Posting psychiatry adalah sesuatu yang cukup baru bagi saya. Cara 'history taking' yang agak berbeza, tambah dengan 'mental state examination pula', cara berhadapan dengan pesakit juga berbeza, belajar untuk lebih memahami, dan yang paling penting, sabar. Sabar untuk menjadi pendengar yang baik. Ye, begitulah serba sedikit. Diteruskan cerita, saya mendapati posting ini agak 'contagious' kepada saya. Kenapa? hehe... saya terdorong untuk bersikap atau
berkelakuan seperti para pesakit. Alamak! Apa maksudnya ni? Kalau berhadapan dengan pesakit yang ada 'mental retardation', ha, terover kebudak-budakan la jawabnya. Kalau dengan mereka yang 'bipolar manic', hhhmmm.. entahlah..hehe. Kalau dengar ada patient yang nyanyi lagu patriotik dalam wad, hhmm, terngiang-ngiang sepanjang masa, terikut-ikut berpatriotik sama.. hahaa.. begitulah
wafi pun nak men'capub' jugak...hehe
Namun, ada satu jangkitan daripada posting ini yang ketara yang dapat saya rasakan pada diri saya, bermula hari pertama start posting. Ada satu perasaan yang kurang menyenangkan hati, meresahkan minda, meresahkan jiwa. Saya pun tak tahu kenapa. Saya jadi kurang gembira. Saya rasa sedikit tertekan. 'Depression' kah? Sebab? Saya tak tahu. Sungguh tak tahu. Tak tahu apa yang saya 'stress'kan. Saya terdorong untuk mempersoalkan setiap tugasan yang perlu saya selesaikan. Saya tertanya-tanya kenapa saya perlu lakukan itu dan ini. Padahal bukannya banyakpun tugasan yang perlu disiapkan. Saya rasa sangat buntu. Saya rasa semua orang sedang menyusahkan hidup saya. Saya tertanya-tanya kenapa saya perlu mengorbankan diri saya untuk orang lain. Benda-benda kecik pun rasa nak marah. Apa yang sebelum ni saya tak terfikir pun nak kisah, menjadi isu besar dalam fikiran saya. Pelik sungguh. Saya rasa sedih, tak gembira. Senyum pun, terasa tawar,huhu. Saya seolah-olah sedang lupa. Lupa pada prinsip hidup saya. Prinsip untuk gembira, seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Seolah-olah? Memang. Memang saya sedang lupa...
Lupa untuk kembali kepada asal.
Alhamdulillah, Allah tidak pernah melupakan saya, biarpun berjuta kali saya terlupa padaNya. Allah mengingatkan saya melalui satu slot pengisian daripada seorang ustaz...
Saya perlu pada penyucian hati. Perlu kerana ada sisa-sisa kotoran dunia yang sedang terlekat. Perlu supaya saya bukan sekadar mengenali Allah di akal. Tetapi benar-benar merasakan kehadiranNya di hati.
Peringatan dimulakan dengan ingatan kepada kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Kita adalah umat yang paling mulia kerana berasulkan Rasulullah s.a.w. Dan kemuliaan kita terletak pada dakwah. Pernahkah kita sedar, betapa bertuahnya kita, menjadi umat yang paling mulia?
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik (Ali 'Imran 3:110)
Mulianya Rasulullah dengan peribadi-peribadi yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa. Sabarnya baginda menghadapi cemuhan demi cemuhan. Baginda tidak pernah marah kepada mereka mencacinya. Tidak pernah baginda berputus asa membawa risalah Islam kepada umat-umatnya. Baginda penuh dengan kasih sayang. Kasih sayang yang lahir kerana sebuah cinta agung. Cinta yang menjadi kekuatan. Kekuatan untuk berkorban. Berkorban, berjuang, demi cinta.
Ya, itulah kenyataan yang sedang saya lupakan. Lupa, kerana terleka dengan tipu daya dunia. Lupa untuk melaksanakan semua urusan dunia semata-mata kerana Allah. Lupa untuk meninggalkan urusan dunia yang tidak membawa kepadaNya. Lupa untuk mengasihi dan menghargai, kerana Allah...
Beberapa cara yang harus dilakukan untuk penyucian hati adalah;
- bersahabat dengan mursyid, iaitu mereka yang melebihkan akhirat daripada dunia.
- menghargai dan belajar daripada mereka yang mengkritik kita
- bergaul dengan masyarakat, kerana masyarakat adalah cermin kita. runtuhnya akhlak masyarakat adalah kerana kelalaian kita
- bersahabat dengan sahabat yang baik
- melahirkan ingatan kepada Allah melalui ibadah wajib dan sunat
- berkorban demi cinta
- memperbaiki kelemahan diri
- istiqamah dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu
Alhamdulillah, saya masih berpeluang untuk kembali kepada asal. Kembali kepada tujuan seorang manusia diciptakan. Kita datang daripada Allah. Kita dijadikan untuk Allah. Dan kita akan kembali jua kepada Allah. InsyaAllah, alhamdulillah, saya telah pulih. Pulih dari symptom-symptom depression. Jadi, tak sempat di 'diagnose' sebagai 'depression' (criteria untuk diagnose adalah symptom2 yang kekal selama 2 minggu) hehe.. Alhamdulillah, saya sempat ingat yang saya ada Allah. Saya masih mampu mengurus 'stress' saya, dengan izin daripada Allah.
Hhmm, apa yang dapat saya simpulkan, penyakit-penyakit berkaitan jiwa (psychiatry) ni, akan mudah dihidapi jika seseorang itu lupa untuk kembali kepada Allah, yang sentiasa ada. Contohnya dalam depression, perasaan sedih dan tertekan dengan hidup membuatkan pesakit berfikir yang bukan-bukan, kesalahan-kesalahan kecil dirasakan tersangatlah besar. Tidak hairanlah jika mereka terdetik untuk membunuh diri. Supaya tamat penderitaan yang dialami. Jadi, nampaklah di sini, tugas saya dan kita semua. Mengajak mereka, sama ada pesakit ataupun bakal pesakit (semua manusia ada akal dan hati, jadi semua manusia berisiko mengidap penyakit ni... jangan lupa.. huhu) untuk kembali kepada asal... Dan yang pasti, diri sendirilah yang harus memulakannya...
Semoga saya, dan kita tidak lupa untuk kembali kepada asal. Andai pernah terlupa, semoga Allah sentiasa mengingatkan kita kembali... amin
Terdengar lagu ni... macam sesuai...best jugak.. =)
Wallahu'alam ^_^
0 comments:
Post a Comment