahh.. mereka.. sangat mengkagumkan.. sangat2 pasti akan merindui pengalaman bersama mereka, dan akan bersama bekerja bersama mereka! insyaAllah..  cinta di bangi, port dickson, dan lain2 tempat, selalunya dan kali ini di putrajaya.. note: sungguh, cinta Allah adalah sebab untuk hidup! :)


Alhamdulillah, law of attraction, managed to attract it. thank you Allah! cinta di  kolej tun dr. ismail, F2203.  suka duka, kita bersama kan? hehe, bercakap dengan bilik la pulak.. ^^ note: no place like home.. kan?


Alhamdulillah, after 6 years! professional exam, sungguh, cukuplah sekali seumur hidup, tak mahu dah..  Buat mereka yang Allah Tahu anda mampu mengulanginya, sangat mengagumi kalian, be strong, because indeed, you are! dan sesungguhnya, segala kemampuan dan kekuatan hanyalah daripada Allah. cinta di hari semalam, hari ini dan hari esok.. note: saat ini, sangat-sangat terasa, bahawa aku hanyalah seorang hamba. Dan aku adalah hamba yang berTuhan!


Alhamdulillah, murah rezeki. Sungguh, segala rezeki dan ketetapan  di tangan Allah, dan segala  kurniaan Allah adalah berdasarkan sangkaan hamba kepadaNya.. (tiba2 speechless..hehe) em, dan cinta kerana Allah itu indah! Alhamdulillah... memang la makan kek sekeping pun dah rasa cukup muak, tapi bukan saya dulu pun yang mintak sebijik.. hehe.. cinta di 'sini', juga di'sana', insyaAllah.. note: InsyaAllah, i'm going to be a good muslimah doctor.. ok? :)


hehe.. saya dah dapat buku ni.. jangan jeles..huhu.. berjaya menjadi antara pemilik terawal, first time beli buku online, best gak, senang... Alhamdulillah. cinta di alam maya dan alam nyata. note: di mana pun, bila pun dan siapa pun, mahu bercinta kerana Allah, dalam perjalananku menuju CINTA... :)


p/s
1. entry ni, tak buat pedih mata pun kan? baguslah.. ^^
2. eerrmmm, pasti rindu... ye, pasti!
3. kamera hp saya tak cukup focus untuk tangkap gambar pen (tulisan yg ada kat situ sebenarnya)..huhu
4. palpitation--> just be yourself! :)

Prinsip

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum w.b.t...

Prinsip hidup

Ada orang tanya saya...
"Ape prinsip hidup awak?"

Dan saya.. errmm... prinsip hidup.... ? kena pikir la pulak. Sebab tak pernah pulak bagitahu orang lain prinsip hidup saya. Dan takde la pulak rasanya, bila dah 24 tahun hidup ni, masa dolu-dolu ada tetapkan sebuah 'prinsip' terlebih dahulu untuk meneruskan hidup.

Tapi, saya tahu, prinsip hidup tu, adalah apa yang kita sedang percaya, dan kita bertindak berdasarkan apa yang kita percaya..

Dan saya pun, cubalah untuk menaip apa yang saya percaya dalam bentuk perkataan di monitor laptop..


first time tengok ros biru.. huhu..em, saya rasa
saya tak reti jaga bunga la..hehe
"Hidup untuk bahagia" 
-hidup yang di dunia dan di akhirat, dua-dua pun perlu dilalui dengan kemahuan untuk bahagia. sebab bila kita bahagia, baru terasa nikmat dan makna sebuah kehidupan. so, kalau nak bahagia, kenalah berusaha utk bahagia...
-kita selalunya akan bahagia kalau orang2 sekeliling kita bahagia, then, make them happy!
-selalunya bahagia tu di dahului dengan kesusahan, so biasalah tu kalo kena bersusah-susah dulu.. 
-dalam hidup ni, memang banyak dugaan dan ujiannya.. so, kalo tiba-tiba rasa tak bahagia, then something must be wrong.. tengok balik amalan, ingat balik tujuan dan matlamat.. bangun dan usaha semula untuk bahagia..
-finally, kalau kebahagiaan dan ketenangan didunia dpt dicapai, insyaAllah, kebahagiaan akhirat tu tidak mustahil...! InsyaAllah

:)



Bila fikir-fikir balik, tak terperasan pun sejak bila percaya untuk hidup seperti yang di atas. Seiring dengan kematangan usia, mungkin. 

