23 January, 2011

Ahmad "Setia pada Agama" saya...

Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaAllah, kali ini mahu bercerita tentang seorang budak ni. Budak yang mungkin dikenali oleh orang yang mengenali saya..hehe.. Kenapa bercerita tentang dia?

Saje, suka-suka. Hari tu ana bercerita tentang syifa', kali ni saya pula bercerita tentang wafi. Huhu. Mungkin, kehadiran dia memberi seribu satu makna dalam hidup saya. Dan makna itu tidak mahu saya sia-siakan daripada dihargai oleh hati saya...


Kehadiran diluar jangkaan

Memulakan cerita, saya mendapat panggilan daripada papa di suatu petang ketika waktu itu sedang menuntut di Shah Alam (KUTPM).

Perbualan berlangsung seperti biasa. Bertanya khabar, perkembangan terkini, dan lain-lain. Sampai la kat satu part..

Papa: Along tau dah ke? Umi tengah muntah-muntah sekarang?
Saya: Hah, muntah-muntah? maksud papa?
Papa: Along nak dapat adik baru la...
Saya: Hah, ye ke? betul ke pa? ooo... alhamdulillah

Hmm.. begitulah seingat saya.. Umi saya berumur 43 tahun sewaktu itu. Memang diluar jangkaan, siapa sangka, saya akan mendapat adik lagi. Memang tak pernah terfikir. Perasaan saya? Hmm.. masa tu, happy tu happy, tapi, macam ada rasa kurang bersedia sikit. (mengada-ngada kan...hehe) entah la. Mungkin kerana ia adalah suatu yang sangat saya tidak jangkakan, tidak harapkan, atau tidak nantikan untuk terjadi dalam hidup saya. Mungkin.

Namun, siapa lah saya, untuk menghalang takdir terbaik yang telah Dia lakarkan dalam kehidupan kami. Setiap sesuatu yang berlaku, pasti, dan pasti ada hikmah berharga daripada Sang Pencipta kepada hamba-hambaNya... kan?

Teringat pulak ada satu hari tu saya ber'YM' dengan papa. Waktu ni saya berada di Bandung (UNPAD).

Saya: Papa, due date umi bila?
Papa : Akhir bulan Disember
Saya : La, ye ke.. tak sempat la along nak jumpa adik baru nanti. Kan along balik awal bulan 12. Nanti papa suruh la umi beranak cepat-cepat, biar sempat along jumpa baby.."
Papa : ;D

Papa hanya mampu tersengih dengan permintaan saya yang bukan-bukan. hehe.. Namun, siapa sangka juga, permintaan yang bukan-bukan, juga sekadar gurauan tak bermakna saya itu rupanya-rupanya telah tertulis lebih awal dalam list perancangan Allah.

Adik baru saya itu lahir pada 11 Disember 2006. Waktu tu, saya sedang cuti, pulang ke Malaysia untuk 2 minggu kot. Tapi, pada hari kelahirannya, saya tiada di rumah. Saya ke Kuala Lumpur untuk urusan MARA sehari sebelum 11/12/06 tu. (Alia jadi saksi ni.. menjadi orang pertama yang saya kongsikan berita gembira ni.. ingat lagi tak? tengah shopping kat sogo kan masa tu...hehe). Pulang lah saya malam 11/12/06 tu dengan perasaan tak sabar-sabar nak jumpa orang baru dalam keluarga. Alhamdulillah, sempat jumpa baby baru sebelum kembali ke Indonesia.

