Di suatu hari yang nyaman...
Si kakak bertanya, "Fi, takde kerja sekolah ke? Mari sini buat kerja dengan along..."
dan si adik pun dengan semangatnya menjawab, "Ada2, sekejap afi ambik..."
maka selesai lah sesi 'pembelajaran' dan fotografi selepas kurang 10 minit, setelah si adik berkata..
huh, mencabar jugak nak buat nombor 4 nih.... |
hhmmm... ok la ni, senget siket, takpe... |
aduhh.. nak kena buat nombor lima pulak nih... |
takpe2, siapkan dulu nombor 4 yang senang ni... best2.. |
ok along... senyum... we can do it! ^_^v |
"Along, letih dah wafi wat nih... "
Wahlaa.. gembiranya hidup sebagai seorang kanak2... :)
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."
(Ar-Ra'd 13:11)
"....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq 65: 2-3)
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang :-
Terus berusaha kerana taqwa...
Terus berharap dan berdoa kerana taqwa...
Terus bertawakkal kerana taqwa...
Terus yakin dengan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu itu, kerana taqwa
Terus bersyukur dengan setiap keperluan yang cukup itu, kerana taqwa
Terus kuat untuk semalam, hari ini dan esok, kerana taqwa
Amin ya Rabb..
Selamat berterus-terusan bertaqwa kepada Allah... !
:)
p.s:
1. Pro-exam countdown: 12 days --> warrgghhh... kata sahabat"menulis adalah terapi ketenangan" :)
2. Alhamdulillah, interview spa dah selesai... alhamdulillah, tak kena tanya soalan pelik2
3. Selagi kanak2 di atas ni masih comeyl, selagi tu dia akan memenuhi blog ni dgn gembiranya..hahak..
4. Seronok dapat berbual dengan pengantin baru.. terima kasih jadi 'peneman interview'... ^^
5. Umi cakap.. "baguslah long..."
0 comments:
Post a Comment