13 August, 2011

Ya, saya suka dan sayang...!

Assalamu'alaikum wbt... :)


Alhamdulillah, berpeluang lagi berkata-kata di sini...


Hari ni masuk 14 Ramadhan... Macamana? 
Apa khabar iman?
Bagaimana takwa?


Cepat sungguh masa berlalu kan? Sama ada hati sedar atau pun tidak bahawa masa berlalu dengan sangat pantas, hidup perlu diteruskan. Tanggungjawab mesti terus dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Destinasi akhir harus terus dicapai dengan sebaik mungkin. Noktah!


Nilai dunia


Em, banyak sebenarnya benda yang teringin untuk dikongsikan. Banyak bila dah dikumpul-kumpul. Bila tak sempat nak tulis, last-last semuanya bercampur, tak tau nak mula macamana. tak pe la, tulis je la apa yang tertaip, kan. ^_^


Teringat suatu pengisian oleh seorang senior, di puncak (err, tak sempat sampai puncak sebenarnya) Gunung Ledang, disuatu pagi yang indah.





"Dalam perjalanan kita daki gunung tadi kan, mesti semua perasan kan, kayu-kayu balak yang ada? berapalah agak-agaknya harga sebatang kayu balak tu ye?" pastu semua oarang pun teka-meneka lah harga kayu balak tu. Saya pun tak ingat la harga yang senior tu bagitau. Tapi yang pasti, mahallah, mencecah beribu. 


"Kat gunung ni saja dah bermacam-macam jenis kayu yang ada. Kalaulah gunung ni milik kita, dan kita boleh jual semua kayu balak yang ada kat sini, betapa kayanya kita boleh jadi kan?" mengangguk...


"Tapi sayang, gunung ni bukan milik kita. Milik Allah s.w.t. Subhanallah, Maha Kayanya Allah, kan..." mengangguk lagi...


"Ok, kita tahu kan, betapa mahalnya harga kayu balak tu. betapa berguna juga kayu balak tu kepada manusia. Tapi, kenapa Allah datangkan bencana kepada alam dan menyebabkan semua 'yang berharga' tu hilang dalam sekelip mata?" anak mata nampaknya memandang serong ke atas, dengan dahi sedikit berkerut. Berfikir...


"Sebab semua tu tak ada nilainya bagi Allah. Walaupun semua yang ada di langit dan di bumi ni milik Allah, semuanya tidak berharga di sisi Allah. Allah berkuasa menghapuskan segala-segalanya apabila dikehendakiNya, dan Dia takkan rugi apa-apa"


“Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk niscaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air pun.” 
(HR. At-Tirmidzi)


Em, betul tu kan. Setuju dengan penyataan di atas. Tapi, ada sesuatu yang menganggu ruang fikir saya. Kalau segala yang ada di dunia ni tak ada nilai pun di sisi Allah, untuk apa saya menghargai? Untuk apa saya ada blog ni? Hmmm.... 


Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;


“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

 “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”
 (Ibrahim:7)


Ya, itu lah bezanya Tuhan dengan makhluk ciptaanNya. Manusia perlu tahu untuk menghargai setiap apa yang datang dari Tuhan, untuk dirinya, sebagai tanda syukur. Selagi seorang manusia berkesempatan hidup di bumi Allah yang sebenarnya tiada nilai disisiNya ini, selama itulah dia harus bersabar dan bersyukur. Bersabar dan bersyukur dalam mengutip hikmah diatas setiap apa yang berlaku ke atas dirinya, sebagai bekalan untuk menuju destinasi abadi, bukanlah maksudnya terlalu taksub mencintai dunia sehingga lupa bahawa semuanya tetap milik Allah jua... 




Ya, saya suka dan sayang...!


Apa? 
Semua yang saya ada. Semua yang telah dan sedang saya alami. InsyaAllah. 
Kadang-kadang bimbang juga, takut terlebih rasa memiliki. Tapi insyaAllah, bila kita ingat Allah di saat kita ingat apa yang kita ada dengan rasa syukur, insyaAllah kita tahu bahawa ia bukan sebenarnya milik kita. Sekadar pinjaman sementara untuk kita belajar tentang kehidupan.


Buat masa dan ketika ini, sedang memotivasikan diri (sebenarnya...). Nak masuk bulan ke 3 sebagai 'final year medical student'. Pelbagai rencam perasaan yang timbul...


Dah banyak kali jumpa patient yang bertanya... "Dik memang minat ke nak ambik medik ni?"
Jawapan saya, "InsyaAllah minat. Kalau tak betul-betul minat, rasanya tak mampu nak bertahan kot. Even saya yang rasanya minat ni, ada masa tuh tanya balik (selalunya bila dkt2 nk exm), "kenapala aku susah-susah amik medik hah, tak paham tol..."" huhu.... ^^


Kenapa saya suka bidang ini....?


Belajar bersyukur


Belajar untuk bersyukur dengan nikmat kesihatan, diri dan hidup yang Allah berikan. Masuk posting perubatan, jumpa patient dengan sakit kronik '3 serangkai'- kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Macam-macam komplikasi yang boleh dapat. Bersyukur sebab masih muda, masih berpeluang untuk mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang. Jumpa juga pesakit mengidap kanser seperti kanser darah (leukemia). Ada yang muda-muda lagi dah kena kanser ni. Bersyukur sebab masih berpeluang hidup secara remaja normal. Tidak perlu keluar masuk hospital, tidak perlu bertahan dengan side effects chemotherapy, tidak perlu menghitung hari meninggalakan keluarga tersayang....


Masuk posting  surgery, jumpa patient yang pelbagai masalah yang memerlukan pembedahan. Bersyukur sebab tidak perlu mengalami perasaan berdebar-debar masuk dewan bedah, ditambah pula dengan ketidakpastian sama ada pembedahan itu berjaya ataupun tidak. 


