29 January, 2011

Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliyyah!

Injak kepalaku ini hai Bilal!

Demi Allah, kumohon injaklah!

Abu Dzar Al-Ghiffari meletakkan kepalanya di tanah berdebu. Dilumurkannya pasir ke wajahnya dan dia menunggu penuh harap terompah Bilal ibn Rabah segera mendarat di pelipisnya.

kumohon Bilal saudaraku, rintihnya

Injaklah wajahku. Demi Allah aku berharap dengannya Allah akan mengampuniku dan menghapuskan sifat jahiliyyah dari jiwaku.

Abu Dzar ingin sekali menangis. Isi hatinya bergumul campur aduk. Dia menyesal. Dia sedih. Dia takut. Dia marah pada dirinya sendiri. Dia merasa begitu lemah berhadapan dengan hawa nafsunya. Maka dengan kepala bersaput debu yang disujudkan dan wajah belepotan pasir yang disurukkan, dia mengerang lagi,

kumohon injaklah kepalaku!

Sayang, Bilal terus menggeleng dengan mata berkaca-kaca.

Peristiwa itu memang berawal dari kekesalan Abu Dzar pada Bilal. Dia merasa Bilal tak mengerjakan sebuah amanah dengan utuh, bahkan seakan membuat alasan untuk membenarkan dirinya sendiri. Abu Dzar kecewa dan, sayang, dia tak dapat menahan diri. Dari lisannya terlontar kata-kata kasar. Abu Dzar sempat berteriak melengking,

Hai anak budak hitam!

Rasulullah yang mendengar herdikan Abu Dzar pada Bilal itu memerah wajahnya. Dengan bergegas bagai petir menyambar, baginda menghampiri dan menegur Abu Dzar,

Engkau!

Sabdanya dengan telunjuk mengarah ke wajah Abu Dzar,

Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliyyah!

Maka Abu Dzar yang dikejutkan hakikat dan disergap rasa bersalah itu serta merta bersujud dan memohon Bilal menginjak kepalanya. Berulang-ulang dia memohon. Tapi Bilal tetap tegak mematung. Dia marah, tapi juga haru.

Aku memaafkan Abu Dzar, Ya rasulallah. kata Bilal.

Dan biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak.

Hati Abu Dzar rasanya perih mendengar itu. Alangkah ringan andai semua bisa ditebus di dunia. Alangkah tak nyaman menyelusuri sisa umur dengan rasa bersalah yang tak terlupakan. Demikianlah Abu Dzar, shahabat Rasulullah yang mulia. Adapun kita, dengan segala kelemahan dan kealpaan dalam menjaga hubungan dengan sesama, mungkin tak hanya satu jari yang harus ditelunjuki ke wajah kita. Lalu sebuah kesadaran menyentak,

Engkau!! Dalam dirimu masih terdapat jahiliyyah!!!

***********************************************************************

Kisah ini dipetik dari buku “Dalam Dekapan Ukhuwah – karya Salim A. Fillah.

Tapi bukan saya yang memetiknya. Tulisan asal adalah dari sini.

Tak tahu lah kenapa, tapi saya nampaknya kurang berminat untuk membaca buku-buku pelajaran..hahah.. sedang asyik men'survey' tajuk buku yang sesuai dihadiahkan untuk seseorang, terjumpa blog dan artikel di atas.

Hati tersentak! Kerana hati ini masih punya rasa seperti kisah yang diceritakan. Masih? (bunyi cam siket je kan, macam jarang/kadang-kadang). Mungkin perkataan yang lebih sesuai adalah sentiasa.. hhmm..

Sejak akhir-akhir ini, terperasan ramai antara sahabat (ramai ke? x de la ramai sampai lebih 10 org kot..huhu) yang memperkatakan soal rasa kecewa, kecil hati, geram, marah, kasih sayang yang ikhlas ataupun tak, dalam hubungan sesama manusia. Saya sendiri, mungkin, sentiasa pernah memikirkan soal ini.

Kenapa ye?

