13 August, 2011

Ya, saya suka dan sayang...!

Assalamu'alaikum wbt... :)


Alhamdulillah, berpeluang lagi berkata-kata di sini...


Hari ni masuk 14 Ramadhan... Macamana? 
Apa khabar iman?
Bagaimana takwa?


Cepat sungguh masa berlalu kan? Sama ada hati sedar atau pun tidak bahawa masa berlalu dengan sangat pantas, hidup perlu diteruskan. Tanggungjawab mesti terus dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Destinasi akhir harus terus dicapai dengan sebaik mungkin. Noktah!


Nilai dunia


Em, banyak sebenarnya benda yang teringin untuk dikongsikan. Banyak bila dah dikumpul-kumpul. Bila tak sempat nak tulis, last-last semuanya bercampur, tak tau nak mula macamana. tak pe la, tulis je la apa yang tertaip, kan. ^_^


Teringat suatu pengisian oleh seorang senior, di puncak (err, tak sempat sampai puncak sebenarnya) Gunung Ledang, disuatu pagi yang indah.





"Dalam perjalanan kita daki gunung tadi kan, mesti semua perasan kan, kayu-kayu balak yang ada? berapalah agak-agaknya harga sebatang kayu balak tu ye?" pastu semua oarang pun teka-meneka lah harga kayu balak tu. Saya pun tak ingat la harga yang senior tu bagitau. Tapi yang pasti, mahallah, mencecah beribu. 


"Kat gunung ni saja dah bermacam-macam jenis kayu yang ada. Kalaulah gunung ni milik kita, dan kita boleh jual semua kayu balak yang ada kat sini, betapa kayanya kita boleh jadi kan?" mengangguk...


"Tapi sayang, gunung ni bukan milik kita. Milik Allah s.w.t. Subhanallah, Maha Kayanya Allah, kan..." mengangguk lagi...


"Ok, kita tahu kan, betapa mahalnya harga kayu balak tu. betapa berguna juga kayu balak tu kepada manusia. Tapi, kenapa Allah datangkan bencana kepada alam dan menyebabkan semua 'yang berharga' tu hilang dalam sekelip mata?" anak mata nampaknya memandang serong ke atas, dengan dahi sedikit berkerut. Berfikir...


"Sebab semua tu tak ada nilainya bagi Allah. Walaupun semua yang ada di langit dan di bumi ni milik Allah, semuanya tidak berharga di sisi Allah. Allah berkuasa menghapuskan segala-segalanya apabila dikehendakiNya, dan Dia takkan rugi apa-apa"


“Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk niscaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air pun.” 
(HR. At-Tirmidzi)


Em, betul tu kan. Setuju dengan penyataan di atas. Tapi, ada sesuatu yang menganggu ruang fikir saya. Kalau segala yang ada di dunia ni tak ada nilai pun di sisi Allah, untuk apa saya menghargai? Untuk apa saya ada blog ni? Hmmm.... 


Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;


“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

 “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”
 (Ibrahim:7)


Ya, itu lah bezanya Tuhan dengan makhluk ciptaanNya. Manusia perlu tahu untuk menghargai setiap apa yang datang dari Tuhan, untuk dirinya, sebagai tanda syukur. Selagi seorang manusia berkesempatan hidup di bumi Allah yang sebenarnya tiada nilai disisiNya ini, selama itulah dia harus bersabar dan bersyukur. Bersabar dan bersyukur dalam mengutip hikmah diatas setiap apa yang berlaku ke atas dirinya, sebagai bekalan untuk menuju destinasi abadi, bukanlah maksudnya terlalu taksub mencintai dunia sehingga lupa bahawa semuanya tetap milik Allah jua... 




Ya, saya suka dan sayang...!


Apa? 
Semua yang saya ada. Semua yang telah dan sedang saya alami. InsyaAllah. 
Kadang-kadang bimbang juga, takut terlebih rasa memiliki. Tapi insyaAllah, bila kita ingat Allah di saat kita ingat apa yang kita ada dengan rasa syukur, insyaAllah kita tahu bahawa ia bukan sebenarnya milik kita. Sekadar pinjaman sementara untuk kita belajar tentang kehidupan.


Buat masa dan ketika ini, sedang memotivasikan diri (sebenarnya...). Nak masuk bulan ke 3 sebagai 'final year medical student'. Pelbagai rencam perasaan yang timbul...


Dah banyak kali jumpa patient yang bertanya... "Dik memang minat ke nak ambik medik ni?"
Jawapan saya, "InsyaAllah minat. Kalau tak betul-betul minat, rasanya tak mampu nak bertahan kot. Even saya yang rasanya minat ni, ada masa tuh tanya balik (selalunya bila dkt2 nk exm), "kenapala aku susah-susah amik medik hah, tak paham tol..."" huhu.... ^^


Kenapa saya suka bidang ini....?


Belajar bersyukur


Belajar untuk bersyukur dengan nikmat kesihatan, diri dan hidup yang Allah berikan. Masuk posting perubatan, jumpa patient dengan sakit kronik '3 serangkai'- kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Macam-macam komplikasi yang boleh dapat. Bersyukur sebab masih muda, masih berpeluang untuk mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang. Jumpa juga pesakit mengidap kanser seperti kanser darah (leukemia). Ada yang muda-muda lagi dah kena kanser ni. Bersyukur sebab masih berpeluang hidup secara remaja normal. Tidak perlu keluar masuk hospital, tidak perlu bertahan dengan side effects chemotherapy, tidak perlu menghitung hari meninggalakan keluarga tersayang....


Masuk posting  surgery, jumpa patient yang pelbagai masalah yang memerlukan pembedahan. Bersyukur sebab tidak perlu mengalami perasaan berdebar-debar masuk dewan bedah, ditambah pula dengan ketidakpastian sama ada pembedahan itu berjaya ataupun tidak. 