Masuk posting O&G, jumpa ibu-ibu mengandung yang penuh dengan kasih sayang terhadap kandungannya. Bersyukur kerana punya umi yang mengandungkan dan melahirkan saya. Bila kena conduct delivery, belajar mengingat saat-saat umi bersusah payah menahan sakit sewaktu melahirkan. Belajar juga bersyukur kerana pernah berpeluang menjadi bayi yang sempurna fizikal, yang sihat wal'afiat sampai sekarang. 


Masuk posting orthopedik, jumpa patient yang terlibat dengan kemalangan. Patah sini, patah sana. Siapa sangka, terpaksa terlantar di hospital dengan pelbagai komplikasi daripada kemalangan. Dalam banyak-banyak cara kematian, mati dalam kemalangan jalan rayalah yang paling tidak terjangka dan kalau boleh mahu dielakkan, kan? Bersyukur kerana masih hidup di saat ini tanpa perlu melalui itu semua. 


Masuk posting kanak-kanak, haisshh... apa perasaan melihat bayi comel yang sakit? Bersyukur kerana telah berjaya melepasi zaman kanak-kanak dengan jayanya. Bersyukur juga kerana punya ibu bapa semasa kecil dulu untuk menjaga diri ini. Ramai jugak baby kat wad daripada pusat jagaan anak yatim/terbiar. Dah la sakit, tidak berayah ibu pulak...


Masuk posting psikiatrik, jumpa dengan patient yang depressed. Bersyukur sebab tak mengalami apa yang patient tu rasa, dengan masalah hidup yang pelbagai, rasa sedih dan putus asa sampai nak bunuh diri. Jumpa juga patient bipolar dan schizophrenia. Bersyukur sebab masih punya akal yang waras dan masih boleh dimanfaatkan sementara masih berpeluang untuk hidup...


Alhamdulillah....


Belajar mengenal diri


Belajar untuk lebih mengenal kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Diri sendiri yang sebenarnya belajar semata-mata kerana apa? Bila rasa malas dan tak semangat untuk belajar, mesti ada yang tak kena. Cukup ikhlas ke? Pastu, apa nak buat? Realize --> know--> understand--> action! .... fighting! 


Belajar memberi


Belajar memberi semampu mungkin untuk pesakit-pesakit yang ada. Kadang-kadang senyum saje pun dah cukup bermakna bagi mereka. Apatah lagi kalau boleh meluangkan masa mendengar luahan hati mereka. (Masa student ni, banyak la masa nak borak itu ini ngan patient, dah keje nanti, tak sempat kot eh?...uhuk) Kata orang.. "doktor ni takde life"... well, life is not about yourself, anyway... ^^


Belajar berfikir


Belajar untuk berfikir secara kritikal. Bak kata prof. Kanahes (paeds), "medicine is interesting because u do not know what is the patient's diagnosis when they presented to you" Analoginya, katakanlah kalau kita pergi makan aiskrim yang pelbagai perisa beramai-ramai, mesti bosan kalau masing-masing dah tahu apa perisa ais krim yang dia makan. Tapi kalau semua orang pun tak tau, masing-masing rasa aiskrim yang berbeza, masing-masing saling meneka rasa aiskrim tu.. mesti seronok kan? Berfikir untuk mencari diagnosis, berfikir juga untuk manage patient secara holostik.


 Belajar menghadapi ketakutan


Belajar menghadapi ketakutan yang rupa-rupanya ada pelbagai. Takut untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali, mula belajar berkomunikasi dengan patient dan family. Takut untuk 'menyumbang kesakitan' kepada patient bila perlu dicucuk jarum, mesti jugak belajar mencucuk patient untuk ambil darah atau masukkan branula. Takut untuk present case, memang kena belajar present case pun. Takut untuk kena marah dengan lecturer, memang akan kena marah kalau semua benda pun tak tahu. Tapi marah seorang guru bukan untuk mengaibkan, tapi untuk mengajar. Takut untuk menghadapi exam, belajar untuk bersedia lebih awal dan belajar secara berterusan (waaaa.... sedang takut apabila teringat akan march 2012...) Takut untuk menghadapi kegagalan, belajar bahawa kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran yang sangat berkesan untuk peningkatan potensi diri... kalau kat sekolah dulu, target mesti nak dapat A+, sekarang lulus pun, tersangat-sangatlah bersyukur... Tapi ye lah, target tu mesti la kena up jugak daripada sekadar lulus kan, supaya lebih bersemangat... yoashhh (sgt mudah utk berkata-kata... berusaha! ^^)


pejuang2 kehidupan...hehe


Belajar menghargai


Belajar menghargai insan-insan yang pernah muncul dalam hidup ni. Keluarga sebagai penguat semangat. Sahabat sebagai pendorong dan teman seperjuangan. Doktor@Pensyarah sebagai sumber ilmu dan inspirasi. Staff2 hospital juga sebagai sumber ilmu dan pembantu. Dan pesakit sebagai sumber ilmu yang paling utama, yang banyak bersabar dengan karenah kami pelajar-pelajar perubatan yang berbagai macam ragamnya. Bosannya sebuah kehidupan tanpa mereka semua, kan?







Berkongsi di sini kata-kata yang terjumpa di salah satu poster kata-kata semangat di wad merah 


" Live with 3 E: Energy, Enthusiasm, Empathy and 3 F: Faith, Family, Friends"


























p/s: meneruskan 2 minggu Ramadhan di Slim River. Semoga semuanya baik-baik saja.... Semoga terus bersemangat memburu takwa yang sebenar... amin. ^_^

29 July, 2011

Rindu...

Assalamu'alaikum wbt...