Sebelum tahu kisah ini, jawapan saya kepada adalah kerana kita manusia. Manusia yang ada sahaja kehendak dan keinginan. Manusia yang tidak pernah tahu erti puas hati. Manusia yang seringkali merasakan dirinya benar. Manusia yang yakin, dia mampu melakukan apa sahaja yang dia ingin lakukan. Manusia yang juga selalu terlepas pandang, bahawa segala-galanya adalah daripada Allah.. Justeru, rasa-rasa inilah yang boleh menimbulkan masalah dalam sebuah hubungan sesama manusia. Manusia perlu untuk saling berkasih sayang, saling berharap, saling menolong, saling bekerjasama, saling bersama-sama mahukan yang terbaik. Dan kerana itulah juga, ada saja perkara yang kurang menyenangkan hati kita, yang ada pada manusia lain. Dan apabila perkara yang kurang menyenangkan tadi sukar untuk dilafazkan atau diberitahu kepada si empunya diri, dari situlah rupa-rupanya ada rasa kecewa yang terbit dari hati kita. Kecewa kepada manusia tadi. Kecewa kerana bukan itu yang kita harapkan daripadanya.

Persoalannya, kepada manusiakah seharusnya kita sandarkan harapan???

Saya berkata melalui apa yang saya rasa sendiri, bukan mentafsir apa yang orang lain rasa. Benar kata seorang sahabat (merangkap ketua yang sentiasa merendah diri atas jawatan yang dimiliki,), sangat mudah untuk menulis@memperkatakansoal ini, tetapi amat payah untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Namun, susah atau payah bukan alasan untuk kita tidak berubah..kan?

Melalui kisah sahabat Rasulullah di atas, rupa-rupanya, masih terdapat jahiliah dalam diri kita! Sekarang dah tahu kan.. tapi, sanggup@boleh ke jadi seperti Abu Dzar? Penyesalannya benar-benar sebuah penyesalan. Merelakan muka dinjak oleh seorang saudara, dengan harapan ia dapat membersihkan sifat jahiliah yang ada padanya... Mampukah kita setulus itu?

Definisi Jahiliyyah?

Dari nas-nas al-Qur`an dan Sunnah jelaslah bahwa setiap penyimpangan dari petunjuk Allah dan Rasul-Nya, baik itu menyangkut Aqidah, ibadah, akhlak, mahupun amal adalah perbuatan Jahiliyyah.


Astaghfirullahal'azhim. Kerana kecewa dengan manusia, terdapat jahiliah dalam diriku. Tapi, bukankah aku juga punya sifat-sifat dan kesalahan lain yang jauh lebih buruk dan hina daripada itu?

Justeru, siapakah diriku wahai Tuhan?


Salam muhasabah sahabat...

Salam mujahadah juga...

bagi yang mengenali saya, mungkin tahu saya suka warna biru. Saya ingatkan saya dah bosan dengan biru, tapi rupa-rupanya saya tak boleh tinggalkan biru.. huhu.. anyway, colours is not everything. (maaf, x berkaitan dgn tajuk, tp mungkin, ada maksud tersirat?) ^_^

23 January, 2011

Ahmad "Setia pada Agama" saya...

Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaAllah, kali ini mahu bercerita tentang seorang budak ni. Budak yang mungkin dikenali oleh orang yang mengenali saya..hehe.. Kenapa bercerita tentang dia?

Saje, suka-suka. Hari tu ana bercerita tentang syifa', kali ni saya pula bercerita tentang wafi. Huhu. Mungkin, kehadiran dia memberi seribu satu makna dalam hidup saya. Dan makna itu tidak mahu saya sia-siakan daripada dihargai oleh hati saya...


Kehadiran diluar jangkaan

Memulakan cerita, saya mendapat panggilan daripada papa di suatu petang ketika waktu itu sedang menuntut di Shah Alam (KUTPM).

Perbualan berlangsung seperti biasa. Bertanya khabar, perkembangan terkini, dan lain-lain. Sampai la kat satu part..

Papa: Along tau dah ke? Umi tengah muntah-muntah sekarang?
Saya: Hah, muntah-muntah? maksud papa?
Papa: Along nak dapat adik baru la...
Saya: Hah, ye ke? betul ke pa? ooo... alhamdulillah

Hmm.. begitulah seingat saya.. Umi saya berumur 43 tahun sewaktu itu. Memang diluar jangkaan, siapa sangka, saya akan mendapat adik lagi. Memang tak pernah terfikir. Perasaan saya? Hmm.. masa tu, happy tu happy, tapi, macam ada rasa kurang bersedia sikit. (mengada-ngada kan...hehe) entah la. Mungkin kerana ia adalah suatu yang sangat saya tidak jangkakan, tidak harapkan, atau tidak nantikan untuk terjadi dalam hidup saya. Mungkin.

Namun, siapa lah saya, untuk menghalang takdir terbaik yang telah Dia lakarkan dalam kehidupan kami. Setiap sesuatu yang berlaku, pasti, dan pasti ada hikmah berharga daripada Sang Pencipta kepada hamba-hambaNya... kan?