Semoga prinsip, bukan tinggal prinsip, dan percaya bukan sekadar percaya...
Tapi disusuli dan digagahi dengan tindakan..

Tindakan untuk membahagiakan , agar bahagia untuk terus hidup, semata-mata keranaNya.. :)


"Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati"
(Al-Baqarah 2:62)


    Captured at library of Hospital Teluk Intan.. love like you've never been hurt, and dance like no one's watching... like! ^^


Yang ni, prinsip hidup orang lain.. wahai sebaik-baik manusia, semoga terus bermanfaat kepada manusia! :)









p/s:
1. jom, sama2 membahagiakan untuk bahagia.. ^^

24 March, 2012

Allah Knows



When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)

BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows. 



What a beautiful song...
What a really truthful and wonderful lyrics...
Just commented in a friend's blog about how "Allah knows.."
Then just found and currently listening to this beautiful song, shared by a friend in facebook..

No matter what, inside or out,
There's one thing of which there's NO DOUBT

ALLAH KNOWS...!




Believe it or not.. Allah  knows how we would be performed in our final battle..
And believe it or not.. Allah  knows how is it going to be, on the day of 5th April..!

But we? don't know yet, of course..
That's why, we must kept moving... accordingly...!

Keep working... keep praying...

Allah knows...

"perpetual expression of pleasant expectation" ^_^























p/s:
1.Tadi ada orang tu call.. seronok sangat... terima kasih :). banyak lagi benda nak share. tak sabarnya nak habis exam.. (bestnya kalo bole exam tanpa perasaan cuak... berangan lagi dan lagi... ^^)
2. Setakat ni dah ada 15 list post-exam plans..to be added day by day.. heheh (lagi, berangan!)
3. em, orang yang akan exam hari isnin ni mesti dah stat menelaah habis-habisan, tp org yg tahu examnya hari sabtu ni, cuba teka tengah buat apa sekarang ni? ^^... aisshhh..
4. Selamat meneruskan perjuangan buat semua bakal doktor MD UKM 2012! :)

18 March, 2012

Life is a battle...

Nyam2... thank you Allah...
Sharing here, a nice poem by a friend...

Sometimes when life gets tough
As the smooth journey become rough
Just close your eyes and pray
Tell yourself that it will be okay
Stay calm, be wise and think
Of where this journey is taking you
And the fine result it will bring
Once your dream comes true
And if sometimes you happen to fall
Remember, your struggle is not in vain
Remember, you worth it all

For you have so much to gain
Though the roads to success seem very far
Just trudge on through dignity
And be proud of what you are
For you are on your way to victory
And once you reach your journey's end
You can tell your foes and friends
Of what you have done, where you have gone
And proudly say
The battle is over, and
I HAVE WON....


By; A respectable pleasant friend of mine...


"And the first forerunners [in the faith] among the Muhajireen and the Ansar and those who followed them with good conduct - Allah is pleased with them and they are pleased with Him, and He has prepared for them gardens beneath which rivers flow, wherein they will abide forever. That is the great attainment."
(At-Tawbah 9:100)

"Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion."
('Ali 'Imran 3:185) 


So, life is a battle..
Towards the great attainment..
a nice shared pre-birthday cake from siblings.. tq! ^^
Me?
24 years starting and continuing the journey of the battle...
Hopefully, this 24 years were not a waste
Because I do not know yet, if I still have tomorrow
But still, I have to fight!
Yes, I want to fight!
So that I may later satisfactorily say,
I HAVE WON!







Once, had a feeling of reading this book. But strangely, never had a feeling to buy it.  Apparently, Allah had known that i'm going to have this from someone... thank you!







p/s:
1. Pro exam countdown: 1 day! All the best buat kita-kita yang akan mula berperang.. :)
2.Alhamdulillah, thank you Allah for everything...
3. Saya tak pandai sangat pun nak ber 'poem'
4. Kepada yang berkenaan, "Jazakallah khairan kathira"

16 March, 2012

Extraordinary-Normal-Day

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum w.b.t

Sedikit perkongsian tentang sesuatu  yang berharga bagi saya.... ^_^

Pagi

Suatu pagi, dengar radio ikim sambil bersiap-siap nak pegi wad (ada date dengan baby2 comeyl..^^)
Sedikit peringatan dari ustaz buat diri saya yang sedang mendengar.. (setakat yang dapat saya tangkap la)

"Bagaimanakah ilmu yang bermanfaat itu? Tanda kita sedang belajar ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila semakin kita mendalami ilmu tersebut, semakin kita merasakan keaiban dan kekurangan diri, serta mampu membuatkan kita merasa rendah diri (tidak menunjuk2 atau merasakan lebih baik) berbanding orang lain..."