Rindu...
Rindu untuk menulis di sini...
Rindu dengan posting2 yang dah lepas (ye ke..?hee)
Rindu dengan posting2 yang akan datang...
Rindu dengan family tercinta...
Rindu dengan sahabat-sahabat yang sentiasa di hati.. :)

Rindu dengan bulan mulia, Ramadhan...


lame dah tak share lagu kt blog ni. Baru first time dengar lagu ni kat fb, adik junior yang share... ^^

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Keindahan yang tiada tara
Kemuliaannya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan
Rindu...Aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan (2x)
Ya Allah tolong sampaikan hajatku
Untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran (2x)



Alhamdulillah, punya rasa itu... saya baca balik entry yang saya tulis dalam bulan Ramadhan tahun lepas... -->boleh klik kalo nak baca jgk<-- Ditulis di penghujung Ramadhan. Nasib baik tulis, ingat kembali perasaan saya masa tu...

Tahun lepas menyambut Ramadhan dalam suasana yang 'agak' selesa. Masa tu posting 'honeymoon'- JKM (jabatan kebajikan masyarakat) di kuala selangor. 'Bahagia'. Bilik ada aircond. Tak payah buat keja2 wad. (walaupun ada jugak jalan-jalan masuk kampung ditengahari yang panas..huhu) hari-hari beli makanan yang pelbagai macam di bazar ramadhan. hari-hari minum air kelapa. Malam-malam, naik van pegi solat terawih. Balik tarawih, dok depan tv. Kalau tak pun, dok dalam bilik aircond tu. KONON nak baca buku atas katil, bertemankan selimut... pastu, selamat dah... sampai pagi. Hmm.. ada ke study masa jkm dulu hah? Takde, konpem takde. Langsung tak revise 'internal medicine' pun. Cuma siapkan report-report @ assignment yang ada. 'Bahagia' tak hidup? Bila dah nak habis posting, baru tersedar, Ramadhan pun dah nak habis jugak. Terpinga-pinga...

Tahun ni? Tak tahu nak 'expect' ape. Tapi rindu dipermulaan Ramadhan itu ada. Alhamdulillah, Ramadhan tahun lepas bukan yang terakhir. Berpeluang bertemu Ramadhan tahun ni, insyaAllah. Tapi suasana posting kali ni agaknya berbeza kot. 'Final year' di posting Obstetric & Gynecology (O&G). Sibukkah? Mungkin. Ada on-call untuk conduct delivery kat labour room, wardwork, dan pac (patient admission centre). Cover bed juga. Belajar perlu lebih serius dan dedikasi. Bagaimana agaknya kisah saya di bulan Ramadhan tahun ni yep? Semoga lebih baik dari tahun lepas.

Rasanya, ujian kesenangan lagi sukar daripada ujian kesusahan. Sebab kesenangan membuatkan diri lebih mudah terhanyut, lupa untuk kembali. Tapi kesusahan membuatkan diri sedar akan ketidakmampuan dan kelemahan diri sebagai manusia, lantas kembali mengharap pada Yang Satu. Harapnya, diri ini tetap mampu. Mampu untuk mahu kembali padaNya, tidak kira di masa senang atau susah.... kan? InsyaAllah...


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"


Semoga Ramadhan kali ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini... semoga kita semua termasuk dalam golongan mereka yang benar-benar bertakwa... amin.

maaf, lagi-lagi gamba wafi. rindu utk 'memanipulasi' budak kecik ni lagi... hehe ^^v




'my latest precious property aka my first alarm clock ever!'
tak tersangka terbeli, tak tersangka tersuka... iklan kejap.. hehe

jom, senyum untuk bangun di pagi hari... ^_^





Salam rindu...
Salam Ramadhan...




p/s: sangat cuak utk masuk posting O&G setelah dgn gembiranya b'main-main di posting pediatrik. Norsyamimi, tolong jangan main-main lagi!

16 July, 2011

CAKKK!!!

Assalamualaikum buat syamimi, hidayah dan alia yang sentiasa dalam ingatan...berkurun lama tak berkesempatan menjenguk blog bersama ni, jadi kesempatan yang ada malam ni ana gunakan untuk bagi tau kat korang yang ana masih sihat dan sejahtera walaupun kadang-kadang ada kadang-kadangggg tak timbul-timbul dalam blog ni...sebenarnya ana nak cerita yang hari ni ana jadi guru pengiring kepada pelajar-pelajar puteri islam bertanding di kolej matrikulasi selangor kat banting..nak dijadikan cerita, lupalah ana akan username dan password yang ana guna untuk blog bersama ni (dulu pun dah lupa skali...hikhikhik)..lama gak la ana duk ngadap laptop..macam-macam cara ana guna untuk cari balik username n password yang betol tuk blog ni...cari punya cari...gali punya gali...belek sana belek sini...dapat la satu username yang memang kompem ana penah guna masyer mude-mude dolu...:p tp ghope-ghopenyer...username n password tu adalah untuk blog persendirian yang ana wat dulu...yang zaman jepun punyer ni...nama blog ana tu sesuci kasih khadijah...hikhikhik...(tak caye try la tengok...ada lagi blog antik ana tu rupenyer. kot-kot dayah ingat lagi blog ana tu...add dier http://wwwsesucikasihkhadijah.blogspot.com) ana nak buka pun lama je dier nak loading, x thu la sebab laptop ana ker, tenet slow ker, atau sebab blog tu dah berkarat sangat...mana tak berkarat kalau last entry pon masa tahun 2008..wahaha...tak ke zaman jepun tu..ana post gak la entry pendek kat situ untuk me'renew'kan blog tu sikit..haha...dan Alhamdulillah, jumpa gak ana akhirnya username n password bagi blog bersama ni...leh r masyuk...Pasal ana jadi guru pengiring plak, satu pengalaman baru la kot(ayat skema bagi seorang guru baru..hikhikhik)best gak walaupun letih kaki jalan pakai kasut high heels ni(agak tinggi la)...leh kenal kolej matrikulasi selangor...jauh kaklah la dari sekolah baru ana ni...sejam gak la atas bas tu...punya la jauh vanue tuk pertandingan marhaban n tilawah...nasib baik untuk nasyid dekat je...bile tengok diorang join pertandingan gini, of course la ana pun mengimbau nostalgia masa g tanding koir dolu-dolu..haha..betapa mudanya kita masa tu kan???kan???kan???cepat tol masa berlalu...tua betol rasanya bila mengenang kenangan lalu ni...rinduu...rindu serindu rindunyaa...(pergh...jiwang karat ana terserlah)
kat sekolah plak hari ni ada sukan + perbarisan (sedey x dapat tengok budak-budak kawad n wat formasi) mesti comey...ingat masyer muda-muda dolu..macam-macam pesen diorang buat masa perbarisan...tp kat sini xde ratu...hehe...x kene la kan kalau sekolah agama cam ni pon ada ratu rumah sukan...hahaha...ingat kat rumah arif, bestari, cekal n dinamik...petang-petang menjelang hari sukan sume kena lari round padang walaupun xmasuk pape...syahdu...orang kata kenangan mengusik jiwa gitu...hikhikhik...
punya la lama ana try godek cari username n password, asyik dan khusyuk plak ana tulis entry sampai x prasan jam dah 11 lebih...budak2 ni dah siap baca al-mulk kot...ana stop kat sni dlu la...ingat budak-budak je ke kena baca al-mulk...cikgu budak pon kene baca sekali tau...haha...salam sayang buat sahabatku sya, dayah n alia serta yang lain-lain.semoga sentiasa sihat n sukses selalu.....doakan juga kejayaan buat ana di sini..moga tabah menjalani liku-liku sebagai guru baru serta mudah-mudahan ana dah x lupa username n password ana..sampai jumpa lagi...take care u all..
p/s: esok genap 2 tahun arwah abah ana pergi meninggalkan kami(ikut kalendar hijrah)...al-fatihah...semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas roh abah...kak su sayang abah sangat-sangat...:p

