19 June, 2010

Hold My Hand!



Mereka adalah saudara..
Mereka memerlukan perhatian...
Mereka butuhkan kepedulian...

Namun...

Dimanakah saya?
Dimanakah kita?

Isu ini bukanlah hanya isu mereka
Ia adalah tanggungjawab bersama
Sama ada kita sedar atau tidak
Sama ada kita peduli atau tidak
Atau kita sengaja mencari alasan untuk membebaskan diri

Ya, isu ini ada pasang surutnya
Pasang dan surut mengikut rentak manusia
Pabila ada manusia peduli yang menghidupkannya, pasanglah ia
Pabila semua manusia sibuk dengan urusan sendiri yang tidak pernah habis, surutlah ia
Namun pada hakikatnya, mereka terus menderita...
Menderita menantikan kepedulian seorang saudara...

Saya dan kita adalah saudara mereka
Mampukah kita untuk menghulurkan tangan kepada mereka?
Wahai saudaraku,

Hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand

Turn around and see what we have left behind

Hold my hand my friend

We can save the good spirit of me and you

For another chance

And let's pray for a beautiful world

A beautiful world I share with you


Susah dan peritnya kehidupan mereka
tidak dapat kita bayangkan
kerana kita dibayangi dengan kehidupan yang cukup sempurna
namun itu bukan alasan untuk kita melupakan dan membiarkan mereka
kerana mereka juga berhak menikmati kehidupan seperti kita...

Banyak cara yang boleh diambil untuk membantu saudara kita di Palestin. Di sini, ingin saya kongsikan 5 cara yang disarankan oleh salah seorang ahli panel forum "lifeline4gaza: satu analisis" beberapa hari yang lepas, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengarah PACE:

  1. Cari maklumat dan faham akan isu palestin
  2. Use your consumer power -Boikot!
  3. Berhenti merokok
  4. Bersama-sama dengan usaha membebaskan palestin, sebarkan maklumat & timbulkan kesedaran
  5. Doakan kesejahteraan saudara-saudara seislam..



Saya adalah salah seorang yang melihat isu ini mengikut musim. Setahun saya boikot, tetapi akhirnya tewas, dan memberi pelbagai alasan. Maafkan daku wahai saudaraku. Saya tidak mahu lagi mencari alasan. Kerana saya adalah mereka. Kami hidup kerana sebuah cinta agung yang sama. Hidup untuk saling berpegangan tangan, semata-mata keranaNya... Ya Allah, berikanlah kami kekuatan!

0 comments:

Post a Comment