Tersentuh...
Terasa...
Termengerti...

Alhamdulillah, sedang dalam jalan yang benar. Sedang belajar ilmu yang bermanfaat. Sedang berhadapan dengan perasaan normal yang sepatutnya ada...


Saya google semula  ayat 'ilmu yang bermafaat'..


Dalam kitab Bidayatul Hidayah, Al-Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rohimahuLlahu Ta'ala menyatakan bahawa terdapat 6 ciri ilmu bermanfaat, ya'ni seperti berikut:

1)Ilmu itu menambahkan takut pada dirimu kepada ALLAH.
2)Ilmu itu menambah penglihatanmu akan keaiban dirimu.
3)Ilmu itu menambah makrifatmu dalam beribadah(kata guru kami,keseronokan dalam beribadah).
4)Ilmu itu menambahkan kecintaanmu terhadap akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia.
5)Ilmu itu membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
6)Ilmu itu menambahkn penglihatanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan tipu helahnya ketika dia menyesatkan ulama' su'.

Alhamdulillah!


Tengahari

Tengaharinya pula, ayah saya datang melawat. Memang dah ada instinct pun, rasa macam nak jumpa ayah saya sebelum exam. Cuma belum sempat nak bagitau dia. Tup2, papa call tengahari tadi. Sempat makan tengahari bersama, smpat bertukar-tukar cerita...

Alhamdulillah, Allah mendengar bisikan hati kecil saya..
Sekali lagi post kat sini..

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” 
H.R. Abu Hurairah


Alhamdulillah!


Malam

Disebelah malamnya pula. Alhamdulillah, sempat menghadiri usrah bulanan bersama Dr. Rosni. Mungkin, usrah terakhir bersama G10 (haah? tak terperasan pun sebenarnya kenyataan ni... T_T)

Banyak2 sangat2 input berharga..

(1) Tazkirah dari Dr. Alia yang ikhlas meluahkan perasaan tentang kekurangan dan kekhilafan diri. Sahabat mengingatkan kembali tentang diri kita yang 'kadang-kadang sentiasa' lupa untuk mengingati Allah, terutamanya apabila kita sedang dipinjamkan Allah dengan kelapangan dan kesenangan. Timbul pula sedikit malu apabila kita kembali mengingati, dan mengharap dengan penuh kebersungguhan apabila kita dalam kesempitan dan kesusahan...

(2) Dihuraikan pula oleh Kak Aisyah. Adalah normal bagi kita, iaitu hamba yang menumpang hidup didunia ni. Diuji Allah. Sama ada kita diuji dengan kesusahan ataupun kesenangan, hargailah! Bila kita kembali kepada Allah masa kita rasa susah setelah dengan gembiranya merasai kesenangan, alhamdulillah, Allah izinkan kita untuk kembali, Allah campakkan ke dalam hati kita untuk kembali, Allah pilih kita untuk kembali! Jatuh dan bangun adalah kehidupan.

Menarik analogi yang akak bagi. Cardiac monitoring (ECG) yang dalam drama tu. Orang yang tak belajar medikal pun boleh faham, mesin tu, kalau gelombang dia masih tunjukkan turun naik dan berbunyi tet,tet,tet, maknanya orang tu masih hidup. Tapi kalau orang tu dah meninggal, akan ada hanya satu garis lurus yang berbunyi teeeeeeetttttttttttttt...... So kalau dalam hidup kita ni, gelombangnya flat je, tak de turun naik, mati la kite... ^^

(3) Lepas tu sambung dengan huraian "Law of Attraction" oleh Dr. 'Afifah
Bagi contoh la terus.. ada tiga step untuk praktis law ni, untuk mencapai apa yang kita mahu..

1. Kenal pasti kemahuan kita, bukan apa yang kita tak nak

Daripada cakap "Saya tak nak gagal!". Tanya balik diri kita.. Habis tu, apa yang saya nak? ---> "Mestilah saya nak lulus!"