26 June, 2011

Ada Apa Dengan Aurat?


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum w.b.t...

Kebetulan, sedang mendengar lagu 'ada apa denganmu'. Tajuk pun jadi seperti diatas. Huhu.. Kenapa? Ada apa dengan aurat? Macam-macam ada? Ada yang tahu apa itu aurat. Ada yang faham apa itu aurat. Ada yang menghayati apa itu aurat. Ada yang belum tahu, mungkin. Ada juga yang belum cukup faham. Ada juga yang buat-buat tidak tahu apa itu aurat...

Siapa saya, mahu memperkatakan soal aurat? Ye, bukan sesiapa. Hanya seorang hamba yang tidak dapat lari dari melakukan dosa. Diri sendiri juga masih bertatih mendidik diri untuk benar-benar faham apa itu aurat. Namun, ia bukan alasan untuk tidak saling mengingatkan. Sekadar berkongsi di sini, selama diri masih sedang mahu dan mampu, insyaAllah.

Kenapa tiba-tiba? Sedih. Sedih kerana secara tidak sengaja mendapat tahu sahabat-sahabat yang dulunya dikenali sebagai seorang yang tahu menjaga auratnya, kini sudah berubah. Tidak lagi menutup aurat... Mengapa berubah? Hanya Allah sahaja yang tahu. "Tidak menutup aurat, tidak semestinya tidak baik...? Apa guna menutup aurat kalau hati jahat dan busuk...?" Benarkah?

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(An-Nur 24:31)

Saya dan Aurat...

Em, umur berapa ye, mula TAHU aurat wanita? Seingatnya, masa darjah 1 dah pakai tudung dah kat sekolah. So masa tu dah tau la kan, seorang perempuan yang beragama Islam, auratnya seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Masa tu pakai tudung kat sekolah je la. Kalau pergi jalan-jalan, rasa macam tak. Ada jugak masa yang pakai tudung, tapi baju macam-macam jenis la, yang ber'skirt', bergaun, berlengan pendek. Tahu, tapi belum boleh betul-betul fikir untuk benar-benar mematuhi perintah Tuhan.

Bila besar sikit, dalam darjah 6 ke atas, alhamdulillah, tak susah untuk kekal bertudung walau ke mana sahaja. Tapi belum juga benar-benar patuh pada perintah sebenar. Baju, rasanya masa tu lengan panjanglah. Tudung pun memang lebih suka dibiarkan menutup bahagian dada. Malu. Tapi tudungnya jarang, tudung bawal. Berstokin belum. Juga susah untuk bertudung kalau ada sepupu atau saudara mara lelaki bertandang ke rumah. Tahu, aurat perlu dijaga sesama bukan mahram, tapi susah nak buat.

Bila besar sikit lagi, masa sekolah menengah, mula boleh mencapai tudung setiap kali ada bukan mahram di rumah. Tapi tudungnya masih jarang. Berstokin juga belum...

Bila besar lagi dan lagi, start belajar kat universiti, sama juga. Yang bertambah mungkin tahap kesedaran. Sedar bahawa tudung yang jarang tu tak menepati syarat menutup aurat. Juga sedar kaki itu sebenarnya juga adalah aurat. Tapi sekadar tahu dan sedar. Tiada kekuatan untuk berubah. Alasan, tudung memang semuanya tudung bawal yang umi beli, takkan nak membazir beli baru. Dah la susah nak cari tudung yang tak jarang masa tu.. Lepas tu, kalau nak pakai stokin, takkan lah pakai dengan tudung yang jarang, tak kena pulak.... Hhmmm...

Begitulah manusia ini berkata-kata dengan dirinya sendiri. Mencari seribu alasan, kononnya 'pembela' diri. Tahu, faham juga mungkin, tapi masih belum punya kekuatan untuk bertindak. Sampai di satu tahap, kekuatan itu ada. And of course, daripada DIA jua diri mampu bertindak. Mula mencari alas bahagian dalam untuk di alas dengan tudung bawal yang jarang tu, tapi tak jumpa. Mencari lagi, tiba-tiba terjumpa tudung biasa yang tidang jarang. Sesuai. Dan di situ langkah bermula. Bertudung yang tidak jarang, menutup kaki dengan stokin yang sesuai.

