"Febrile Fit"
Sehari sebelum saya pulang ke kampung, saya mendapat berita yang adik bongsu kesayangan saya 'fit' (kalu kok klate gap~ nyettok..huhu) dan tidak sedarkan diri. Tiba-tiba je pagi sabtu tu wafi demam panas. Menurut umi, malam tu wafi kena hujan. Betapa setiap perancangan Allah itu sangat teratur, nasib baik adik lelaki saya yang ketiga (Mursyidi@Dee) telah pulang ke rumah lebih awal (dari uitm Dungun). Jadi umi saya tidak keseorangan menguruskan keadaan yang mencemaskan itu. Wafi sedar setelah di bawa ke klinik. Dr. refer wafi ke HUSM untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Seterusnya, tinggalah wafi, umi dan dee di HUSM menjaga
wafi di hospital...
Diagnosis selanjutnya daripada doktor HUSM adalah 'Febrile fit secondary to acute exudative tonsillitis'. (Sawan demam disebabkan oleh radang tonsil bernanah)
Sedikit informasi berkaitan tosilitis
"Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan. Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan."
Hari kedua wafi di hospital, saya pulang menggantikan dee menemani umi menjaga wafi. Kanak-kanak kecil yang mempunyai 'sakit' di bahagian kerongkongnya, sehingga takut untuk menelan air liur sendiri, ternyata tersangatlah menguji kesabaran bagi setiap yang menjaganya...
Bukan mudah untuk menjaga seorang anak kecil, apatah lagi yang sedang sakit. Karenahnya yang pelbagai cukup mengajar erti kesabaran. Sakit untuk menelan. Lapar, tetapi sukar untuk makan. Tiada apa yang mampu dilakukan melainkan menangis dan memberontak. Para penghuni wad yang lain sekadar mampu bertahan dengan 'kebisingan' yang tidak disengajakan. Saya, hhmm... mungkin juga ramai di antara kita yang tidak tahan dengan bunyi kanak-kanak yang menangis. Membingitkan suasana. Menambahkan gundah di hati. Mengundang amarah yang tidak bertempat. Sabar. Itu saja kuncinya. Bersyukurlah kerana saya dan kita pernah mempunyai ibu yang yang tidak pernah merungut untuk melayan dan memuaskan hati si anak yang kadang-kadang lupa bahawa wujud dirinya kerana kasih ibu yang sanggup memberi tumpang si anak di rahimnya selama 9 bulan. Hhhmmm.. perlu berlatih menjadi ibu mulai sekarang agaknya ye...huhu
Berpeluang menjadi penjaga pesakit, saya lebih mendalami perasaan pesakit-pesakit dan penjaganya di PPUKM. Sabar juga penting untuk melayan bakal-bakal doktor yang seolah-olah tidak puas 'menganggu' pesakit. (saya la jugak tu..hehe) Bertanya soalan yang sama, entah berapa kali umi saya perlu menjawab dengan jawapan yang sama. Tahulah saya, betapa bosannya. Namun, bosan itu bukanlah menjadi masalah kerana yang bertanya sedang menuntut ilmu untuk diaplikasikan pada masa hadapan. Sejuta terima kasih kepada pesakit-pesakit yang faham dan menerima penuntut ilmu ini seadanya. Jika saya mengharapkan 'faham' mereka, saya terlebih dahulu harus 'faham' jika saya berada di tempat pesakit itu, suatu hari nanti.
Tahukah sahabat-sahabat sekalian, betapa tidak selesanya berada di hospital, sebagai seorang penjaga pesakit? (mestilah tau kan) Apatah lagi bagi pesakit itu sendiri kan? Kalau bagi seorang pelajar perubatan? Hhmm.. mungkin hospital adalah tempat yang paling menarik, kerana banyak yang boleh dipelajari. Lagipun berada di wad bukannya sepanjang masa. Sekejap-sekejap je pun pergi ke wad, menggangu ketenteraman para pesakit...huhu. Tapi bagi pesakit, sehari mungkin bagaikan setahun! Dengan bosannya, dengan karenah-karenah pesakit lain yang juga bermacam, dengan sejuk aircondnya, dengan... macam-macam lah.. Sekali lagi, memahami situasi, keadaan fizikal dan emosi pesakit amatlah penting. Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang dipinjamkan Allah kepada kita disaat ini. Manfaatkanlah ia untuk beramal dan melakukan kebaikan.
"Semperit Along"
Kali terakhir saya membuat biskut raya, kalau tak silap adalah dalam 12 tahun yang lepas. Itu pun sekadar membantu ciksu saya yang sentiasa bersemangat membuat biskut raya. Raya tahun ni, peluang untuk saya buat biskut raya ada, kerana cuti yang agak panjang. Tapi, cuti itu adalah sama maksudnya dengan 'masa lebih untuk study sebelum exam'... Hhhmmm.. ternyata, MAHU saya untuk makan biskut semperit lebih kuat daripada MAHU saya untuk membaca buku.. hehe...