2. Beri tumpuan pada kemahuan kita

Untuk fokus, kita kena betul2 rasa 'kepositifan' kemahuan yang kita buat tu. Walaupun kita kata "Ya, saya akan lulus!", mungkin akan ada cas negatif yang timbul dengan pernyataan tu disebabkan banyaknya lagi kekurangan kita yang kita rasa boleh menjejaskan kemahuan tu.. Jadi, ubah mind setting sebagai "Ya, sekarang ni saya dalam proses untuk lulus, dan saya mahu terus berusaha dan bertindak!" Bila kita kata macam tu, kita rasa betullah kan, kita memang dalam proses pun. Kita sedang berusaha membaca dan merevise bersama kawan-kawan kita. Kena hargai apa yang kita dah revise, daripada dok bimbangkan yang masih banyak tak baca tu.. (sebab sebenarnya memang dah banyak jugak pun kan yang dah revise... insyaAllah..^^)

3. Membenarkan kemahuan kita..

Untuk benar-benar membenarkan, kita kena hapuskan sepenuhnya keraguan yang ada.
Tak boleh fikirkan pun yang kita boleh gagal.. Cara yang boleh kita buat, gunakan contoh orang lain.
"Dalam dunia ni, ada tak medical student yang lulus exam? ada tak senior2 kita yang lulus exam sebelum ni?" Mestilah ada, dah berlambak dah doktor kat dunia ni, takkan kita tak boleh kot.. ^^

Cara lain adalah untuk rekodkan bukti. (ni cam leceh sket la kot, nak kena tulis pulak) Rekodkan setiap langkah yang kita dah berjaya buat, dalam proses kita nak capai kemahuan tu. Contohnya, 'right'kan topic yang dah sempat cover, dah try buat soalan, dah dapat banyak tips exam,dah doa and solat hajat, dah ramai mintak tolong orang doa2kan kita, dah berjaga malam tak tidur, dah tertidur2 pulak masa study group ^^, haa.. macam2 dah buatkan?

Ataupun visualize apa yang kita nak tu. Visualize macamana kita dapat jawab exam dengan mantapnya, macamana kita buat short case and longcase dengan jayanya, bak kata Dr. Sumiati, 'nangis doktor tu dengar jawapan2 mantap kita'.. and bayangkan jugak masa result diumumkan nanti.. 'ehem, ok, calon MD UKM yang seterusnya adalah, G73452, DR. NORSYAMIMI BT AZAKI.... amin!

Kesimpulanya, kita tahu apa yang kita nak, dan kita perlu memproseskan diri kita untuk dapat apa yang kita nak, insyaAllah, kita akan dapat 'attract' segala apa yang kita nak..

Cumanya sebelum praktik law of attraction ni, kena kuatkan tunjang kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah dulu. Bila Allah kata jadi, maka jadilah! Bila Allah kata tak jadi, akan jadi pula perkara lain yang lebih terbaik buat kita! Yakinlah! :)

(4) Ada jugak perkongsian dari doktor tentang doa-doa amalan. Yang paling utama dan senang (sebab most orang dah hafal dari tadika kot...), adalah surah Al-fatihah aka ayat seribu guna. Boleh amalkan 7 kali selepas setiap solat fardhu.. InsyaAllah, hidup akan terasa lebih mudah dan tenang.

(5) Perkongsian dari kak Aisyah jugak, cara nak melunakkan hati supaya sentiasa merasakan keberadaan dan kewujudan Allah dalam apa jua situasi. Setiap malam sebelum tidur, bagitau pada hati macam ni..

"Wahai hati, dengarkanlah, sesungguhnya, aku, iaitu kamu, yakin bahawa Allah sentiasa menjagaku dan kamu, Allah sentiasa mengawasiku dan kamu, Allah sentiasa bersamaku dan kamu, dan Allah Maha mengerti keadaanku dan kamu..."

InsyaAllah. kalau kita selalu amalkan, hati kita ni nanti akan kembali berbisik kepada kita di saat kita sedang  dalam situasi yang sukar ataupun secara tidak tersengaja sedang alpa dan leka daripada mengingatiNya... InsyaAllah...


Hari

Entry ni saya start tulis lepas usrah hari tu (dalam 4 hari yang lepas). Lepas tu tergendala sebab perlu lebih utamakan apa yang perlu diutamakan. Bukan sebab tu sahaja, tapi sengaja berdolak dalih, nak terus sambung tulis ke tak. Kenapa?

