09 May, 2011

Yang tidak Terungkapkan...

gamba sekadar hiasan yg penuh makna... heheh

Assalamu'alaikum..

Dah terlambat untuk post entry ni sebenarnya, tak sempat nak buat ikut masanya
Tapi nak post jugak, tak kira... hehe

Kalau tengok tajuk pun, mesti boleh agak pasal apa kan?
Yang tidak terungkapkan...
Ucapan sayang, ucapan selaut terima kasih...
^_^


Selamat Hari Ibu!

Along: Assalamua'alaikum umi, tengah buat apa? (bukan bahasa sebenar... ^^v)
Umi: Wa'alaikummussalam... tengah makan long..
Along: Dok kat dapur ke? (haish, b'lapik2 pulak)
Umi: Aa... Along, tak wish selamat hari ibu kat umi ke?
Along: Haha.. nak wish la ni mi... selamat hari ibu...
Umi: ok, terima kasih... Ngoh dah wish lama dah, 3 hari lepas lagi dia wish, terawal pulak.
Along: (cess pok ngoh! ;P) oooo.. haha, tak sempat la umi nak wish awal-awal...
...... perbualan bersambung hingga la kepenghujungnya...

Huhu...Dah lama tak ucapkan 'along sayang umi', dulu pernah buat masa kat sekolah... sekarang dah tak buat.. segankah? malukah? Ye kot... Entah, kadang-kadang ucapan sayang sukar dilafazkan dengan kata-kata, kalau tulisan macam ni, takde masalah...huhu.. nak salahkan siapa? salahkan darah 'melayu'! hehe... tak lah, salah sendiri...

Tak pe la kan, cuba selagi boleh, dah boleh tulis ni pun, alhamdulillah... ^_^

Umi saya, Roslina bt Ahmad....
Tiada siapa yang setanding dirinya
Umi, sumber kekuatan saya
Dan saya percaya, juga sumber inspirasi kepada adik-adik saya
Dan saya juga percaya , kami semua adalah sumber kekuatan umi...
Untuk terus bertahan dengan setiap apa yang Allah berikan di dunia ini
Sesungguhnya, setiap apa yang Allah hadiahk
an buat umi, adalah apa yang sanggup umi hadapi...
Kerana itu, umi lah insan yang paling tabah dan terhebat di dunia ini...
Bagi kami sekeluarga...

Tanpa umi, siapa lah kami
Bagaimana mahu diucapkan terima kasih?
Apabila jasa dan pengorbanan umi tidak setanding dengan ucapan itu..?
Sungguh, ucapan itu tidak terungkapkan...
Terima kasih umi!
Tetap juga mahu diucapkan....
Kami sayang umi, kerana Allah...
Terima kasih ya Allah,
Kerana meminjamkan kami seorang ibu sehebat umi!

Umi...
Maafkan kami.
Maafkan kesalahan dan keterlanjuran kami
Walau kami tahu dirimu punya hati yang lembut,
Tetap juga terkilas mengguris hati itu
Maaf umi...

Umi...
Sungguh, tiada siapa lagi yang dapat membalas segala penat lelah umi membesarkan kami..
Melainkan Allah, Pemilik segala makhluk
Semoga umi sentiasa di dalam perlindungan dan kasih sayang Allah...

gambar bila entahnya... tak banyak rupanya gamba ngn umi, gamba anak2 umi yg byk, t'utamanya si bdk kecik tuh... hehe

owh kanak2 ribena sekalian, kita sayang umi kan? kan? hehe... pokngoh2, rano gap demo saloh tarikh...hahah


Selamat hari ibu kepada....

-Ibu-ibu terhebat di seluruh dunia
-'Mama@Mami@Makcik' yg semakin hari semakin bertambah bilangan anaknya.. ;P
-semua bakal-bakal ibu solehah sekalian, insyaAllah...

nurhidayah n uminya, bersama shbt2 yg menompang tdo dirumahnya..hehe... gamba ni di edit begini je, tak di crop.. sebab lina, alia n sya pom still nak ada dlm ni jugak...hehe

nur nadila alia's sweetheart, her backbone... :) terimaksih kpd fb, blh curi gamba tanpa kebenaran...hak2. jgn marah ye alia.. ^^v

Norazliana, gamba ana n ma x de dlm simpanan la.. gamba ni je ada... gamba abe ana, n adik beradik...heheh.. ok ek, bakal2 ibu sume tuh... nnt kalo ana nk edit sndri, silakan...




Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, dan janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun).”

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


Akhir kata....

Segala yang indah di dunia ini telah kita miliki..
Bersyukurlah kepadaNya,
bersyukurlah juga kepada kedua ibu bapa..
Dan kepada Allah jualah...
kita semua akan kembali....

Wallahu'alam...

Salam sayang.... ^_^

1 comments:

udacun said...

selamat hari ibu utk semua ibu2.. :)

Post a Comment