Alhamdulillah, hati lebih tenang. Alhamdulillah lagi, tetap dan istiqamah dengan keputusan dan tindakan yang diambil. Bila balik ke Malaysia setelah 3 tahun di Bandung, mula mencari lagi. Telah banyak terjual tudung yang tidak jarang. Ada juga pilihan saiz tudung. Mencuba yang lebih besar. Alhamdulillah, lebih selesa. Lebih tenang. Tetapi, belum cukup yakin untuk solat menggunakan pakaian yang dipakai.

"Nak solat, pakai je la kain telekung sembahyang, apa susah...?"

Ok, dah tutup aurat apabila keluar dari rumah, tapi bila nak solat, kena cari telekung sembahyang. Maksudnya, pakaian yang biasa dipakai tadi tak boleh buat solat terus? Maksudnya, pakaian tu tak cukup menutup aurat ke? Bertanya dan berfikir...

Sekarang, setiap kali berpakaian untuk keluar, sentiasa bersedia untuk memakai 'pakaian solat'. Sebagai 'cut point' untuk menutup aurat yang mengikut syarak. Senang pun senang, tak payah susah-susah cari telekung untuk solat. Even telekung sembahyang pun kebanyakannya jarang...huhu.. Namun diri ini tahu dan sedar, masih ada yang perlu diperbaiki. InsyaAllah, semoga terus diberi kemahuan dan kekuatan untuk bertindak...

Mengapa Bercerita?

Mengapa ye... sekadar mahu berkongsi rasa. Mungkin kita punya rasa yang sama. Jika ya, mungkin juga keadaan dan situasi kita berbeza yang menyebabkan semakin susah untuk membuat tindakan. Susah ke jadi wanita? Susah ke nak tutup aurat dengan betul? Ye, susah la.... Macamana mahu berubah? Bagaimana mahu memulakan langkah? Apa pula kata orang nanti? Kita pun kena lah ikut fesyen terkini..?

Pucuk pangkal, adalah diri sendiri. Allah sentiasa ada untuk memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya. Tapi, petunjuk itu perlu dicari. Hamba mencari, pasti Tuhan memberi. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Tahu dan faham itu berbeza. Faham akan tuntutan menutup aurat secara sempurna insyaAllah akan mencetus MAMPU untuk bertindak. Dan juga, hanya kepada Allahlah kita memohon segala kekuatan.

Teringat pula ketika pulang ke kampung baru-baru ni. Dalam bas, duduk bersebelahan dengan seorang pakcik. Gayanya tampak alim. Berkopiah. Sebelum bas bergerak, ternampak dia melambaikan tangannya kepada anak dan isterinya di luar bas. Isterinya bertudung labuh. Tapi anak perempuannya tidak bertudung. Macamana saya tahu perempuan itu adalah isteri dan anaknya? Pakcik itu sendiri yang bercerita. Bangga dia dengan anak perempuannya, salah seorang pelajar cemerlang di ipt. Sedang asyik pakcik bercerita, tiba-tiba dia bertanya:

Pakcik: Nak, macamana nak buat ye, anak pakcik tu, susah sangat dia nak bertudung...
Saya: Em, susah jugak nak cakap tu pakcik. Pakcik dah tegur ke dia elok-elok?
Pakcik: Dah banyak kali dah. Tapi macam tu la jugak. Mungkin sebab dok kl ni, jadi macam tu pulak dia. Dulu masa kecik-kecik, pakcik dah hantar ke sekolah agama dah. Tapi mungkin jugak lah salah pakcik, masa dulu pakcik sibuk dengan kerja, mungkin masa tu pakcik sendiri yang kurang tegas dengan dia pasal tudung ni.
Saya: (tersenyum kelat... mencari respon yang terbaik..uhuk) Hhhmm.. susah jugak pakcik kan. Bila tak mula dari kecik, dah besar ni makin susah la pulak. Tapi saya rasa, tak semestinya macam tu jugak. Semua tu bergantung pada diri sendiri lah. Mungkin dia dah pernah belajar dan tahu pasal agama, tapi diri dia sendirilah yang kena betul-betul nak faham dan praktis cara Islam yang betul. Tapi (tapi lagi..) kawan-kawan atau pun orang sekeliling pun main peranan jugak kan...
Pakcik: Em, betul la tu nak. Habis tu macamana ye, pakcik hanya mampu berdoa je la sekarang supaya dia berubah. (Ada nada sayu pada suaranya...)
Saya: Ok lah tu pakcik. Tegur pun sudah. Doa pun salah satu usaha jugak. Asalkan kita tak berputus asa berdoa semoga Allah lembutkan hati Dia untuk menerima petunjuk ke arah Islam yang sebenar, insyaAllah....

Begitulah, cerita seorang ayah yang bimbangkan anak kesayangannya. So? Adilkah untuk menyalahkan ibu bapa dalam soal ini? Atau orang-orang disekeliling? Tepuk dada, tanyalah iman. Saya? Masa kecik dulu pakai tudung sebab ikut umi, ade ke umi suruh pakai ah? Ade la kot. Sebab peraturan sekolah kena pakai tudung jugak. Bila kat sekolah menengah, alhamdulillah, pihak sekolah agak menekankan soal agama dan sahsiah diri. Tambah pulak dengan sahabat-sahabat yang sentiasa mempengaruhi diri untuk berbuat baik. Secara keseluruhannya, alhamdulillah, ke mana pun saya pergi, Allah sentiasa mengurniakan saya teman dan sahabat yang sentiasa mengajak kepada perubahan diri yang positif. Zaman remaja saya banyak dihabiskan dengan kawan-kawan, bukan di rumah. Belajar tentang kehidupan dari mereka, bersama-sama. Alhamdulillah lagi, di atas segala nikmat kurniaanNya....