Terima kasih kepada adik-adik tersayang yang secara 'rela-paksa' menjadi assisstant along...huhu
Kali pertama nak bakar biskut tu, semuanya hangus. Sebab: tak pandai adjust suhu dan masa. Tapi pusingan kedua dan seterusnya, wahh.. hebat la 'pembakar biskut' ni...
Pusingan terakhir, saya bakar biskut tanpa ngoh. Suhu yang sama, masa yang sama. "Tapi kenapa la biskut ni macam tak masak-masak. Lembik je." Saya tambah masa. Lembik jugak. Saya pun tambah sikit suhu. Tiba-tiba terlupa tengah bakar biskut... Hhmmm... biskut hangus! =(.... Ala, ruginya.. kenapa la saya lupa nak tengok biskut tu? Ruginya... Isshhh, rugi la, membazirnya....
Kenapa biskut tu hangus? Padahal saya punyalah berusaha mengubahsuai masa dan suhu, untuk memastikan pembakaran yang sempurna. Hangus juga. Setiap perkara, terjadi kerana izin Allah. Kerana Allah saya punya kekuatan untuk membuat biskut raya. Kerana Allah biskut raya saya boleh dimakan. Kerana Allah juga ada biskut raya yang hangus. Hikmah biskut hangus-
Hangus tu, bukan lah hangus total. Masih boleh dimakan, cuma kurang sesuailah untuk dihidangkan kepada tetamu. Jadi, boleh makan sebelum hari raya. Berpeluang rasa biskut yang sedikit hangus tu, alhamdulillah! Belajar juga daripada kesilapan. Sabar;tumpukan perhatian; ingat,jangan lupa! ^_^
"Roti Jala Steady"
Ada sekali tu, dee tukar nama kat facebooknya dengan nama Roti Jala Steady. Uish, nak jadi roti jala pulak budak nih..hehe. Saya menyampaikan hasrat dee untuk makan roti jala kepada umi. Hhmm.. walaupun umi dah ada plannya tersendiri untuk menyediakan kuah soto dan lodeh untuk hidangan pagi raya, umi utamakan dulu aduan roti jala. Sayang seorang umi. Kerana 'penjalaan' roti jala yang agak memakan masa, kuah soto dan lodeh terpaksa dibatalkan. Kuah roti jala je yang sempat disediakan. Terima kasih umi. Terima kasih juga kepada penjala tegar, yang tidur jam 2 pagi menyiapkan jalaannya. Semangat sungguh. Itulah kuasa MAHU, yang mencetus MAMPU... Along yang kurang mahu kepada roti jala, hanya mampu membuat 2 jalaan, dengan alasan jalaan tidak menjadi..huhu..
1 Syawal 1431
Tahun ini, saya berpeluang meyambut malam 1 syawal bersama keluarga. Tahun lepas, sampai rumah pagi raya. Tahun-tahun sebelumnya, beraya di Indonesia. Kerana usia dan kematangan yang berbeza, terasa sedikit kelainan. Kelainan yang pertama kali saya rasakan. Malam 1 syawal 1431, papa ada bersama kami, mengimamkan solat maghrib dan isyak. Selepas solat maghrib, papa mengalunkan takbir raya. Sayu hati saya. Tanpa sedar, Ramadhan telah meninggalkan kita. Terasa pilunya perpisahan itu. Saya sepatutnya sedang meraikan hari kemenangan. Namun, terasa tidak layak untuk itu...
Memetik petikan artikel dari
http://ms.langitilahi.com/edisi-ramadhan-10-kamu-tidak-layak-untuk-aidilfitri/
Makna Aidilfitri dan hakikatnya
Perkataan ‘Aid’ atau (‘id) pada awal kata Aidulfitri adalah berkmaksud perayaan. Perkataan ‘fitri’ atau (fitr) pula pulang kepada makna Fitrah. Di dalam bahasa arab, saya sering menyebutnya dengan ejaan begini: ‘idulfitr. Perkataan ‘id + al-fitr.
Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini? Mengapa namanya demikian?
Maka di sinilah kita perlu melihat semula kepada Ramadhan. Apakah kegunaan Ramadhan?
Ramadhan adalah kem pengislahan diri, peningkatan peribadi, pembersihan hati. Sekiranya kita benar-benar mengisi Ramadhan dengan baik, maka kita akan keluar daripada menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang seakan bayi baru lahir. Suci sesuci fitrahnya yang sebenar. Kita akan kembali kepada fitrah kita yang hakiki, yakni menjadi hamba Allah SWT yang taat.
Aidilfitri wujud, untuk meraikan graduan-graduan Ramadhan yang berjaya kembali kepada fitrah. Aidilfitri wujud, untuk meraikan mereka yang bermati-matian mengisi Ramadhan dengan amal ibadah dengan tujuan untuk kembali kepada fitrah ini. Aidilfitri wujud, untuk mereka yang menghidupkan Ramadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh, untuk dibawa keluar manfaatnya itu pada sebelah bulan yang lain.
Itulah maknanya Aidilfitri.
