11 April, 2010

^.......^

Sahabatku yang ku kasihi,
aku ingin kita seperti ABU BAKAR AS SIDDIQ,
persahabatan dijalin kerana KHALIQnya...
Aku ingin kta sepemaaf YUSUF,
tetap mencintai saudaranya walau dihumban ke perigi tua...
Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara MASHITAH semerbak kasturi...
Aku ingin persahabatn indah ini menjadi SYAFAAT di mahkamah MAHSYAR nanti,
menjadi penguat tatkala meniti TITIAN SIRAT menuju ke FIRDAUSI...
salam ukhwah fillah..

Yang Terbaik....!


Terima kasih teknologi...



Bismillahirrahmanirrahim... Dengan izin dariNya, saya sekarang dalam mood rindu. Rindu kepada apa yang berharga dalam kehidupan saya. Terima kasih kepada teknologi internet ni, kerana dia, rindu menggamit diri saya. Dan saya cuba untuk melepaskan rindu itu seadanya pada mereka yang dirindui... ahaks..




Saya 'ambil tahu' pasal sahabat-sahabat saya melalui facebook. Itulah kegunaan facebook bagi saya. Sebagai 'part of community'. Mengikuti perkembangan sahabat-sahabat lama, ataupun mendapat maklumat terkini yang penting (info-info TWP/UKM/dsb). Tapi saya tahu, facebook mampu membuatkan saya leka. Jadi, saya cuba untuk tidak terlalu rapat dengannya. Cukuplah sekadar yang perlu. (peringatan3X). Namun, ada di antara sahabat-sahabat saya yang tidak mempunyai facebook. Dan bagaimana untuk menghubungi mereka? YM, emel, ataupun mesej... insyaAllah, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih.."




Saya sebenarnya ingin berkongsi rindu saya ini, untuk kebaikan bersama. Saya baru sahaja menghabiskan masa saya dengan melihat kembali inbox dan juga sent items saya. Hanya ada beberapa orang sahabat sahaja yang saya selalu berbalas emel dengannya. Dan daripada beberapa orang itu, hanya ada seorang sahaja, nama/alamat emelnya paling banyak dalam inbox/sent items saya. Jika diamati, tarikh kami paling banyak berbalas emal adalah sekitar tahun 2007. Mungkin kerana tahun inilah kami masing-masing senang utuk mendapat akses internet. 2004 habis sekolah, 2005 saya di KUTPM- tak selalu bukak internet, 2006 tahun pertama saya di Indonesia- berinternet di cyber cafe 'Bale Padjadjaran', 2007 tahun kedua dah tinggal kat luar kampus, dapat kemudahan internet di dalam bilik... Mungkin itulah sebabnya banyak emel bertarikh 2007. Emel nampaknya semakin berkurang untuk tahun-tahun seterusnya... Kenapa ya???





Sebab kami dah selalu YM!!! haha..





Haha... begitulah secoret kisah persahabatan yang berharga ini. Dan sekarang, platform kami untuk saling berkomunikasi adalah.... di sini! ^_____^ Syukur alhamdulillah, Allah mengizinkan kami untuk tetap bersama, saling mengingatkan antara satu sama lain. Ah, indahnya sebuah ukhuwah, yang disandarkan cinta oleh Sang Pemilik Cinta... Subhanallah..



kita memang susun ikut ketinggian ke??? hehe... alia and sya is missing..huhu




Yang terbaik....?