Teringat pulak ada satu hari tu saya ber'YM' dengan papa. Waktu ni saya berada di Bandung (UNPAD).

Saya: Papa, due date umi bila?
Papa : Akhir bulan Disember
Saya : La, ye ke.. tak sempat la along nak jumpa adik baru nanti. Kan along balik awal bulan 12. Nanti papa suruh la umi beranak cepat-cepat, biar sempat along jumpa baby.."
Papa : ;D

Papa hanya mampu tersengih dengan permintaan saya yang bukan-bukan. hehe.. Namun, siapa sangka juga, permintaan yang bukan-bukan, juga sekadar gurauan tak bermakna saya itu rupanya-rupanya telah tertulis lebih awal dalam list perancangan Allah.

Adik baru saya itu lahir pada 11 Disember 2006. Waktu tu, saya sedang cuti, pulang ke Malaysia untuk 2 minggu kot. Tapi, pada hari kelahirannya, saya tiada di rumah. Saya ke Kuala Lumpur untuk urusan MARA sehari sebelum 11/12/06 tu. (Alia jadi saksi ni.. menjadi orang pertama yang saya kongsikan berita gembira ni.. ingat lagi tak? tengah shopping kat sogo kan masa tu...hehe). Pulang lah saya malam 11/12/06 tu dengan perasaan tak sabar-sabar nak jumpa orang baru dalam keluarga. Alhamdulillah, sempat jumpa baby baru sebelum kembali ke Indonesia.

Begitulah.. sedikit cerita tentang sebuah kehadiran yang diluar jangkaan. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita, yang tak pernah kita bayangkan berlaku. Ada juga perkara yang kita harapkan berlaku, tapi langsung tak kunjung tiba. Ada juga, yang kita harapkan berlaku esok, tapi hanya berlaku setelah bertahun-tahun. Itulah kehidupan. Kehidupan seorang hamba yang sentiasa layak untuk diuji. Walau apa jua perkara yang berlaku dalam hidup kita, seharusnya kita sentiasa bersedia. Ya, bersedia! Bersedia dengan penuh jiwa dan raga. Bersedia untuk menerima apa jua ketetapan yang Allah hadiahkan buat kita. Pahit, atau manisnya perkara tersebut, bukan bergantung pada perkara itu semata-mata. Tetapi bergantung pada diri kita, untuk menikmati yang manis itu, juga memaniskan yang pahit untuk sama-sama dihargai dan dinikmati. Kerana sesungguhnya, apa jua yang datang daripada Pemilik hamba-hamba ini, adalah yang terbaik dan yang paling sempurna.


Ahmad Wafiuddin Azaki

Cerita belum habis. Maka, membesar lah adik bongsu saya ni bersama-sama kami sekeluarga. Ceria dan gembira. Jealous saya dengan wafi. ^_^. Semua orang menumpahkan sepenuh kasih sayang kat dia. Manja? Tak payah cakap lah. Nak ape? Tomen? Robot transformer? Ben 10? Bola? Kereta? Helikopter? Semua ada. Wafi memiliki hampir 3 'bakul kain' hak milik persendirian yang berisi mainan-mainan dan sampah sarap(hehe). Tak kisah lah yang tercabut kepala ke, tangan ke, kaki ke, tayar ke, badan ke, sayap ke, semua ada. Mewah dia dengan harta mainan. InsyaAllah, semewah kasih sayang dan tumpuan kami kepadanya.

Wafi ada umi, papa, 3 orang abang dan 3 orang kakak. Kalau semua abang dan kakak dia balik kampung, apa lagi, ni peluang dia 'bergaduh' dengan semua orang. Ye la, sekali dia bergaduh dengan sorang abang, dia ada lagi 5 orang. Pilih je yang mana dia nak. Dan saya? Adalah yang paling kerap membuatkan dia menangis. Haha.. Manja sangat. Nak itu, nak ini. Tak dapat je nangis. Saya adalah yang paling tegar tak mahu bagi semua benda kat dia (walaupun akhirnya terpaksa mengalah)Huhu. Wafi, wafi...

semakin pandai bergaya...

Itulah Wafi. Penceria keluarga kami. Ada saja kerenah dan telatah yang menghiburkan. Nasib baik ada Wafi, tak de lah umi saya kebosanan di rumah memandangkan kami adik-beradik satu persatu merantau menimba ilmu di negeri orang. Ade lah juga orang yang boleh saya sakat.. heheh.. (waaa...kanak-kanak sangat comel... kan?) Semoga wafi saya ini terus membesar menjadi seorang yang soleh, yang tetap setia pada agamanya, dan menjadi salah seorang pemegang bucu-bucu perjuangan menegakkan Islam... amin..