Masuk posting O&G, jumpa ibu-ibu mengandung yang penuh dengan kasih sayang terhadap kandungannya. Bersyukur kerana punya umi yang mengandungkan dan melahirkan saya. Bila kena conduct delivery, belajar mengingat saat-saat umi bersusah payah menahan sakit sewaktu melahirkan. Belajar juga bersyukur kerana pernah berpeluang menjadi bayi yang sempurna fizikal, yang sihat wal'afiat sampai sekarang. 


Masuk posting orthopedik, jumpa patient yang terlibat dengan kemalangan. Patah sini, patah sana. Siapa sangka, terpaksa terlantar di hospital dengan pelbagai komplikasi daripada kemalangan. Dalam banyak-banyak cara kematian, mati dalam kemalangan jalan rayalah yang paling tidak terjangka dan kalau boleh mahu dielakkan, kan? Bersyukur kerana masih hidup di saat ini tanpa perlu melalui itu semua. 


Masuk posting kanak-kanak, haisshh... apa perasaan melihat bayi comel yang sakit? Bersyukur kerana telah berjaya melepasi zaman kanak-kanak dengan jayanya. Bersyukur juga kerana punya ibu bapa semasa kecil dulu untuk menjaga diri ini. Ramai jugak baby kat wad daripada pusat jagaan anak yatim/terbiar. Dah la sakit, tidak berayah ibu pulak...


Masuk posting psikiatrik, jumpa dengan patient yang depressed. Bersyukur sebab tak mengalami apa yang patient tu rasa, dengan masalah hidup yang pelbagai, rasa sedih dan putus asa sampai nak bunuh diri. Jumpa juga patient bipolar dan schizophrenia. Bersyukur sebab masih punya akal yang waras dan masih boleh dimanfaatkan sementara masih berpeluang untuk hidup...


Alhamdulillah....


Belajar mengenal diri


Belajar untuk lebih mengenal kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Diri sendiri yang sebenarnya belajar semata-mata kerana apa? Bila rasa malas dan tak semangat untuk belajar, mesti ada yang tak kena. Cukup ikhlas ke? Pastu, apa nak buat? Realize --> know--> understand--> action! .... fighting! 


Belajar memberi


Belajar memberi semampu mungkin untuk pesakit-pesakit yang ada. Kadang-kadang senyum saje pun dah cukup bermakna bagi mereka. Apatah lagi kalau boleh meluangkan masa mendengar luahan hati mereka. (Masa student ni, banyak la masa nak borak itu ini ngan patient, dah keje nanti, tak sempat kot eh?...uhuk) Kata orang.. "doktor ni takde life"... well, life is not about yourself, anyway... ^^


Belajar berfikir


Belajar untuk berfikir secara kritikal. Bak kata prof. Kanahes (paeds), "medicine is interesting because u do not know what is the patient's diagnosis when they presented to you" Analoginya, katakanlah kalau kita pergi makan aiskrim yang pelbagai perisa beramai-ramai, mesti bosan kalau masing-masing dah tahu apa perisa ais krim yang dia makan. Tapi kalau semua orang pun tak tau, masing-masing rasa aiskrim yang berbeza, masing-masing saling meneka rasa aiskrim tu.. mesti seronok kan? Berfikir untuk mencari diagnosis, berfikir juga untuk manage patient secara holostik.


 Belajar menghadapi ketakutan


Belajar menghadapi ketakutan yang rupa-rupanya ada pelbagai. Takut untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali, mula belajar berkomunikasi dengan patient dan family. Takut untuk 'menyumbang kesakitan' kepada patient bila perlu dicucuk jarum, mesti jugak belajar mencucuk patient untuk ambil darah atau masukkan branula. Takut untuk present case, memang kena belajar present case pun. Takut untuk kena marah dengan lecturer, memang akan kena marah kalau semua benda pun tak tahu. Tapi marah seorang guru bukan untuk mengaibkan, tapi untuk mengajar. Takut untuk menghadapi exam, belajar untuk bersedia lebih awal dan belajar secara berterusan (waaaa.... sedang takut apabila teringat akan march 2012...) Takut untuk menghadapi kegagalan, belajar bahawa kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran yang sangat berkesan untuk peningkatan potensi diri... kalau kat sekolah dulu, target mesti nak dapat A+, sekarang lulus pun, tersangat-sangatlah bersyukur... Tapi ye lah, target tu mesti la kena up jugak daripada sekadar lulus kan, supaya lebih bersemangat... yoashhh (sgt mudah utk berkata-kata... berusaha! ^^)


pejuang2 kehidupan...hehe


Belajar menghargai


Belajar menghargai insan-insan yang pernah muncul dalam hidup ni. Keluarga sebagai penguat semangat. Sahabat sebagai pendorong dan teman seperjuangan. Doktor@Pensyarah sebagai sumber ilmu dan inspirasi. Staff2 hospital juga sebagai sumber ilmu dan pembantu. Dan pesakit sebagai sumber ilmu yang paling utama, yang banyak bersabar dengan karenah kami pelajar-pelajar perubatan yang berbagai macam ragamnya. Bosannya sebuah kehidupan tanpa mereka semua, kan?







Berkongsi di sini kata-kata yang terjumpa di salah satu poster kata-kata semangat di wad merah 


" Live with 3 E: Energy, Enthusiasm, Empathy and 3 F: Faith, Family, Friends"


























p/s: meneruskan 2 minggu Ramadhan di Slim River. Semoga semuanya baik-baik saja.... Semoga terus bersemangat memburu takwa yang sebenar... amin. ^_^