02 May, 2011

Manusia ini...

Bismillahirrahmanirrahmanirrahim...

Manusia ini kan...
Nampaknya semakin cuba untuk mengenali diri.. mungkin juga sedang tidak tersangkakan akan diri..
Maksudnya apa?
Huhu...

Manusia ini kan...
Pada mulanya teragak-agak untuk mengunjungi pesta buku antarabangsa 2011
Tahun lepas pun sama, teragak-agak...
Dengan sebab yang sama...
Tidak berapa ada peruntukan untuk beli buku baru, sebab buku lama yang pernah dibeli, belum habis dibaca...
Lagi sebab, hobinya memang beli buku kot, bacanya tidak.. ahak
Tahun lepas memang berjaya tak pergi..
Tahun ni, berjaya pergi!
Sebab jealous sume orang pun pergi
Tambah pulak duit mara baru masuk untuk bulan ni, so boleh la diadakan sedikit peruntukan untuk buku baru...

Namun...
Ye, manusia ini, memang masih manusia ini...
Over bajet siket... uhuk...

Mula-mula pergi PTS, dapat 2

Em, sedang dalam usaha mengubah gaya hidup sihat...
hehe
Err.. juga dalam usaha memotivasikan diri dengan ini.... best buku ni, bisnes
Rasulullah yang bukan bisnes dunia semata-mata, mengkagumkan. Tapi buku ni dah bertukar tangan, sayang sebenarnya nak bagi kat ayahanda, tapi, bagi jugak sebab dah lama tak kasi hadiah... X pe, insyaAllah ada rezeki boleh beli lagi... hehe... tapi betul la, x rugi beli buku ni... ^^v


Lepas tu jalan-jalan, nampak telaga biru, dapat 2 buku lagi...

Errrr... knp yep... melayu sudah, islam juga sudah... tapi mungkin, masih dalam dilema, kurang fikir ke, kurang zikir..? Atau kurang kedua-duanya? hhhmmm...

\
Yg ni, mmg ingat nk beli, sbb yg paling baru... n cara penyampaian yg menarik... ada satu kartun dlm buku ni yg paling sy suka...

comeyl kannn? haha

Tambah 2 majalah solusi isu no.5 & 6,
Nasib baik 2 je...

Lagi-lagi, jalan-jalan, pergi alam raya enterprise, dapat 1 lagi buku
Yang ni tak de gamba dalam google- Agama & Politik, Prof. Dr. Yusuf al Qardhawy
Lagi satu buku yang tak tersangka terbeli, semoga lebih bermotivasi selepas ini...uhu

Lepas tu, naik tingkat atas...
Ada lagi booth rupanya!
Habislah manusia ini...
Tapi sebab dah penat kan, ingat nak lalu sebelah mata je la...

Tapi,tiba-tiba...
Ternampak seseorang di depan 2 belah mata...
Habiburrahman El Shirazy aka kang abik!

Manusia ini,bukan lah peminat novelis ini pun
Sebab memang bukan peminat novel pun
Tapi pernah cuba membaca novel ayat-ayat cinta masa kat bandung dulu
Alhamdulillah,habis baca, diikuti dengan menonton filem dia
Novel ketika cinta bertasbih, ada niat nak baca
Tapi tinggal niat je la, bila dah tengok filem dia
Nampak kan,bukanlah peminat tegar penulis tersebut pun
Tapi tetap kagum dengan karya puitis islamik beliau
Tambah kagum dan suka bila tengok rakaman forum beliau bersama panelis ustaz hasrizal di UTP, pasal baitul muslim...
Terus, bila manusia ini ternampak beliau di depan mata
Hati jadi berbunga-bunga... (aiyok...)
Terus dipilih salah satu novel untuk mintak autograf...

Em, bukan novel, tapi kumpulan cerpen2 islami.... sgt sesuai utk sy... heheh

Novel-novel yang memang famous tu, kawan-kawan lain dah ada
Yang terbaru,"Dalam mihrab cinta" pun, 'mama' dah beli
Yang ni je lah...
Ye, bertambah la lagi, koleksi buku
Cuma,beza yang ni, ada autograf penulis....hehe..
Penting ke autograf?
Manusia ini kan, sebelum-sebelum ini,
Tak pernah pun beria-ria nak mintak autograf daripada insan-insan yang dianggap popular
Tapi kali ni, bersungguh-sungguh pulak..
Haih, betullah,lain perasaannya bila berhadapan dengan orang yang kita kagumi...
Patut lah peminat-peminat fanatik artis-artis sanggup 'berbuat apa saja' untuk artis tersebut...
Patut lah orang beria-ria nak salam dengan pemimpin negara terkenal
Kerana kagum....

Lepas tu, baru masuk karangkraft
Nasib baik kejap je dok sini
Dapat 1 majalah rapi yang dolu-dolu, ciksu belanja...hehe

Lepas tu, teringat, tadi ada lalu galeri ilmu, tapi kiv dulu
Dah sekarang, manusia ini harus pulang secepat mungkin!
Sebelum lebih banyak perkara yang tidak diingini berlaku...!
^^v

Alhamdulillah,berjaya menjejakkan kaki keluar... hehe

Terima kasih my 'beloved the only single aunty', ciksu diela yg setia melayan manusia ini b'jalan-jalan melihat buku...


Manusia ini dan pesta buku kebangsaan 2011

Manusia ini kan..
Sekadar mahu mengambil sedikit pengajaran dari pesta buku ini...
Sungguh manusia ini belum cukup jinak mendidik hati
Masih mengikut kata hati yang bernafsu
Nasib baik buku, boleh la dimaafkan kan...
Hoho, tengok! Manusia ini beralasan lagi...

ngee... ^_^

Bila dilihat gambat diatas,
hati gembira riang, tanpa sebab...
Lantas, hati terdetik, akal mula membuka ruang fikir...
Apakah perasaanya, apabila manusia kerdil lagi hina ini...
Bertemu dengan satu-satunya manusia agung pujaan seluruh umat manusia???
Dapatkah dibandingkan dengan perasaan bertemu penulis buku terkenal?
Pasti tidak kan?
Pertemuan buat kali pertama, tanpa pernah melihat raut wajahnya,
Hanya belajar untuk mengenali melalui sirah...
Penceritaan dari Al-quran, dan hadis...
Hhhmmm... apa perasaannya ya?
Perasaan terhadap seorang manusia yang terlebih dahulu mengingati manusia ini disaat sedang bertarung nyawa...
Subhanallah... tidak terbayangkan!
Dan hati, mulai merindu...

Layakkah diri untuk bertemu baginda?
Hhhmmm... bukan soal layak atau tidak...
Tapi soal 'melayakkan' diri yang perlu diutamakan
Terus, inilah gunanya "begin with the end in mind"...
Sekali lagi mengingatkan diri, manusia ini, juga manusia lain.





Sahabat-sahabat, sape-sape yang yang nak pinjam buku saya, bolehlah bagitau, (maksud saya,tolong laaa pinjam) biar berguna sket buku tu, daripada jadi perhiasan je kat rak buku saya... huhu... (mode risau... ^_^v)


Ok, salam berbaca-bacaan... ;P


Wallahu'alam, assalamu'alaikum....

0 comments:

Post a Comment