31 December, 2010

Aku Ingin MencintaiMu

Sedang SUKA mendengar lagu ini...

Semoga dengar bukan sekadar dengar...

Semoga INGIN itu terus subur memekar di HATI...

Salam CINTA untuk semua....

^_^



Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Reff:

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta

Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku


Aku ingin mendekatiMU selamanya

Sehina apapun diriku

Kuberharap untuk bertemu

DenganMU..

Ya Rabbi...

18 December, 2010

Sudah Bersediakah?

Bismillahirrahmanirrahim...


Ada satu hari tu, saya bermimpi. Mimpi tentang sesuatu yang pasti. Sebuah kematian.

Kematian siapa?



Kematian SAYA!

Ye, saya menyaksikan cerita kematian saya dalam sebuah mimpi...
Mungkin jalan cerita mimpi saya ni agak pelik la, biasalah, mainan tidur seorang manusia biasa. Saya sekadar ingin berkongsi supaya saya tidak lupa akan mimpi ini. Supaya saya sedar, mimpi itu adalah suatu yang pasti..

Saya tak ingat macamana saya mati. Tapi, saya nampak badan saya di 'autopsy'. (ni nampaknya pengaruh kuat daripada posting forensik nih. huhu)

Saya dah mati, tapi saya masih ada satu hari peluang untuk hidup. Dan esok, saya akan mati semula buat selama-lamnya.. (ni la part yang agak hhmmm, agaknya...)

Walaupun peluang yang diberikan (oleh sape entahnya) agak 'fairytale', namun peluang itulah yang saya rasa paling penting dalam cerita saya ini. Kerana peluang itu, saya sempat merasakan, bagaimana perasaannya untuk PASTI MATI pada hari esok..

Dalam sehari peluang saya hidup semula tu, banyak perkara yang saya risaukan...

Macamana ni, sempat ke nak mintak maaf kat semua orang?
Nak kena balik kampung ni, jumpa umi dan papa... macamana nak terangkan kat dieorang haa, ni adalah kali terakhir kita jumpa..
Memandangkan saya nampak badan saya di autopsy kan, ' alamak, tak register lagi untuk derma organ ni, membazirnya organ-organ saya di biarkan macam tu je...'
Apa yang saya perlu buat ni sebenarnya, banyak sangat benda tak settle ni...

Macamana ni?
Ala.. macamana ni?
Macamana niiii??????

Risau saya dalam mimpi ini seolah-olah perasaan yang saya rasa di luar mimpi, sangat terasa 'real'nya perasaan tu. Ada jugak rasanya saya berkata dalam mimpi tu, "isshhh.. ni mimpi je ni, mimpi je, ya Allah, mintak-mintak la ni mimpi je... tolong la..."

Begitulah kisahnya... Itu je yang saya ingat. Tak de ending pulak mimpi ni...huhu


hhhmmmm....


HIDUP untuk MATI

Hidup, adalah untuk mati, kerana mati adalah pasti. Akal tahu. Tapi hati, sudah mengertikah? Kalau benar hati sudah bersedia untuk mencapai tujuan dan matlamat sebuah kehidupan, kenapa hati perlu gundah gelana terhadap sebuah kematian?

Kenapa ye? Kenapa sebenarnya hati tidak selari dengan akal yang telah tahu tadi. Saya sendiri tidak ada jawapan untuk persoalan ini, kerana saya belum mempunyai hati yang faham bahawa hidup adalah untuk mati...Tetapi, belum mempunyai hati sedemikian bukan menjadi alasan untuk saya melarikan diri dari persoalan ini.

Saya, dan kita, pastinya, tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Apa yang kita mahukan ye? Kalau ditanya, kenapa kita hidup?

Jawapan skema...
Untuk mendapat keredhaan Allah.
Untuk beribadah kepada Allah.
Untuk menjadi khalifah di bumi Allah.

Benar, jawapan diatas semuanya betul. Skema jawapan, mestilah betul. hehe... Kenapa jawapan di atas adalah skema jawapan?

Kerana jawapan itulah yang kita jawab jika ditanya, kerana akal kita tahu, tu la jawapan yang sepatutnya kita jawab, seperti yang telah Allah perkatakan dalam ayat-ayatNya. Persoalanya, sejauh mana hati kita membenarkan jawapan-jawapan di atas?

Jika ditanya lagi, kenapa nak mendapatkan keredhaan Allah? Kenapa perlu beribadah kepada Allah? Kenapa kena menjadi khalifah di bumi Allah?

Apa jawapan yang betul ye?
Saya berkongsi jawapan yang saya dapat ketika secara 'tidak langsung' berada dalam program motivasi ESQ baru-baru ini.

Manusia hidup untuk BAHAGIA

Akal, betul ke jawapan ni? Hmmm.. betul3
Hati, betul ke? Aaa la, betul jugak kan..

Hati bersetuju dengan jawapan di atas, kerana hati tahu, bagaimana perasaanya apabila sedang bahagia dan gembira. Segala masalah, seolah-olah tiada. Malah masalah-masalah itu mampu untuk dimengertikan sebagai cabaran hidup untuk menguatkan lagi diri.

Bahagia itu pula, ada bahagia luaran dan bahagia dalaman. Ada orang bahagia apabila banyak wang, boleh beli apa saja, boleh melancong ke mana-mana sahaja. Ada orang bahagia apabila dikurniakan jawatan, boleh mengarahkan apa saja yang dia mahu. Ada orang bahagia apabila berjaya dalam peperiksaan, segala penat lelah terbayar, dapat pula pekerjaan yang bagus. Ada juga orang yang bahagia apabila bersama orang yang disayangi, juga bahagia apabila melihat orang yang disayangi bahagia.

Ye, manusia mahukan kebahagiaan. Beribadah kepada Allah supaya bahagia dan tenang. Menjadi khalifah di bumi Allah untuk bahagia dengan janji-janji Allah. Mendapat keredhaan Allah untuk bahagia di dunia, dan bahagia untuk menikmati syurga Allah.

Manusia hidup, adalah untuk bahagia. Dan manusia juga berharap untuk bahagia apabila mati. Kerana kehidupan selepas mati adalah kekal, kerana itu lah manusia perlu HIDUP untuk MATI BAHAGIA

Saya sedang cuba memahamkan hati saya, bahawa saya hidup untuk bahagia di sana nanti. Kerana, jika kita benar-benar faham akan hakikat ini, tiada lagi alasan untuk kita tidak melaksanakan tindakan-tindakan yang melayakkan kita untuk bahagia di syurga. Dan apabila kita sudah bertindak selari dengan kemahuan kita tadi, tiada lagi perasaan takut dan risau untuk mati. Kerana kita telah bersedia. Bersedia untuk mati supaya kebahagiaan abadi semakin dekat. KALAU kita FAHAM.

Jom, sama-sama kita didik hati untuk faham. Supaya kita tahu dan faham dengan setiap keputusan dan tindakan kita. Kerana masa yang ada adalah singkat. Entah esok, atau sejam lagi, atau seminit lagi, masa kita akan tiba. Walau bila pun masa itu, mari sama-sama pastikan kita tersenyum untuk saat itu, kerana bahagia itu yang sedang kita cari...


Kata akhir daripada saya..

Life is about making decision. Make sure you make a wise one. Because everything goes toward Allah..

Wallahu'alam

Salam bahagia... ^_^

17 December, 2010

Tanpa-MU

Dengar lagu ni dari sudut nasyid, sangat bermakna... =)



p/s: anna, jangan termuntah ye...