Begitulah.. sedikit cerita tentang sebuah kehadiran yang diluar jangkaan. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita, yang tak pernah kita bayangkan berlaku. Ada juga perkara yang kita harapkan berlaku, tapi langsung tak kunjung tiba. Ada juga, yang kita harapkan berlaku esok, tapi hanya berlaku setelah bertahun-tahun. Itulah kehidupan. Kehidupan seorang hamba yang sentiasa layak untuk diuji. Walau apa jua perkara yang berlaku dalam hidup kita, seharusnya kita sentiasa bersedia. Ya, bersedia! Bersedia dengan penuh jiwa dan raga. Bersedia untuk menerima apa jua ketetapan yang Allah hadiahkan buat kita. Pahit, atau manisnya perkara tersebut, bukan bergantung pada perkara itu semata-mata. Tetapi bergantung pada diri kita, untuk menikmati yang manis itu, juga memaniskan yang pahit untuk sama-sama dihargai dan dinikmati. Kerana sesungguhnya, apa jua yang datang daripada Pemilik hamba-hamba ini, adalah yang terbaik dan yang paling sempurna.


Ahmad Wafiuddin Azaki

Cerita belum habis. Maka, membesar lah adik bongsu saya ni bersama-sama kami sekeluarga. Ceria dan gembira. Jealous saya dengan wafi. ^_^. Semua orang menumpahkan sepenuh kasih sayang kat dia. Manja? Tak payah cakap lah. Nak ape? Tomen? Robot transformer? Ben 10? Bola? Kereta? Helikopter? Semua ada. Wafi memiliki hampir 3 'bakul kain' hak milik persendirian yang berisi mainan-mainan dan sampah sarap(hehe). Tak kisah lah yang tercabut kepala ke, tangan ke, kaki ke, tayar ke, badan ke, sayap ke, semua ada. Mewah dia dengan harta mainan. InsyaAllah, semewah kasih sayang dan tumpuan kami kepadanya.

Wafi ada umi, papa, 3 orang abang dan 3 orang kakak. Kalau semua abang dan kakak dia balik kampung, apa lagi, ni peluang dia 'bergaduh' dengan semua orang. Ye la, sekali dia bergaduh dengan sorang abang, dia ada lagi 5 orang. Pilih je yang mana dia nak. Dan saya? Adalah yang paling kerap membuatkan dia menangis. Haha.. Manja sangat. Nak itu, nak ini. Tak dapat je nangis. Saya adalah yang paling tegar tak mahu bagi semua benda kat dia (walaupun akhirnya terpaksa mengalah)Huhu. Wafi, wafi...

semakin pandai bergaya...

Itulah Wafi. Penceria keluarga kami. Ada saja kerenah dan telatah yang menghiburkan. Nasib baik ada Wafi, tak de lah umi saya kebosanan di rumah memandangkan kami adik-beradik satu persatu merantau menimba ilmu di negeri orang. Ade lah juga orang yang boleh saya sakat.. heheh.. (waaa...kanak-kanak sangat comel... kan?) Semoga wafi saya ini terus membesar menjadi seorang yang soleh, yang tetap setia pada agamanya, dan menjadi salah seorang pemegang bucu-bucu perjuangan menegakkan Islam... amin..


Dan saya, akan pulang ke kampung masa cuti tahun baru cina ni... (hah, ni rupanya matlamat sebenar entry ni..hehe) insyaAllah, saya akan pulang. Menggalas tanggungjawab sebagai anak dan kakak, juga pelajar. Umi akan bercuti bersama rakan-rakannya ke Bandung (cikgu-cikgu sekarang memang aktif berjalan-jalan kan..). Memandangkan papa berada di Johor, so, I'm the boss! yeahhh... hehe.. Pulang untuk lima hari, bersama harapan untuk saya tidak melupakan amanah sebagai pelajar. Final Exam bakal tiba, 2 hari selepas saya balik dari kampung. Walaupun daripada pengalaman yang lepas, rumah bukanlah tempat yang terbaik untuk saya belajar, itu bukan alasan untuk saya terus berjuang... kan? huhu... Semoga saya diberi kekuatan untuk melakukan apa yang harus saya lakukan.... amin.. doakan saya juga ye sahabat2.. ^_^

0 comments:

Post a Comment