Sesuatu yang berharga pada kali ini adalah salah satu emel kami yang menarik saya untuk dikongsikan di sini. Diharap si pengirim emel mengizinkan saya untuk berkongsi di sini.. ye..?



~~~~~~~~~~ ~~ ~~~~~~ wrote:

> sekarang saya sedang cari bahan untuk ass
> sebenarnyer.
> tp curi2 tulis email untuk awak.
> sajer nak tya kbr....
> td saya buka satu laman web..
> iLuvislam.com
> x perasan com.my atau .com je
> cuma nak citer kat awak...
> berdasarkan apa yg saya baca dlm tu,
> laman web tu dihasilkan oleh 5 org remaja 20-an
> semua adalah medic student kt oversea..
> dan yg lawat laman web tu pom kebanyakkan bdk
> medic y bljr kt oversea
> diorg banyak ceritakan pgalaman diorg selama d
> oversea
> bagaimana belajar perubatan
> andai masa dapat diputar kembali..
> sy nak amik spm lg,
> nk dapat result elok
> dan
> nak rasa mcmane amik medic
> mesti best
> jd kebanggaan family...
> saya sebenar kagum ngn medic student
> termasuk awak
> kagum sbb ada sahabat y bakal jd doc
> dan saya doakan awak berjaya
> sesunggunhnya DIA telah kurniakan akal dan minda
> yg bijak
> utk insan yg dipilihNYA..
> dan DIA tahu kemampuan setiap insan berbeza
> macam saya, setakat ini saja yg sy mampu
> mmg ada impian nk jd org y dihormati, disegani,
> mcm seorg doc
> tp apa daya saya,
> saya redha dengan apa yg saya miliki skrg......
> dan saya tak pernah myesalinya..
> syukur, ini rezeki sy
> untuk awak,
> harap dapat hargai apa yg dikurniakan pada awak
> dan saya tahu
> awak juga menyukurinya...
> semoga kita sama2 bjaya nnt,
> jgn lupa sahabat ye, andai awak berada d kemuncak
> nnt
> dan sedarkan saya nnt andai sy lupa kala berada d
> puncak..
> ok, dh nak mgrb ni
> sekadar berkongsi perasaan..
> rasa sebak ble baca pengalaman org kt oversea
> std medic..
> tu jer..
> awak,
> jaga diri, hiasi peribadi...
> salam...



Re: Salam

Sya mimi wrote;

assalamualaikum...
trima kasih...
trima kasih sebab jd kawan sy...
sy besyukur pd ALLAH... sgt besyukur...
DIA byk memberi, krn DIA MAHA PEMURAH, MAHA PENYAYANG,
MAHA PEMBERI...
ALLAH kurniakan akal, semua org ade akal masing2,
bepikir yg mane baik, yg mane buruk..
ALLAH juga kurniakan kite hati.. merasa yg mane baik
dan yg mane buruk...
Tapi kadang2 kite lupa dgn sume 2, kite lupe yg itu
milik ALLAH.. kite milik ALLAH...
Sebab kite milik ALLAH, hidup kite diatur, ditetapkn,
mengikut ape yg terbaik buat kite.. ALLAH sentiasa
memberi yg terbaik buat kite, sebab.... ALLAH SAYANG &
CINTA apa yg DIA miliki...
Sy besyukur, sbb ALLAH sentiasa memberi yg terbaik
untuk sy, walaupun kadang2 kite pikir orng laen
mendapat yg lebih baek dari kite...
mungkin kite rasa orang 2 dapat yg lebih baik dr kite
dlm 1 perkara... tapi tanpa kite sedar, rupa2nya ade
perkara yg kita ade lebih baik, yg org 2 x de pun...
sebab ALLAH MAHA ADIL...
Kuasa ALLAH, sukar diungkapkan dengan kata2..
saya tahu awk faham...
Sy besyukur, ALLAH sentiasa lindungi sy, drpd lupa n
leka.. ALLAH bagi sy kawan yg sentiasa mendorong sy
kpd kebaikan.. yg sentiasa ingatkn sy bila sy lupa..
dan ~~~~~~~~~~ ~~ ~~~~~~ is one of them..
again, thanx to ALLAH.
Sy semakin byk blaja, blaja ttg kehidupan.. blaja ttg
fitrah manusia... blaja muhasabah diri, blaja ttg
hubungan hmba dan PENCIPTAnya..
dan sy besyukur sy diberi peluang utk 'diberi' peluang
dan untuk 'mengambil' peluang 2..
Masih terrrrlalu banyak kekurangan diri yg perlu
dibaiki... sgt byk... dan x kan penah habis... sebab
kite manusia biasa, yg x penah tlepas dr dosa...
sy sentiasa bpikir, byk yg ALLAH bagi, tp bykkah yg sy
bagi untuk ALLAH? Cinta ALLAH, untuk semua hambaNya,
layakkah sy utk menerimanya...?


