16 March, 2012

Extraordinary-Normal-Day

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum w.b.t

Sedikit perkongsian tentang sesuatu  yang berharga bagi saya.... ^_^

Pagi

Suatu pagi, dengar radio ikim sambil bersiap-siap nak pegi wad (ada date dengan baby2 comeyl..^^)
Sedikit peringatan dari ustaz buat diri saya yang sedang mendengar.. (setakat yang dapat saya tangkap la)

"Bagaimanakah ilmu yang bermanfaat itu? Tanda kita sedang belajar ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila semakin kita mendalami ilmu tersebut, semakin kita merasakan keaiban dan kekurangan diri, serta mampu membuatkan kita merasa rendah diri (tidak menunjuk2 atau merasakan lebih baik) berbanding orang lain..."

Tersentuh...
Terasa...
Termengerti...

Alhamdulillah, sedang dalam jalan yang benar. Sedang belajar ilmu yang bermanfaat. Sedang berhadapan dengan perasaan normal yang sepatutnya ada...


Saya google semula  ayat 'ilmu yang bermafaat'..


Dalam kitab Bidayatul Hidayah, Al-Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rohimahuLlahu Ta'ala menyatakan bahawa terdapat 6 ciri ilmu bermanfaat, ya'ni seperti berikut:

1)Ilmu itu menambahkan takut pada dirimu kepada ALLAH.
2)Ilmu itu menambah penglihatanmu akan keaiban dirimu.
3)Ilmu itu menambah makrifatmu dalam beribadah(kata guru kami,keseronokan dalam beribadah).
4)Ilmu itu menambahkan kecintaanmu terhadap akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia.
5)Ilmu itu membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
6)Ilmu itu menambahkn penglihatanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan tipu helahnya ketika dia menyesatkan ulama' su'.

Alhamdulillah!


Tengahari

Tengaharinya pula, ayah saya datang melawat. Memang dah ada instinct pun, rasa macam nak jumpa ayah saya sebelum exam. Cuma belum sempat nak bagitau dia. Tup2, papa call tengahari tadi. Sempat makan tengahari bersama, smpat bertukar-tukar cerita...

Alhamdulillah, Allah mendengar bisikan hati kecil saya..
Sekali lagi post kat sini..

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” 
H.R. Abu Hurairah


Alhamdulillah!


Malam

Disebelah malamnya pula. Alhamdulillah, sempat menghadiri usrah bulanan bersama Dr. Rosni. Mungkin, usrah terakhir bersama G10 (haah? tak terperasan pun sebenarnya kenyataan ni... T_T)

Banyak2 sangat2 input berharga..

(1) Tazkirah dari Dr. Alia yang ikhlas meluahkan perasaan tentang kekurangan dan kekhilafan diri. Sahabat mengingatkan kembali tentang diri kita yang 'kadang-kadang sentiasa' lupa untuk mengingati Allah, terutamanya apabila kita sedang dipinjamkan Allah dengan kelapangan dan kesenangan. Timbul pula sedikit malu apabila kita kembali mengingati, dan mengharap dengan penuh kebersungguhan apabila kita dalam kesempitan dan kesusahan...

(2) Dihuraikan pula oleh Kak Aisyah. Adalah normal bagi kita, iaitu hamba yang menumpang hidup didunia ni. Diuji Allah. Sama ada kita diuji dengan kesusahan ataupun kesenangan, hargailah! Bila kita kembali kepada Allah masa kita rasa susah setelah dengan gembiranya merasai kesenangan, alhamdulillah, Allah izinkan kita untuk kembali, Allah campakkan ke dalam hati kita untuk kembali, Allah pilih kita untuk kembali! Jatuh dan bangun adalah kehidupan.

