05 May, 2010

Maafkan daku



Saya rindukan seorang sahabat ini. Rindu kerana saya bukan seorang sahabat terbaik untuknya. Maafkan saya. Saya tidak mampu memberi yang terbaik kepadanya. Kerana saya belum cukup bijak mendidik hati dan perasaan, untuk memujuk hati dan perasaannya. Maafkan daku wahai teman...

Saya sebenarnya tidak bercadang untuk menulis apa-apa, dengan alasan banyak lagi yang perlu dibaca untuk hari esok dan esok. Namun, seorang sahabat yang lain mendetikkan hati saya untuk menyampaikan perasaan ini di sini. Daripada yang terdetik itu juga saya suka untuk meminjam kata-kata daripada ustaz Hasrizal di dalam artikelnya yang bertajuk 'KalaulahTidak Kerana Syurga',

“Keresahan fizikal, mental, emosional dan spiritual, adalah satu mekanisma semulajadi yang ada di dalam diri sebagai mengajak kita untuk kembali ke asal. Letih fizikal mengajak kepada rehat untuk kembali ke tenaga asal, atau kembali ke ’saiz asal’. Keresahan mental mengajak kepada pendamaian fikiran dengan memahami sesuatu pada asasnya. Keresahan emosional adalah manifestasi kerinduan justeru pulanglah ke asal di kampung, pulanglah kepada ibu dan bapa dan pulanglah ke rumah dan rumahtangga. Keresahan spiritual menandakan jiwa sudah jauh meninggalkan asal. Pulanglah kepada Tuhan, kerana asalnya kita dekat dengan Dia”




Wahai sahabat, sungguh daku rindukan suaramu. Suara yang mungkin mengundang debar, resah, gelisah kepada diri ini, di ketika ini. Namun daku tahu daku belum cukup berusaha untuk mendengar suaramu. Sekali lagi, maafkan daku...

Bolehkah sekadar membiarkan masa yang menentukan? Mungkin itulah yang terbaik. Hanya doa yang mampu daku panjatkan buatmu. Sesungguhnya Allah kasih, sayang, dan cinta akan hamba-hambaNya. Dan cara Dia menyampaikan rasa itu berbeza kepada setiap hamba-hambaNya. Kerana hanya Dia yang paling mengenali setiap hamba ciptaanNya... dan sebagai hambaNya, bagaimanakah pula kita menyampaikan apa yang patut kita sampaikan padanya?

Maafkan daku...

Wallahu'alam...

0 comments:

Post a Comment