dihormati, disegani... bukan ke seorg guru lg byk

dihormati dan dsegani?
kalu dlm satu mase seorng doktor dihormati oleh seorg
pesakit yg dia rawat... seorg guru dihormati oleh 30
or 40 student yg die ajar..
dokto, x kn jadi dokto kalu x de cikgu...
cikgu pun, x kn jd cikgu kalu x de cikgu...
it always start with a teacher!


sy, sama jgk mcm awk...

ingatkan sy andai sy lupa..
sy x nk smpai ke puncak dunia.. sbb ia x bermakna
apa2... semoga sy dan awk selamat smpai ke puncak
akhirat, di bawah rahmat dan kasih sayang ALLAH...
maafkn sy kalu tsilap kate...
juga sekadar bkongsi perasaan...


Dari ALLAH kite dtg,
Untuk ALLAH kite djadikan,
Kepada ALLAH kite kembali...



Siapapun kita, apapun yang kita lakukan, masing-masing punya tugas tersendiri. Ada senang tersendiri, ada susah tersendiri. Dalam senang dan susah itu, masing-masing memainkan peranan yang penting, mengikut pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Dan variasi tugas itulah yang mengajar kita untuk saling menghargai, bersyukur, dan menyayangi semua anugerah Allah dalam sebuah kehidupan. Kerana Dia sentiasa dan sentiasa dan sentiasa TAHU apa YANG TERBAIK buat kita...

Cikgu Hidayah & Cikgu Azliana yang ceria..!

Salam Mujahadah!

27 March, 2010

Suci Sekeping Hati





Lagu ini bukanlah termasuk dalam senarai lagu kegemaran saya. Tetapi lagu ini telah lama wujud dalam koleksi nasyid yang saya ada. Telah menjadi tabiat, apabila saya merasakan sesuatu terdetik dari dalam hati saya, saya putar kembali mana-mana lagu yang saya rasa sesuai dengan jiwa saya di ketika itu. Kali ini hati ini terdetik soal hati. Teringat pula akan tajuk sebuah lagu, Suci Sekeping Hati. Bila didengar kembali, ya, boleh la diambil sebagai sebagai peneman yang berharga buat saat dan ketika ini.

Mengapa hati?




Mengapa hati? Kerana hatilah yang akan membentuk peribadi. Andai si hati baik, baiklah diri. Dan andai si hati itu jahat, jahatlah diri. Benarkah? Siapa pula yang menentukan baik atau jahatnya hati? Hhhmm.. saya bukanlah siapa-siapa untuk berbicara soal hati. Apa yang saya cuba sampaikan adalah apa yang saya cuba fahami. Faham apa yang cuba untuk ditafsirkan oleh hati. Mampu juga untuk faham kerana dikurniakan akal untuk berfikir, mencari jawapan untuk setiap persoalan yang terbit dari hati. Pada saya, manusia adalah ciptaan teragung yang sukar difahami. Betapa kompleksnya seorang manusia, sehingga diri manusia itu sendiri tidak dapat memahami apa yang berlaku pada dirinya... ye ke?

Sebab musabab timbulnya persoalan ini adalah kerana apa yang saya rasakan. Rasa yang timbul dari hati. Mungkin. Betapa hati saya sangat rapuh. Rapuh kerana tidak kuat. Tidak tegar. Yang pasti, ia sentiasa berbolak balik. Sekejap itu, sekejap ini. Sekajap mahu, sekejap enggan. Sekejap gembira, sekejap sedih. Sekejap ya, sekejap tidak. Sekejap baik, sekejap jahat. Ya, sekejap itu, sekejap ini. Semuanya bercampur, membentuk sekeping hati seorang manusia yang istimewa. Mengapa istimewa? Kenapa tidak istimewa? Kita adalah makhluk yang diciptakanNya untuk memilih. Bukankah membuat pilihan adalah hak istimewa yang dimiliki seseorang. Berbeza dengan makhluk yang lain, semua malaikat dijadikan untuk sentiasa patuh pada arahanNya, juga sebagai perantara antara urusan manusia dan Tuhan. Syaitan pula telah ingkar akan perintah Allah, dijadikan untuk menyesatkan manusia. Alam semesta, tumbuh-tumbuhan dan haiwan juga dijadikan tanpa akal, untuk membantu kehidupan manusia, juga sentiasa patuh pada perintahNya. Wahhh, dah la diberi plihan untuk membuat pilihan, makhluk-makhluk lain itu juga berkhidmat untuk manusia, atas perintah Allah! Apa lagi sebenarnya keistimewaan yang kita mahukan???Jalan untuk dipilih telah tersedia. Terpulanglah pada diri kita untuk memilih. Mahu baik, ataupun jahat. Jadi, siapa yang sebenarnya yang membuat pilihan itu? Dialah HATI.