Menarik analogi yang akak bagi. Cardiac monitoring (ECG) yang dalam drama tu. Orang yang tak belajar medikal pun boleh faham, mesin tu, kalau gelombang dia masih tunjukkan turun naik dan berbunyi tet,tet,tet, maknanya orang tu masih hidup. Tapi kalau orang tu dah meninggal, akan ada hanya satu garis lurus yang berbunyi teeeeeeetttttttttttttt...... So kalau dalam hidup kita ni, gelombangnya flat je, tak de turun naik, mati la kite... ^^

(3) Lepas tu sambung dengan huraian "Law of Attraction" oleh Dr. 'Afifah
Bagi contoh la terus.. ada tiga step untuk praktis law ni, untuk mencapai apa yang kita mahu..

1. Kenal pasti kemahuan kita, bukan apa yang kita tak nak

Daripada cakap "Saya tak nak gagal!". Tanya balik diri kita.. Habis tu, apa yang saya nak? ---> "Mestilah saya nak lulus!"

2. Beri tumpuan pada kemahuan kita

Untuk fokus, kita kena betul2 rasa 'kepositifan' kemahuan yang kita buat tu. Walaupun kita kata "Ya, saya akan lulus!", mungkin akan ada cas negatif yang timbul dengan pernyataan tu disebabkan banyaknya lagi kekurangan kita yang kita rasa boleh menjejaskan kemahuan tu.. Jadi, ubah mind setting sebagai "Ya, sekarang ni saya dalam proses untuk lulus, dan saya mahu terus berusaha dan bertindak!" Bila kita kata macam tu, kita rasa betullah kan, kita memang dalam proses pun. Kita sedang berusaha membaca dan merevise bersama kawan-kawan kita. Kena hargai apa yang kita dah revise, daripada dok bimbangkan yang masih banyak tak baca tu.. (sebab sebenarnya memang dah banyak jugak pun kan yang dah revise... insyaAllah..^^)

3. Membenarkan kemahuan kita..

Untuk benar-benar membenarkan, kita kena hapuskan sepenuhnya keraguan yang ada.
Tak boleh fikirkan pun yang kita boleh gagal.. Cara yang boleh kita buat, gunakan contoh orang lain.
"Dalam dunia ni, ada tak medical student yang lulus exam? ada tak senior2 kita yang lulus exam sebelum ni?" Mestilah ada, dah berlambak dah doktor kat dunia ni, takkan kita tak boleh kot.. ^^

Cara lain adalah untuk rekodkan bukti. (ni cam leceh sket la kot, nak kena tulis pulak) Rekodkan setiap langkah yang kita dah berjaya buat, dalam proses kita nak capai kemahuan tu. Contohnya, 'right'kan topic yang dah sempat cover, dah try buat soalan, dah dapat banyak tips exam,dah doa and solat hajat, dah ramai mintak tolong orang doa2kan kita, dah berjaga malam tak tidur, dah tertidur2 pulak masa study group ^^, haa.. macam2 dah buatkan?

Ataupun visualize apa yang kita nak tu. Visualize macamana kita dapat jawab exam dengan mantapnya, macamana kita buat short case and longcase dengan jayanya, bak kata Dr. Sumiati, 'nangis doktor tu dengar jawapan2 mantap kita'.. and bayangkan jugak masa result diumumkan nanti.. 'ehem, ok, calon MD UKM yang seterusnya adalah, G73452, DR. NORSYAMIMI BT AZAKI.... amin!

Kesimpulanya, kita tahu apa yang kita nak, dan kita perlu memproseskan diri kita untuk dapat apa yang kita nak, insyaAllah, kita akan dapat 'attract' segala apa yang kita nak..

Cumanya sebelum praktik law of attraction ni, kena kuatkan tunjang kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah dulu. Bila Allah kata jadi, maka jadilah! Bila Allah kata tak jadi, akan jadi pula perkara lain yang lebih terbaik buat kita! Yakinlah! :)

(4) Ada jugak perkongsian dari doktor tentang doa-doa amalan. Yang paling utama dan senang (sebab most orang dah hafal dari tadika kot...), adalah surah Al-fatihah aka ayat seribu guna. Boleh amalkan 7 kali selepas setiap solat fardhu.. InsyaAllah, hidup akan terasa lebih mudah dan tenang.

(5) Perkongsian dari kak Aisyah jugak, cara nak melunakkan hati supaya sentiasa merasakan keberadaan dan kewujudan Allah dalam apa jua situasi. Setiap malam sebelum tidur, bagitau pada hati macam ni..