"Tahu, tapi belum mahu faham. Belum mahu berubah. Buat-buat lupa, buat-buat tak tahu. Menyusahkanlah nak tutup-tutup ni. Rimas. Panas. Old-fashioned!.... "

Sampai bila? Sampai ada orang lain yang tolong pakaikan kita dengan kain putih seluruh badan? Apa-apa yang berharga, kita mahu ia ditutup, diletakkan di dalam bekas yang paling terbaik, disimpan dan dijaga dengan rapi, hanya orang2 yang terpilih sahaja berhak melihat dan memiliki, kan? Kita? Adakah kita semurah barang yang biasa2 dan boleh dipamerkan di khalayak ramai, tiada penutup yang rapi, terdedah dengan segala macam kotoran, boleh dipegang dan disentuh oleh sesiapa sahaja?

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Ahzab 33:59)

So, kita yang mana? Siapa yang tentukan kita nak jadi yang mana? Ayah? Abang? Mak? Tunang? Suami? Kawan? Tak kan...? Diri sendiri lagi... Segala pilihan, keputusan dan tindakan tetap di tangan kita...


Kat Malaysia ni, kalau tak hujan, panasnya bukan main, kan? Pakai tudung pun, panas ea? Hhhmmm... Kalau api neraka, macamana la agaknya?


Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


Salam muhasabah, salam tindakan...

Wallahu'alam :)

16 June, 2011

D.U.I.T

Assalamu'alaikum w.b.t....

Mencuri sedikit masa untuk mencatat di sini, buat peringatan diri.

D- Doa

U- Usaha

I- Istiqamah

T- Tawakkal


'Mnemonic' yang baru 1st time tahu, semasa usrah beberapa bulan yang lalu. Tajuk perbincangan usrah adalah berkaitan financial management. Em, kalau nak mengupas pasal financial management tu, masih terasa kurang yakin. Mungkin lain kali? InsyaAllah...

Cuma, tertarik dengan mnemonic di atas. DUIT. Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit. Saya, bukan seorang yang terlalu ghairah mencari duit. Kenapa? Sebab tidak pernah merasa bagaimana susahnya untuk mendapatkan duit. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kemudahan untuk itu. Tetapi, saya kini semakin ditarbiyah Allah untuk mula belajar berusaha mencari duit (tapi masih tetap belum cukup ghairah..huhu.. fighting!^^) Dengan duit, kita mampu untuk memiliki apa yang kita perlu atau mahu untuk kebaikan bersama. Asalkan, duit itu tidak menjadikan kita lupa asal tujuan seorang manusia.

Berbalik kepada mnemonic DUIT. Penyampai usrah ada mengatakan. Kelemahan yang ada pada mereka yang berdarah Melayu adalah pada huruf yang ketiga.

Doa- Ye, Melayu@Islam tiada masalah untuk ini

Usaha- Ada juga. walaupun keja last minute, tetap satu usaha, kan?

Tawakkal- Yang ni senang la, terutamanya apabila dilontarkan melalui kata-kata

Istiqamah- Hmmm... yang paling susah untuk direalisasikan. Untuk melakukan sesuatu secara konsisten, masih perlu mujahadah yang tinggi.


[istiqamah.jpg]


Mahu tergolong dalam golongan mereka yang istiqamah... Jom, sama-sama!

Semoga kita terus diberi kekuatan dan kemahuan oleh Allah untuk mampu beristiqamah... amin...

Artikel ni mendapat tempat yang pertama dalam Google search.. menarik, boleh klik dan baca untuk huraian lanjut berkaitan istiqamah..



Salam istiqamah buat diri dan sahabat....







p/s: 4 hari permulaan sebagai pelajar tahun akhir di posting pediatrik, diri dan hati sedang mengalami fasa 'adaptation'. Banyak perkara yang menyentuh hati. Semoga mampu untuk terus menghargai. semakin menyayangi 'treasured-precious-cherished' ini....Ya Allah, izinkanlah diri ini....... :)









04 June, 2011

Rojak Rasa @ J.O.M


Assalamu'alaikum...

Menulis lagi di sini, sementara ade masa dan kesempatan dan kemahuan dan kekuatan... Terima kasih Allah!


BANGGA

Bangga sebab punya sahabat aka adik beradik yang concern dengan prestasi sekolah dulu. Keputusan peperiksaan SPM tahun lepas nampaknya kurang baik. Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (aka SMSPP aka SCIPP^_^) mendapat tempat yang sangat mengecewakan dalam ranking keputusan Sekolah2 Berasrama Penuh... Punca? Katanya SCIPP sekarang dah tak macam dulu. Pelajar-pelajarnya semakin kurang menitikberatkan soal sahsiah diri. Suasana di SCIPP sekarang semakin kurang islamik berbanding dulu (melalui apa yang saya dengar (baca) la..)... Terus, ada diantara sahabat yang mencari inisiatif untuk menyumbangkan sesuatu kepada adik-adik dan guru-guru di sekolah...

Maka, lahirlah sebuah perancangan program anjuran Fiverz 0004 yang diberi nama

J.O.M


Perjalanan ke arah satu matlamat. Matlamat untuk kembali mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dalam setiap apa yang dilakukan. JOM diolah bersama, dengan harapan dapat menyedarkan adik-adik akan kepentingan sebuah keberkatan dalam menuntut ilmu. Keberkatan Allah, ibu bapa, guru, rakan-rakan, dan orang sekeliling. Kerana tugas sebagai seorang pelajar bukanlah untuk belajar semata-mata. Diri perlu disiapkan dengan sahsiah diri yang baik, supaya pelajar yang sememangnya pada hakikatnya adalah pelajar seumur hidup ini mampu untuk terus hidup di sekolah kehidupan, kelak....

Tahniah diucapkan kepada pengarah program, Nurdiana Roslan aka didi yang menjadi brainstomer utama untuk program ini. Tak cukup brainstorming, juga bertanggungjawab menjadi pengantara dengan pihak sekolah, pengurus baju, dan macam-macam lagi la kot. Bangga punya sahabat macam didi, sanggup bersusah-susah demi sekolah tercinta walaupun pada masa yang sama sedang sibuk menyiapkan thesis. Tahniah sis!