Sebab, keesokan harinya selepas hari diatas, sesuatu yang aneh tapi terbiasa dan terjangka telah terjadi. Seperti perumpamaan wave ECG diatas, ada turun dan naiknya. Baru je malam tu termotivasi, tiba2 keesokan harinya dah down? ayoyo...

Kenapa? Entah, tak de sebab yang kukuh. Mungkin, sebab dah lama sangat tinggalkan 'cerita tulang' kot^^. Saya selalunya buat tak endah je dengan perasaan stress (cube la...^^) Tapi saya akan tahu dan sedar, bahawa  saya sedang benar-benar stress apabila saya selalu je rasa mengantuk dan  terlebih tidur (hypersomnia). Bukan saja memang tak tersengaja terlebih, tapi sengaja melebih-lebihkan. Dan akibat daripada hypersomnia ni, solat pun lambat, study group pun terponteng, makin bertambah pulak la benda yang tak sempat nak baca, dan berputar-putar pulak cycle stress ni... maka tersedar lah saya, i'm in trouble, and i have to wake up!

Macam yang Kak Aisyah cakap, hargailah setiap perasaan yang kita berpeluang untuk rasai. Bila saya stress, Allah sebenarnya bagi saya peluang untuk rehatkan minda dan hati dengan tidur (ye kot ea.. ). Nasih baik Allah izinkan saya untuk sedar cepat-cepat.. Alhamdulillah, memang, terapi mujarab kepada keserabutan dan kegelisahan hati hanyalah dengan kembali padaNya...

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram"
 (Ar-Ra'd, 13:28)

Hari-biasa-luar biasa


Tentang extraordinary-normal-day,
Kita memang akan melalui hari-hari yang normal seperti biasa. Cuma, sama ada hari itu akan menjadi extraordinary ataupun sekadar ordinary, kitalah yang memainkan peranannya.

Kalau ada macam-macam perkara yang baik berlaku, "what an extraordinary awesome day!" Kalau pun ada macam-macam perkara buruk yang berlaku, "huhh, what a really extraordinary exhausting day..." Kalau tak de apa-apa yang signifikan berlaku? "hhhmm, ok, macam biasa je..."

Itu kalau kita bergantung kepada 'apa-apa' itu untuk berlaku. Tapi kalau kita bergantung kepada diri kita untuk menikmati hari-hari yang dilalui.. Boleh rasa tak, betapa luar biasa nya dapat buka mata pagi-pagi, dan boleh menarik serta menghembuskan oksigen milik Allah ni? Lepas tu boleh pulak makan nasik lemak kat dalam bilik ber-aircond, lepas tu boleh pulak berbincang-bincang dan beramah mesra bersama orang-orang kesayangan di sekililing kita, lepas tu solat pulak sama-sama, makan lagi, belajar lagi, makan lagi... aduh, penat la nak cite... banyak sangat...! Sampailah masa untuk rehatkan badan, bila kita tanpa sedar masih boleh menarik dan menghembuskan oksigen milik Allah ni walaupun 'sedang mati', luar biasa....

Kan?

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..!

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" 
(Ibrahim, 14:7)



Rencam 1


pinjam kejap ye dik.. :)
Menyenaraikan di sini info terbaru yang baru belajar dalam masa hampir tiga minggu ni.. insyaAllah, takkan lupa sampai bila-bila.. lalalala..

1. Nama lain bagi patellar adalah palato. (ada banyak sebenarnya perkataan lain, tapi takpe la dulu, kesian la pulak.. :p)
2. Baby boleh jadi leper kalau kita terlepek perut ibu yang mengandung
3. Orang yang suka cover kesalahan dia on the spot sedang menggunakan defense mechanism' rationalization'
4. Kalau nak bagi jawapan kat lecturer, pastikan jawapan kita tu memang marvellous sampai lecturer boleh menangis...
5. "pelik la dia ni" sama maksudnya dengan "istimewa"
6. Kalau nak tahu, sape-sape pun kat dunia ni, sebenarnya berbakat dan berkaliber untuk meniru suara En. Donald Duck.. ce try.. :)
7. Satu lagi ni baru je dengar jap tadi.. dekat wad O&G, boleh ada macam-macam patient. Sama ada yang sedang mengandung ataupun yang baru sahaja bersalin, perut mereka mungkin kelihatan sama. Jadi, adalah penting untuk kita berlatih dan terus berlatih supaya kita tidak perlu bersusah payah menkonfiuskan diri untuk mencari baby di dalam rahim ibunya, apabila ibunya sebenarnya sudah selamat melahirkan baby itu.... :D

emm, rasa cam banyak lagi, tapi takpe la.. ni je yang paling ingat buat masa dan ketika ini... (amboi2, seronoknya syamimi ni ye... :p)