"Wahai hati, dengarkanlah, sesungguhnya, aku, iaitu kamu, yakin bahawa Allah sentiasa menjagaku dan kamu, Allah sentiasa mengawasiku dan kamu, Allah sentiasa bersamaku dan kamu, dan Allah Maha mengerti keadaanku dan kamu..."

InsyaAllah. kalau kita selalu amalkan, hati kita ni nanti akan kembali berbisik kepada kita di saat kita sedang  dalam situasi yang sukar ataupun secara tidak tersengaja sedang alpa dan leka daripada mengingatiNya... InsyaAllah...


Hari

Entry ni saya start tulis lepas usrah hari tu (dalam 4 hari yang lepas). Lepas tu tergendala sebab perlu lebih utamakan apa yang perlu diutamakan. Bukan sebab tu sahaja, tapi sengaja berdolak dalih, nak terus sambung tulis ke tak. Kenapa?

Sebab, keesokan harinya selepas hari diatas, sesuatu yang aneh tapi terbiasa dan terjangka telah terjadi. Seperti perumpamaan wave ECG diatas, ada turun dan naiknya. Baru je malam tu termotivasi, tiba2 keesokan harinya dah down? ayoyo...

Kenapa? Entah, tak de sebab yang kukuh. Mungkin, sebab dah lama sangat tinggalkan 'cerita tulang' kot^^. Saya selalunya buat tak endah je dengan perasaan stress (cube la...^^) Tapi saya akan tahu dan sedar, bahawa  saya sedang benar-benar stress apabila saya selalu je rasa mengantuk dan  terlebih tidur (hypersomnia). Bukan saja memang tak tersengaja terlebih, tapi sengaja melebih-lebihkan. Dan akibat daripada hypersomnia ni, solat pun lambat, study group pun terponteng, makin bertambah pulak la benda yang tak sempat nak baca, dan berputar-putar pulak cycle stress ni... maka tersedar lah saya, i'm in trouble, and i have to wake up!

Macam yang Kak Aisyah cakap, hargailah setiap perasaan yang kita berpeluang untuk rasai. Bila saya stress, Allah sebenarnya bagi saya peluang untuk rehatkan minda dan hati dengan tidur (ye kot ea.. ). Nasih baik Allah izinkan saya untuk sedar cepat-cepat.. Alhamdulillah, memang, terapi mujarab kepada keserabutan dan kegelisahan hati hanyalah dengan kembali padaNya...

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram"
 (Ar-Ra'd, 13:28)

Hari-biasa-luar biasa


Tentang extraordinary-normal-day,
Kita memang akan melalui hari-hari yang normal seperti biasa. Cuma, sama ada hari itu akan menjadi extraordinary ataupun sekadar ordinary, kitalah yang memainkan peranannya.

Kalau ada macam-macam perkara yang baik berlaku, "what an extraordinary awesome day!" Kalau pun ada macam-macam perkara buruk yang berlaku, "huhh, what a really extraordinary exhausting day..." Kalau tak de apa-apa yang signifikan berlaku? "hhhmm, ok, macam biasa je..."

Itu kalau kita bergantung kepada 'apa-apa' itu untuk berlaku. Tapi kalau kita bergantung kepada diri kita untuk menikmati hari-hari yang dilalui.. Boleh rasa tak, betapa luar biasa nya dapat buka mata pagi-pagi, dan boleh menarik serta menghembuskan oksigen milik Allah ni? Lepas tu boleh pulak makan nasik lemak kat dalam bilik ber-aircond, lepas tu boleh pulak berbincang-bincang dan beramah mesra bersama orang-orang kesayangan di sekililing kita, lepas tu solat pulak sama-sama, makan lagi, belajar lagi, makan lagi... aduh, penat la nak cite... banyak sangat...! Sampailah masa untuk rehatkan badan, bila kita tanpa sedar masih boleh menarik dan menghembuskan oksigen milik Allah ni walaupun 'sedang mati', luar biasa....

Kan?

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..!

