04 September, 2010

Seberapa berhargakah?

Bismillahirrahmanirrahim... dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Hari ni 25 Ramadhan 1431H

Ramadhan tinggal lagi 5 hari. Cepat kan? Tak sangka lagi 5 hari je lagi kita akan berpuasa. Tak sangka juga malam ni saya akan pulang ke kampung untuk aidilfitri yang juga akan bertamu dalam tempoh 5 hari. Dan lagi tak sangka, saya masih sempat sampai ke 25 Ramadhan ini. Sempat berpuasa, sempat berterawih, sempat bersedekah, sempat bersabar, sempat merasa nikmatnya bulan Ramadhan. Jika ditanya, bagaimana Ramadhan saya tahun ini? Adakah sama seperti tahun-tahun sebelum ini? Atau adakah lebih baik? Atau adakah lebih mengecewakan?

Seberapa mampu untuk saya menjawab soalan-soalan di atas, saya juga kurang pasti. Yang pasti, hanya yang Maha Tahu layak untuk menilainya. Jika ditanya lagi, dalam banyak-banyak Ramadhan yang pernah saya lalui, yang manakah yang terbaik? 10 tahun yang lepas? ke 2-3 tahun yang lepas? tahun lepas? hhhmmm... tahun ni? Mampukah saya untuk menjawab soalan ini? Andai mampu, alhamdulillah, ada juga Ramadhan terbaik yang pernah dilalui. Jika tidak mampu? Adakah saya perlu menunggu tahun-tahun akan datang untuk menjadikannya Ramadhan terbaik dalam hidup saya? Namun, seberapa yakin pula saya untuk berkesempatan bertemu dengan Ramadhan akan datang? Andai esok saya pulang kepada Sang Pencipta, maksudnya tiadalah Ramadhan terbaik dalam hidup saya????

Bagaimana patut saya bereaksi kepada penyataan di atas?

1 of my favorite wallpaper

Seberapa berharga?

Sudah lama saya tidak mengisi sesuatu di laman ini. Adakah maksudnya sudah lama juga saya tidak menghargai? Mungkinkah? Hhhmm... Rasanya banyak je terlintas di hati saya untuk di kongsikan bersama. Akal saya 'tahu', ia boleh dikongsi, tapi nampaknya kurangnya 'mahu' daripada hati membataskan 'mampu' saya untuk menulis. Kenapa ya? Mungkin banyak alasan yang boleh saya berikan. Sibuk?Nak study? Study group? Tak ada mood? Serba kekurangan? Dekat nak exam? Tak sempat? Jemputan iftar? Ceramah? Kurang rajin? Malas? blablablablaabla... ai, macam-macam.. Ada saja alasannya ye? Alasan untuk menutup salah si hati yang kurang mahu tadi.... huhu. adakah saya sedang merepek? hehe

Pusing sana, pusing sini, alhamdullillah, hari ini saya mampu untuk menulis. Mungkin kerana mahu yang tadi kurang, semakin bertambah. Nasib baik mahu itu tidak berkurang, kan? Terima kasih Ya Allah...

Apakah sebenarnya yang 'seberapa berharga' itu? Apa lagi? Ramadhan. Seberapa berhargakah Ramadhan saya kali ini. Adakah ia sangat tidak berharga sehingga saya malas memperkatakan tentangnya di blog kesayangan saya ini? Na'uzhubillah. Sekali lagi, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang sentiasa bersama hati saya untuk saya kembali mengingatiNya. Biarpun cerita saya berkaitan Ramadhan ini hanyalah sekadar cerita hati saya, ya, ia tetap berharga. Bukan,ia sangat berharga!

Ramadhan terbaik?

Bagaimanakah sebenarnya Ramadhan terbaik itu?

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal
anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan berteriak-teriak ( pertengkaran), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan :" sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada ditanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allahpada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (al-Bukhari)


Sejauh manakah...
  • Ketakwaan?
  • Keimanan?
  • Keikhlasan?
  • Ibadah?
  • Berbuat baik?
  • Berkelakuan baik?
  • Bersabar?
  • Bersyukur?
  • Kemampuan menahan nafsu?
  • Puasa itu bukan sekadar lapar dan dahaga?

Pertanyaan ini adalah untuk saya. Untuk kita. Untuk semua. Mari bersama muhasabah kembali, erti Ramadhan ini buat kita. Bersyukurlah andai kita masih berkesempatan untuk sama-sama MAHU menjawab soalan-soalan di atas. Kerana masih ramai yang 'belum mahu' menghayati peluang bertemu Ramadhan yang mulia.

Di pengakhir Ramadhan ini, ada satu pesan Rasulullah yang amat mengundahkan hati saya,

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Amin! Semoga 5 hari yang akan datang bukanlah 5 hari yang sia-sia, tetapi 5 hari yang penuh 'keMAHUan' yang mampu mencetus ke'MAMPU'an untuk bertidak, semata-mata untuk beroleh keampunan Allah... Amin


huhu.. mood balik rumah namenye ni... tahun lepas purple, tahun ni hijau (along's decision.. yes!hehe)

*Malam ni balik klate bersama-sama Ngoh. yeeehaa!!! ^_^ Semoga selamat sampai. Semoga juga kegembiraan berada di rumah bukan menjadi penyebab untuk terleka dan terlalai daripada tanggungjawab dan amanah (hamba-khalifah-anak-kakak-pelajar-bakal 'pengubat' hehe)... huhu.. salam mujahadah!

0 comments:

Post a Comment