Rencam 2



kenalkan.. kanak2 comel di kk batu 14. lupa pulak
nama nye sape.  kata maknya, dia memang
suka bergaya dan bergambar.. :)
1.Nak mintak maaf banyak-banyak kat semua orang, terutamanya kawan-kawan study group express and efficient selama 3 minggu study week ni.  Mintak maaf terlambat datang atau terponteng, mintak maaf tak dapat or tak sempat bentang tajuk yang sepatutnya, mintak maaf tak banyak menyumbang, mintak maaf tersalah gelak atau tergurau berlebih-lebih...

2. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan dan dikongsikan.

3. InsyaAllah, kita-kita semua 1 batch adalah doktor bertauliah yang akan diumumkan tanggal 5 April 2012 nanti... amin!

4. All the best buat semua... Yakinlah dengan Allah, sesungguhnya kejayaan itu adalah milikNya jua.


Wallahu'alam...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" 
(Al-Baqarah 2:186) 

Teruskan!






p/s:
1. Pro exam countdown : 3 days!
2.Mula-mula ingatkan tak nak abiskan tulis entry ni. Tapi sebab Allah nak, jadi jugak.... alhamdulillah... :) Semoga de-stressing activity ni bermanfaat..
3. Semalam umi cakap macam ni.. "dee ngan apiq dah balik u masing-masing, sekarang ni ada kakak la sebagai tambahan, sementara cuti sekolah ni, lepas ni along la pulak ada kat umah ni..." Iskk, insyaAllah umi!
4.Ada lagu yang cakap 2 is better than 1, kan? setuju2.. nak tambah.. then, more than 2 are better than 2! ^_^
5. Ada orang tu nak attract KOREA, insyaAllah, boleh! ^^
6. Kelmarin, semalam dan hari ni saya tak mengantuk berlebih-lebih..! ^^v

07 March, 2012

Terus....


Di suatu hari yang nyaman...
Si kakak bertanya, "Fi, takde kerja sekolah ke? Mari sini buat kerja dengan along..."
dan si adik pun dengan semangatnya menjawab, "Ada2, sekejap afi ambik..."

huh, mencabar jugak nak buat nombor 4 nih....

hhmmm... ok la ni, senget siket, takpe...

aduhh.. nak kena buat nombor lima pulak nih...


takpe2, siapkan dulu nombor 4 yang senang ni... best2.. 
ok along... senyum... we can do it! ^_^v



maka selesai lah sesi 'pembelajaran' dan fotografi selepas kurang 10 minit, setelah si adik berkata..
"Along, letih dah wafi wat nih... "

Wahlaa.. gembiranya hidup sebagai seorang kanak2... :)

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."
(Ar-Ra'd 13:11)


"....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

(At-Talaq 65: 2-3)


Ya Allah, jadikanlah kami orang yang :-

Terus berusaha kerana taqwa...
Terus berharap dan berdoa kerana taqwa...
Terus bertawakkal kerana taqwa...
Terus yakin dengan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu itu, kerana taqwa
Terus bersyukur dengan setiap keperluan yang cukup itu, kerana taqwa
Terus kuat untuk semalam, hari ini dan esok, kerana taqwa

Amin ya Rabb..


Selamat berterus-terusan bertaqwa kepada Allah... !


:)




p.s:
1. Pro-exam countdown: 12 days --> warrgghhh... kata sahabat"menulis adalah terapi ketenangan" :)
2. Alhamdulillah, interview spa dah selesai... alhamdulillah, tak kena tanya soalan pelik2
3. Selagi kanak2 di atas ni masih comeyl, selagi tu dia akan memenuhi blog ni dgn gembiranya..hahak..
4. Seronok dapat berbual dengan pengantin baru.. terima kasih jadi 'peneman interview'... ^^
5. Umi cakap.. "baguslah long..."