Tak lupa jugak semua yang terlibat dalam gerak kerja perancangan program ni...


Huhu, nama saya (terasa comel sebentar dgn panggilan mimi dlm tulisan diatas..hik2) ada dalam ni, tapi tak de menyumbang pun... gomenne! Penulis blog ni yg lain pun ade. Alia si bendahari yang cekap dan pantas. Dayah sebagai exco kerohanian bersama shasha n c'tiq, insyaAllah mantap! :) semoga dipermudahkan segalanya buat kalian semua... ^_^


TERKILAN

Terkilan dan sedih, sebab saya tak dapat join program ni. Tak dapat menyumbang untuk sekolah tercinta kali ni. Tak dapat jumpa cikgu-cikgu tersayang. Yang paling sedih, tak dapat jumpa adik-beradikku sekalian yang dah berkurun tak jumpa... waaaaaaa..... ni la masa yang paling bagus kan, untuk reunion kita beramai-ramai setelah 7 tahun meninggalkan alam persekolahan... rindu kamu semua... sungguh!

Saya tak dapat berada di sana. 6-11 Jun ada kena pergi kem PPD (Personal and Professional Development) kat Ulu Seperi, Negeri Sembilan. Kem terakhir, sebelum meneruskan perjuangan yang tinggal lagi lebih kurang 10 bulan! waaaa... cepatnya masa berlalu, tak sangka.. tak tau la nak explain perasaan macamana.. gembira, atau teruja, atau takut, atau risau.. atau.. ntah... huhu


GEMBIRA

Dah sedih, gembira pulak..? Hehe.. gembira dan bersyukur sebab punya kamu semua dalam kesempatan hidup ni. Setiap daripada kita punya kebolehan dan keistimewaan masing-masing. Dan variasi inilah yang menjadikan hidup kita indah dan berwarna-warni. Variasi ini juga sebagai tanda kita saling memerlukan antara satu sama lain. Saling bekerjasama, saling mengingatkan, saling berkasih sayang, insyaAllah, kerana Allah!

Benar kata sahabat, adanya kita pada hari ini, adalah hasil didikan di SCIPP. Baik SCIPP, baik lah kita. Buruk SCIPP, buruk lah kita. Baik kita, baik juga la SCIPP. Buruk kita, buruk la SCIPP. Saling dan saling (sedang menggunakan kuasa memutarbelitkan bahasa.. hahah ^^v).


PENUTUP

Hhmm.. ape la gi nak cakap ye.. rojak la sangat, 3 rasa je pun.. tajuk ni je yang terfikir dulu, so biarla..huhu..

Syabas dan tahniah kepada organisasi JOM yang bertungkus lumus merancang program ni semenjak dua bulan yang lalu. Mintak maaf sangat-sangat sebab tak banyak dapat menyumbangkan diri... Semoga program berjalan dengan tersangat-sangat lancar dan berjaya. Semoga matlamat yang diharapkan terlaksana dan dapat membawa perubahan kepada SCIPP. Semoga setiap apa yang bakal dilaksanakan dipermudahkan Allah dan mendapat keredhaanNya, insyaAllah... Amin..

To all Scippianz especially my beloved Fiverz, all the best!!!!!! ^_^v




Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a. menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“ Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”

(h.r. Bukhari dan Muslim)







20 May, 2011

Yang mana satu ye...?

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, punya kesempatan dan kekuatan lagi mencoret sedikit di sini.

Banyak jugak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ni.. hhhmm, betul ke banyak? Ntah, mungkin macam biasa, tapi lebih kepada 'reaksi hati' yang pelbagai menyebabkan terasa banyak... hoho..

Sekadar mahu berkongsi satu cerita yang pernah didengar di radio ikim, beberapa .... (tak ingat dah berapa kurun, boleh tulis pun sebab ada catat, nasib baik catat, kan?) sori, lupa nak catat sape ustaz yang bagi pengisian ni. Segala watak serta nama pelakon2 di bawah adalah rekaan semata-mata ye, tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... ^_^


Nak, boleh tolong urutkan ayah?

Al-kisah... adalah seorang ayah ni, yang mempunyai 4 orang anak. Semuanya perempuan. Kita reka cerita, umur mereka tak jauh beza la, jarak umur setahun je setiap sorang... Ibu mereka telah meninggal dunia setahun yang lalu kerana kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah ini lah yang menggalas tanggungjawab membesarkan dan mendidik 4 orang anak perempuan kesayangannya...Setiap hari, ayah ini bertungkus lumus mencari rezeki untuk memberikan hidup yang selesa kepada 4 puterinya. Setiap hari dia keluar bekerja seawal 7 pagi, dan pulang sekitar jam 9 malam. Mujur, mereka mempunyai seorang pembantu rumah untuk menguruskan makan pakai mereka.

Suatu hari, setelah penat bekerja seharian di pejabat, dia pulang ke rumah seperti biasa.
dipanggilnya salah seorang anaknya, Melati.

Ayah:Melati, boleh tolong urutkan ayah?
Melati: Ala ayah ni, suka menyusahkan orang tau. Ayah tak nampak ke melati tengah tengok tv ni...
Ayah: Tolong la melati, ayah penat sangat ni. Melati tolong urut ayah sambil tengok tv pun boleh
Melati: Ishhh... yelah yelah yelah.. kejap je tau...

Ayah itu akhirnya tertidur dengan perasaan yang sukar digambarkan, setelah beberapa minit diurut oleh Melati.

Hari berikutnya, seperti biasa ayah ini pulang dari kerja. Usai bersandar di sofa buat seketika, ternampak anaknya, Melur, turun dari tingkat atas.

Ayah: Melur anak ayah, boleh tolong urutkan ayah? Badan ayah lenguh ni..
Melur
: Hhmmm, urut ye ayah? Boleh, tapi, ada syaratnya..

Ayah
: Ape dia?

Melur
: Upah rm10 untuk setiap 5 minit. Amacam? ok?

Ayah
: Haih, mahalnya. ye lah, nanti ayah bagi....