Hmm.. berjayakah saya kembali kepada fitrah? Entahlah. Kurang yakin untuk memberikan jawapan. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan diperelok. Semoga saya tidak lupa akan perasaan saya ketika itu. Supaya saya lebih berasa layak untuk Aidilfitri seterusnya. Dan, semoga saya dan kita masih berkesempatan untuk itu...
Seusai takbir raya, papa memberi sedikit pengisian buat kami sekeluarga. Syukur. Syukur kerana berpeluang bertemu Ramadhan yang baru sahaja berlalu. Syukur diatas segala nikmat yang Allah kurniakan. Syukur kerana kami masih mahu melaungkan takbir raya, di saat manusia-manusia sedang sibuk membuat persiapan raya. Syukur. Terlalu banyak perkara yang harus disyukuri.
Wahai hamba-hamba Allah, jangan tinggal di bumi Allah, jika tidak tahu erti syukur. Bagaimana lagi mahu berterima kasih kepada Allah yang tidak mengenakan sebarang harga untuk satu nafas oksigen yang kita sedut? Katakanlah sebenarnya harga satu nafas itu seposen, berapa banyak la agaknya kita berhutang dengan Allah? Dalam sehari berapa banyak kali kita bernafas. Darab pulak selama mana kita hidup. Ishh, boleh ke kira?? Kaya lah Allah kan, kat dunia ni berapa ramai manusia yang menumpang tinggal. Memang benar. Allah Maha Kaya. Dan kerana Kayanya Dia, Dia juga Maha Pemurah. Tidak pernah diletakkan harga kepada senafas oksigen, apatah lagi nikmat-nikmat lain yang tak terhitung banyaknya yang dikurniakan kepada manusia. Tidak pernah juga Dia mengharapkan apa-apa balasan. Cuma untuk manusia yang tahu berfikir, untuk tahu makna syukur, yang dapat merasa nikmatnya hidup bertuhan. Sayang, jangan pernah lupa untuk menjadi manusia sebegitu...
Penutup warna-warni
Saya ingin menutup warna warni di penghujung ramadhan dan awal syawal saya ini, dengan warna yang sedikit kelam. Kerana ia adalah kisah kesedihan. Tetapi membawa ibrah yang cukup besar bagi saya.
Seorang adik (ahli keluarga yang dekat sebenarnya, cukuplah sekadar gelaran 'adik' untuk pengenalan diri) telah kembali kepada Pemiliknya tercinta. Mohon doa untuk dirinya.
Al-Fatihah...
Terima kasih, kepada mereka yang sudi..
Berita ini adalah berita yang mengejutkan, yang diterima tanpa jangkauan. Tiba ajalnya setelah hanya 3 tahun menikmati hidup di dunia. Tiba ajalnya kerana demam campak, komplikasi yang lebih detail, saya kurang tahu. Tiba ajalnya kerana itu adalah ketetapan Allah yang terbaik. Sungguh ajal tidak mengenal usia. Bukan mudah untuk saya menyampaikan berita ini di sini, kerana sebab-sebab yang tertentu. (Mungkin yang tahu, akan lebih memahami. Dan saya, menyedari egonya seorang manusia bernama syamimi di saat ini.. saya belum cukup bersedia...huhu.. abaikan ketidakfahaman akan pernyataan ini ^_^)
Tetapi semuanya terjadi dengan kuasa Allah. Hanya Dia pemegang segala hati. Sudah tiba masanya saya menghargainya walau sepahit manapun ia. Sungguh, peristiwa ini mengingatkan taraf saya sebagai seorang hamba. Saya jadi takut dengan perancanganNya yang cukup rapi, cukup teratur, cukup indah! Indah bagi mereka yang sentiasa bersedia meyerahkan diri, untuk ditarbiyah olehNya melalui kehidupan dunia yang sementara ini. Semoga saya, dan kita memiliki hati yang sentiasa mahu untuk menikmati cintaNya, melalui warna-warni kehidupan yang masih berbaki..
Akhir kata, segala warna-warni di atas kembali kepada pemiliknya yang agung...
Wallahu'alam
2 comments:
sya yang sy kenal, seorg yg kuat semangat..
hebatnya awk d mata saya, bila awk mampu tersenyum melindungkan kesedihan di hati.. hanya Allah yang mengetahui.. maafkan sy jika sy cuma sahabat biasa, tapi insyaallah selagi hayat dikandung badan, sy akan sentiasa ada untuk awk dan sahabat yang lain..
^_^
Kuatnya seorg manusia, tiada sebab lain, kerana punya kekuatan drpd Allah...
Andai seorang manusia lupa ia punya Allah, alangkah peritnya merasakan kelemahan diri...
Allah beri kekuatan kpd semua hamba yg dikehendakiNya...
Dan salah satu saluran kekuatan itu adalah drpd insan2 disekeliling seorg manusia...
sahabat, dikau bkn sekadar sahabat biasa...
Kita akan bersahabat disyurga Allah nanti ye... amin.. insyaAllah..
Post a Comment