18 April, 2012

Perjalanan menuju CINTA

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni dah 18 April..
Tapi entry pertama untuk April belum ada...
Padahal exam dah habis
Padahal cuti dah lama start
Padahal masa lapangnya banyak
Tapi, tetap juga 'sibuk'....
Manusia!

(haha, amenda la syamimi ni... hehe.. mode bila rasa dah lama tak menulis kat sini,.. ^^)


Perjalanan menuju CINTA

CINTA- menggunakan huruf besar
Sebab ia bukan cinta biasa
Tapi cinta kepada 'pemilik cinta'...
Ada lagikah cinta yang sebesar CINTA itu?
Takde, kan...

(wahhh, syamimi, sudah mula berbicara soal cinta... huhu... lalalala)

Merasa tidak layak untuk berbicara soal cinta
Tapi tetap mahu menulis di sini...
Kerana cinta, sukar digambarkan dengan kata-kata
Tapi ia tetap, indah di dalam hati

Perjalanan saya menuju CINTA?

InsyaAllah, semakin pasti..
Semakin yakin...
dan semakin mahu...

Tajuk ni berat, kan.. (bagi saya la..) ? sebab saya bukan la pandai dan arif pun untuk mengolah..
Tapi, ini kan blog saya (dan sahabat2 lain..)
So, kuasa saya la, nak buat macamana pun.. hehe

Sekadar mahu menghargai perjalanan hidup saya, yang saya rasa bermakna...
kerana ia adalah cinta-cinta menuju CINTA.. :)

dan saya sekarang, mahu membiarkan gambar berbicara...

cantik tak? saje tangkap, menghilangkan lelah setelah penat berlari. cinta di taman tasik permaisuri. daripada ragu-ragu, menjadi satu kesukaan dan sumber ketenangan. note: di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, dan di mana ada jalan, di situ ada hasilnya! :)

kanak-kanak riang..hehe.. cinta di ibnu sina dan neurosurgery seminar room. study group express and efficient pro exam. enjoy the study very much! terima kasih doktor-doktor! note: tak kenal, maka tak cinta! :)

lagi, kanak-kanak riang (suke hati saye je eh? hehe, jgn marah) tak lengkap sebenarnya, tapi takpe la, yang ni je ade. cinta di putrajaya. bila lagi la agaknya boleh berusrah di sana.. hmm.. note: ukhuwah itu sangat indah apabila kita punya satu tujuan dan matlamat yang sama!

Alhamdulillah, doa termakbul. cinta di mana-mana je.. hehe.. trima kasih kpd tukang buat poster ni, dan terima  kasih atas doa semua.. note: sungguh, sayang dan cinta kalian kerana Allah.. :)

owh, mereka ye.. ini kanak-kanak rebina yang ceria gembira..hehe.. takde la kenal sangat sebenarnya, tapi tak tahu kenapa, rasa rapat (yang datang je la ade kat sini..huhu).. ye! cinta di markazzz dan cinta di mane-mane juge.. note: banyak belajar dari mereka, dan belajar dari mereka itu adalah sangat bermakna..  :)

ha, mereka.. kanak-kanak riang gembira tanpa henti...hehe.. ah, 3 years of great relationship, and another 3 years of  persistent care... cinta di bandung, hukm dan malam ni di grand season hotel.. note: cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.. yes, you guys are like that.. ^^v

kenalkan, doktor2 md ukm 2012, walaupun tak nampak , takpe, letak je la  memori yang paling latest..  3 tahun yang penuh memori, of course! cinta di hukm, dan malam ni di grand season hotel, semoga bertemu semula di oktober nanti!  note: live this life with great people, feels like, want to be as great as them!

wahh.. mereka.. sangat mengkagumkan.. sangat2 pasti akan merindui pengalaman bersama mereka, dan akan bersama bekerja bersama mereka! insyaAllah..  cinta di bangi, port dickson, dan lain2 tempat, selalunya dan kali ini di putrajaya.. note: sungguh, cinta Allah adalah sebab untuk hidup! :)


Alhamdulillah, law of attraction, managed to attract it. thank you Allah! cinta di  kolej tun dr. ismail, F2203.  suka duka, kita bersama kan? hehe, bercakap dengan bilik la pulak.. ^^ note: no place like home.. kan?


Alhamdulillah, after 6 years! professional exam, sungguh, cukuplah sekali seumur hidup, tak mahu dah..  Buat mereka yang Allah Tahu anda mampu mengulanginya, sangat mengagumi kalian, be strong, because indeed, you are! dan sesungguhnya, segala kemampuan dan kekuatan hanyalah daripada Allah. cinta di hari semalam, hari ini dan hari esok.. note: saat ini, sangat-sangat terasa, bahawa aku hanyalah seorang hamba. Dan aku adalah hamba yang berTuhan!


Alhamdulillah, murah rezeki. Sungguh, segala rezeki dan ketetapan  di tangan Allah, dan segala  kurniaan Allah adalah berdasarkan sangkaan hamba kepadaNya.. (tiba2 speechless..hehe) em, dan cinta kerana Allah itu indah! Alhamdulillah... memang la makan kek sekeping pun dah rasa cukup muak, tapi bukan saya dulu pun yang mintak sebijik.. hehe.. cinta di 'sini', juga di'sana', insyaAllah.. note: InsyaAllah, i'm going to be a good muslimah doctor.. ok? :)


hehe.. saya dah dapat buku ni.. jangan jeles..huhu.. berjaya menjadi antara pemilik terawal, first time beli buku online, best gak, senang... Alhamdulillah. cinta di alam maya dan alam nyata. note: di mana pun, bila pun dan siapa pun, mahu bercinta kerana Allah, dalam perjalananku menuju CINTA... :)


p/s
1. entry ni, tak buat pedih mata pun kan? baguslah.. ^^
2. eerrmmm, pasti rindu... ye, pasti!
3. kamera hp saya tak cukup focus untuk tangkap gambar pen (tulisan yg ada kat situ sebenarnya)..huhu
4. palpitation--> just be yourself! :)

0 comments:

Post a Comment