Cukup 5 minit, Melur berhenti mengurut ayahnya, setelah mendengar bibik memanggil mereka untuk makan malam. Si ayah yang tadi lenguh badannya terasa bertambah lenguh pula melihatkan karenah anaknya itu..

Hari seterusnya, ayah itu membuat permintaan yang sama. Kali ini dia teringat untuk memanggil anaknya yang bernama Kemboja. Teringat pula dia, beberapa hari yang lepas dia ada memarahi Kemboja kerana sentiasa mendapat keputusan peperiksaan yang teruk...

Ayah: Kemboja, ooo Kemboja..
Kemboja
: Yyye ayah.. (Perlahan-lahan Kemboja menghampiri ayahnya, terhinjut-hinjut kerana agak teragak-agak berbuat demikian)
Ayah
: Meh sini, boleh kemboja tolong urutkan ayah?
Kemboja
: Bbbbaik ayah...

Ayah ini senang hati, anaknya yang ini tidak banyak ragamnya. Mudah menurut kata. Cuma sikapnya yang agak pendiam membuatkan sukar untuk ayahnya menyelami perasaan sebenar Kemboja.

Pada hari sabtu kemudiannya, kebetulan ayah ini terpaksa juga bekerja di pejabatnya walaupun hujung minggu. Seperti biasa dia pulang pada malam hari kepenatan. Selesai dia parkirkan keretanya di halaman rumah, dia ternampak seorang lagi puterinya, Mawar. Mawar sedang tersenyum dimuka pintu menyambut kepulangan ayah kesayangannya...

Mawar: Assalamu'alaikum ayah... lambatnya ayah pulang, lama dah mawar tunggu ni...
Ayah
: Wa'alaikummussalam mawar. Banyak tadi kerja kat pejabat.
Mawar
: Mari masuk ayah (Sambil mencium tangan ayahnya) Ayah duduk la dulu. Nanti Mawar bawakkan air untuk ayah ye..
Ayah
: Alhamdulillah, ayah pun memang haus ni...
Mawar
:(Sambil memberikan jus oren kepada ayahnya) Ayah nak Mawar tolong urutkan ayah? Mesti lenguh badan ayah kan?
Ayah
: Ye Mawar, terima kasih ye sayang..

Lama rasanya Mawar mengurut ayahnya. Sehingga dia dan ayahnya tertidur di ruang tamu...


*******************************************************************************************************************

Maaf, endingnya begitu sahaja.. mari kita sama-sama menghuraikan maksud tersirat kisah di atas...

Kalau kita lah yang memegang watak sebagai si ayah, anak yang manakah yang paling kita sayang? Semua orang pun dah tau jawapannya kan... Sebagai seorang ayah, sudah pasti si ayah menyayangi semua anak-anaknya. Namun, kerana fitrah seorang manusia, pasti wujud sedikit perasaan senang hati kerana punya seorang anak seperti Mawar. Jika diberi pilihan untuk memberikan hadiah kepada puteri-puterinya, pasti gambaran Mawar yang terlebih dahulu terpancar di kotak fikiran. Mahu pula membelikan suatu yang paling istimewa buat anak itu. Betul tak?

Kalau tak betul pun, logik... kan?


Nak jadi yang mana?

Hhhmmm... so, sebagai hamba Allah, kita nak jadi yang mana ye?

Yang melaksanakan suruhan Tuhan kerana ia adalah perintah semata-mata? Kalau diberi pilihan, tidak mahunya bersusah-susah membuang keringat melakukan amalan-amalan baik..

Atau yang melaksanakan suruhan Tuhan kerana sebuah ganjaran semata-mata? Boleh buat, sebab dapat pahala, harap-harapnya dapat la masuk syurga nanti...

Atau yang melaksanakan suruhan Tuhan kerana perasaan takut kepadaNya? Ya, takut, risau, kalau tak buat kang, teruk azabnya kat neraka nanti...

Atau, yang melaksanakan suruhan Tuhan kerana perasaan cinta, kasih, dan sayang kepada penciptaNya. Subhanallah, pasti indah perasaannya, apabila berbuat sesuatu sebagai tanda cinta kita kepadaNya...


Ye... yang mana satu menjadi pilihan hati ye? Kalau ditengok, turutan sebab-sebab untuk berbuat baik di atas, seperti mengikut tahap, kan? Perintah, ganjaran, takut, dan cinta. Kata ustaz yang menyampaikan pengisian di atas, takut adalah permulaan ikhlas. Ikhlas untuk melakukan, kerana cinta.

Cinta. Banyak definisi cinta yang pernah kita dengar. Tak perlu untuk diuraikan di sini. (sebenarnya sebab bukan reti sgt pun nk urai pjg2...hehe, sori) Tapi yang pasti, perasaan cinta pasti menjanjikan perasaan indah yang disebut bahagia. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata... kan?

Hhhhmmm... semua orang pun, mesti dah tahu...

Buat sesuatu kat dunia ni, mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah....

Ye, dah tahu, faham pun, mungkin boleh faham, so tinggal nak laksanakan. Pelaksanaan melalui anggota badan mengikut arahan si raja hati. Setakat ni, ape je yang kita dah buat kerana cintanya kita kepada Allah ye?

Solat? puasa? baca Al-quran?

assignment? exam?

makan? tidur?



Senang ke susah? Hanya diri yang tahu... Eh, bukan, hanya Allah yang tahu bagaimana senang atau susah seseorang hamba MAHU mengisi umur di dunia keranaNya...


Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Group 9 ssm. setahun ssm yg dialami dgn pelbagai tahap penerimaan hati... Alhamdulillah, berjaya diakhiri dgn perasaan yg indah... ~ bang mas, kak teng, yiyi, alyn ~ korang sangat best! ^^v



Salam muhasabah, salam 1 Rejab...





p/s: sgt2 bersyukur krn dikurniakan sahabat yang sentiasa saling mengingatkan.. Thank you Allah! :)