Dan saya, akan pulang ke kampung masa cuti tahun baru cina ni... (hah, ni rupanya matlamat sebenar entry ni..hehe) insyaAllah, saya akan pulang. Menggalas tanggungjawab sebagai anak dan kakak, juga pelajar. Umi akan bercuti bersama rakan-rakannya ke Bandung (cikgu-cikgu sekarang memang aktif berjalan-jalan kan..). Memandangkan papa berada di Johor, so, I'm the boss! yeahhh... hehe.. Pulang untuk lima hari, bersama harapan untuk saya tidak melupakan amanah sebagai pelajar. Final Exam bakal tiba, 2 hari selepas saya balik dari kampung. Walaupun daripada pengalaman yang lepas, rumah bukanlah tempat yang terbaik untuk saya belajar, itu bukan alasan untuk saya terus berjuang... kan? huhu... Semoga saya diberi kekuatan untuk melakukan apa yang harus saya lakukan.... amin.. doakan saya juga ye sahabat2.. ^_^

19 January, 2011

Dunia Baru Ana...

Di saat rakan-rakan seperjuangan yang lain sibuk mengemas baju, buku-buku dan barang-barang keperluan untuk dibawa ke destinasi baru…ana pula masih sibuk membancuh susu untuk Syifa’. Di saat yang lain berangkat menuju tahap yang lebih tinggi…Ana masih terkial-kial mencari tuala, memandikan dan menyiapkan makan pakai Syifa’. Di saat rakan yang lain sudah bergelar pendidik…Ana masih sibuk mengutip dan mengemas barang-barang mainan Syifa’ yang penuh sebakul tu. Ana masih di sini. Masih sibuk (sibuk ker???) menguruskan Syifa’.

Menjaga Syifa’ merupakan suatu pengalaman yang sangat bermakna bagi Ana. Mandikan Syifa’, suapkan Syifa’ makan, main dengan Syifa’ walaupun kadang-kadang tu Syifa’ main sorang-sorang je sebab Ana tertido (atau lebih tepat lagi bila Ana tido…hehe, Cik Na minta maaf ye Syifa’, Cik Na memang kaki tido). Dah macam jaga anak sendiri dah rasanya (anak sedara tu lebih kurang cam anak sendiri la gak…tak gitu? Hehe…) Syukur, Allah berikan nikmat pada Ana, bukan melalui alam pekerjaan tetapi melalui Syifa’. Hari-hari yang Ana lalui bersama Syifa’ rasanya terlalu cepat. Rasanya dulu Syifa’ kecil je, sekarang dah besar…cepat betol masa berlalu. Kalau Syifa’ takde, sunyi je rasanya. Rinduuu…aje. Tak tahu la macam mana bila ana ditakdirkan dapat posting nanti. Sayang betul rasa nak tinggal Syifa’. Rasanya nak je ana jaga Syifa’ sampai dia besar.

Tapi yang pasti, Ana tahu…lambat laun nanti Ana mesti gak kena tinggal Syifa’. Siapa yang akan jaga Syifa’ lepas ni Ana pun tak tahu. Tok Ma kot. (kalau boleh Tok Ma bersaralah dari profesion Tok Ma dalam bidang tanam-tanam padi ni..hehe). Walaupun boleh dikatakan Syifa’ baik dengan Ana, sesungguhnya ana tak boleh lawan kuasa kasih sayang seorang yang bergelar ibu. Baik-baik Syifa dengan Ana, baik lagi Syifa’ dengan Tok Ma dia. Bukan takat Tok Ma je, dengan mak sedara Ana yang merangkap tok sedara dia pun dia kamceng. (siap panggil Tok Su dia “Umi” lagi tu…yang sorang lagi dia panggil “papa”.hehe…) Syifa’…Syifa’…

Maaf la kalau korang boring baca ana cerita pasal Syifa’ ni…Nak buat macam mana, Syifa’ la dunia ana sekarang ni…Sementara Ana masih berkesempatan jaga Syifa’, Ana nak manfaatkan hari-hari yang ada ni dengan memori-memori dan kenangan macam mana Ana membesarkan anak sedara Ana yang sulung ni…hehe…Okeylah, sebelum korang bertambah boring baik Ana berhenti kat sini je..hehe..Sayang Sya, Alia & Dayah juga…dari Ana di Ayer Lanas…

p/s: kalau boring, maaf ye...Ana kan tak pandai nak berpuitis...hehe