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" 
(Ibrahim, 14:7)



Rencam 1


pinjam kejap ye dik.. :)
Menyenaraikan di sini info terbaru yang baru belajar dalam masa hampir tiga minggu ni.. insyaAllah, takkan lupa sampai bila-bila.. lalalala..

1. Nama lain bagi patellar adalah palato. (ada banyak sebenarnya perkataan lain, tapi takpe la dulu, kesian la pulak.. :p)
2. Baby boleh jadi leper kalau kita terlepek perut ibu yang mengandung
3. Orang yang suka cover kesalahan dia on the spot sedang menggunakan defense mechanism' rationalization'
4. Kalau nak bagi jawapan kat lecturer, pastikan jawapan kita tu memang marvellous sampai lecturer boleh menangis...
5. "pelik la dia ni" sama maksudnya dengan "istimewa"
6. Kalau nak tahu, sape-sape pun kat dunia ni, sebenarnya berbakat dan berkaliber untuk meniru suara En. Donald Duck.. ce try.. :)
7. Satu lagi ni baru je dengar jap tadi.. dekat wad O&G, boleh ada macam-macam patient. Sama ada yang sedang mengandung ataupun yang baru sahaja bersalin, perut mereka mungkin kelihatan sama. Jadi, adalah penting untuk kita berlatih dan terus berlatih supaya kita tidak perlu bersusah payah menkonfiuskan diri untuk mencari baby di dalam rahim ibunya, apabila ibunya sebenarnya sudah selamat melahirkan baby itu.... :D

emm, rasa cam banyak lagi, tapi takpe la.. ni je yang paling ingat buat masa dan ketika ini... (amboi2, seronoknya syamimi ni ye... :p)



Rencam 2



kenalkan.. kanak2 comel di kk batu 14. lupa pulak
nama nye sape.  kata maknya, dia memang
suka bergaya dan bergambar.. :)
1.Nak mintak maaf banyak-banyak kat semua orang, terutamanya kawan-kawan study group express and efficient selama 3 minggu study week ni.  Mintak maaf terlambat datang atau terponteng, mintak maaf tak dapat or tak sempat bentang tajuk yang sepatutnya, mintak maaf tak banyak menyumbang, mintak maaf tersalah gelak atau tergurau berlebih-lebih...

2. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan dan dikongsikan.

3. InsyaAllah, kita-kita semua 1 batch adalah doktor bertauliah yang akan diumumkan tanggal 5 April 2012 nanti... amin!

4. All the best buat semua... Yakinlah dengan Allah, sesungguhnya kejayaan itu adalah milikNya jua.


Wallahu'alam...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" 
(Al-Baqarah 2:186) 

Teruskan!






p/s:
1. Pro exam countdown : 3 days!
2.Mula-mula ingatkan tak nak abiskan tulis entry ni. Tapi sebab Allah nak, jadi jugak.... alhamdulillah... :) Semoga de-stressing activity ni bermanfaat..
3. Semalam umi cakap macam ni.. "dee ngan apiq dah balik u masing-masing, sekarang ni ada kakak la sebagai tambahan, sementara cuti sekolah ni, lepas ni along la pulak ada kat umah ni..." Iskk, insyaAllah umi!
4.Ada lagu yang cakap 2 is better than 1, kan? setuju2.. nak tambah.. then, more than 2 are better than 2! ^_^
5. Ada orang tu nak attract KOREA, insyaAllah, boleh! ^^
6. Kelmarin, semalam dan hari ni saya tak mengantuk berlebih-lebih..! ^^v

6 comments:

madziani said...

Terbaik!

ibnu azman said...

amboi..seronok sgt rencam 1 ni..haha
(dulu dah komen,xkluar)

ImimaysroN said...

seronok kan..
nape? ade org terasa ke?
haha..

ibnu azman said...

jwb ngan pantun

siape makan cili,
dia y terase,
ak makan cili,
ak la y terase.

jd ke ni??haha

ImimaysroN said...

"pelik la dia ni"<--- favourite!
hehe

ibnu azman said...

hamboi..seronok sgt tu..haha

Post a Comment