Sucikah Sekeping Hati?



""dan demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (As-Syams, 91:7-8)


Suci, ataupun kotornya sekeping hati, kita sendirilah yang menentukannya, dengan izin daripada Sang Pemilik hati yang Agung.

"Aku ni kan jahat, memang sejak azali lagi macam ni. Tak payah la susah-susah nak buat benda baik. buang masa je. Lain la macam kau, keluarga pun baik-baik..."


"Eh, aku ni kan alim, suka pergi surau, pandai ngaji quran, gerenti la tak buat benda-benda maksiat nih. Bukan macam dia tu, macam-macam maksiat dah buat..."


Benarkah? Yang baik tetap baik, yang jahat tetap jahat? Sudah semestinya tidak!
Bila-bila masa sahaja hati boleh berubah, jika tuannya ingin berubah. Perubahan diri ke arah kebaikan sudah semestinya adalah kurniaan Pemilik Hati yang sebenar yang menghendaki perubahan itu, dengan meniupkan hidayah kepada si peminjam hati. Terpulanglah kepada si peminjam hati untuk menyedari tanda kasih sayang Allah itu, menghargainya dan melaksanakan perubahan yang akan menyelamatkan dirinya. Jika si pemilik hati itu menafikan petunjuk Allah yang sentiasa ada untuknya, dan lebih suka untuk memilih ‘keindahan-keindahan’ lain yang ada di dunia ini, terpujuk dengan kata-kata manis si syaitan penggoda, serta membiarkan nafsu menguasai hati, maka terkotorlah hati, terzalimlah diri yang menzalimi dirinya sendiri



"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui," (Ar-Rum, 30:30)



Pokok pangkalnya, sekeping hati itu sebenarnya suci. Kerana telah menjadi fitrah seorang manusia yang sukakan perkara-perkara kebaikan. Namun, manusia juga adalah makhluk yang dicemburui syaitan yang gemarkan kemaksiatan. Mereka telah bersumpah dihadapan Allah untuk menyesatkan manusia. Biarkanlah mereka dengan tugas mereka. Tak guna kita menyalahkan mereka. Kita sebagai manusia seharusnya lebih sedar akan tugas kita. Memilih jalan kebenaran adalah tugas kita. Tanggungjawab kita. Bukan sekadar pilihan biasa…


"Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang


Wahai para pejuang kehidupan,


Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa


Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap


Musibah dan ujian adalah pasti, bukan tanda Allah tidak mengendahkan kita, tetapi kerana Allah sentiasa mengingati kita, lantas menguji sejauh mana kita mengingatiNya..


Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba"


Bangkitlah pejuang-pejuang Allah sekalian! Bangunlah wahai diri! Sedarlah wahai hati! Hidup ini suatu perjuangan. Perjuangan untuk merebut janji yang telah ditawarkanNya. Walau sepayah mana sekalipun, jangan pernah putus asa untuk membersihkan hati, jangan biarkan dunia menguasai hati, tapi biarkan hati menguasai dunia. Tahu bila masanya untuk mengutamakan dunia, lagi tahu bila masanya untuk mengabaikan dunia. Allah sentiasa bersama hamba-hamba yang mengingatiNya…



Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir". Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.


Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan (nya) dengan baik.


Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat-istirahat yang indah” (Al-Kahfi, 18:29-31)





Peringatan ini adalah untuk diri saya sendiri, yang sedang berubah-rubah hatinya. Apa yang boleh diambil sebagai pedoman, marilah sama-sama kita , menghargainya... Assalamualaikum, wallahu'alam... ^_^