07 March, 2012

Terus....


Di suatu hari yang nyaman...
Si kakak bertanya, "Fi, takde kerja sekolah ke? Mari sini buat kerja dengan along..."
dan si adik pun dengan semangatnya menjawab, "Ada2, sekejap afi ambik..."

huh, mencabar jugak nak buat nombor 4 nih....

hhmmm... ok la ni, senget siket, takpe...

aduhh.. nak kena buat nombor lima pulak nih...


takpe2, siapkan dulu nombor 4 yang senang ni... best2.. 
ok along... senyum... we can do it! ^_^v



maka selesai lah sesi 'pembelajaran' dan fotografi selepas kurang 10 minit, setelah si adik berkata..
"Along, letih dah wafi wat nih... "

Wahlaa.. gembiranya hidup sebagai seorang kanak2... :)

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."
(Ar-Ra'd 13:11)


"....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

(At-Talaq 65: 2-3)


Ya Allah, jadikanlah kami orang yang :-

Terus berusaha kerana taqwa...
Terus berharap dan berdoa kerana taqwa...
Terus bertawakkal kerana taqwa...
Terus yakin dengan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu itu, kerana taqwa
Terus bersyukur dengan setiap keperluan yang cukup itu, kerana taqwa
Terus kuat untuk semalam, hari ini dan esok, kerana taqwa

Amin ya Rabb..


Selamat berterus-terusan bertaqwa kepada Allah... !


:)




p.s:
1. Pro-exam countdown: 12 days --> warrgghhh... kata sahabat"menulis adalah terapi ketenangan" :)
2. Alhamdulillah, interview spa dah selesai... alhamdulillah, tak kena tanya soalan pelik2
3. Selagi kanak2 di atas ni masih comeyl, selagi tu dia akan memenuhi blog ni dgn gembiranya..hahak..
4. Seronok dapat berbual dengan pengantin baru.. terima kasih jadi 'peneman interview'... ^^
5. Umi cakap.. "baguslah long..."






24 February, 2012

DaripadaNya, kepadaNya...


Bismillahirrahmanirrahim...

"Segala puji bagi Allah yang mendidikku..
dan menghilangkan kebutaan mataku...
dan yang menunjukkan jalan yang lurus..
yang memuliakanku dan meneguhkan hujahku..
selawat dan salam tetap dicurahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w...
sebaik-baik makhluk keturunan manusia,
kepada keluarga, sahabat-sahabat yang mulia,
dan seterusnya orang yang berjalan dijalannya dan mengikutinya...

Ini puisi untuk orang yang berjaya,
yang memiliki cita-cita setinggi bintang di langit,
untuk mereka yang memiliki tekad yang kuat.

Aku persembahkan kepada kamu wahai saudara-saudaraku,
Wahai orang yang mengharapkan kemuliaan,
dan berjalan menggapai Firdaus dan keredhaan,
Dengarlah, kusampaikan nasihat dan kerjakanlah ia,
Berusaha mengerjakannya selagi nyawa dikandung badan...

Aku berlindung kepada Allah daripada rendahnya cita-cita,
lemahnya tekad, hinanya tujuan, buruknya tabiat, dan longlainya jiwa...
Semoga Allah sentiasa memberkati umat seislamku..
Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mulia sebagai tuhan kita,
daripada kelemahan dalam berusaha atau malas..."


~Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni~
(Tajuk buku- terlupa nak salin)



Tak sangka, tiba jugak hari ni. Hari last posting dalam dunia undergraduate medikal...
Tak sangka juga ya, hari esok bakal tiba. Hari pertama 'study leave' untuk peperiksaan terakhir dalam dunia undergraduate medikal...
Tak sangka juga nanti kan... hari bila exam dah habis, hari bila result diumumkan, hari bila kita sudah layak menggunakan DR. dipangkal nama...

Tak sangka, memang tak sangka... 
Walaupun kita selalu je 'tak sangka' itu dan ini, kita tetap juga mahu bersangka... kan?

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” 
H.R. Abu Hurairah

Kerana sesungguhnya,

kita, dan setiap apa yang berlaku dalam hidup hidup kita, adalah daripadaNya..
dan kita, serta setiap apa yang pernah, sedang atau akan lalui, akan tetap jua kembali kepadaNya...


Wallahu'allam


Salam "bertungkus-berlumus" doa, usaha dan tawakkal! 

Buat semua....

:)





ps:
1. 'Post script' mesti kene ada dlm setiap entry, dah jadi hobi or habit? ! ohho
2. Handphone sy 'buat hal'. baru je anta klinik td. salah sy ke, salah dia? saya rasa bukan salah saya.. ;p
3. Laptop sy pun 'buat hal' jgk. terima kasih kpd adinda dee sbb sudi bg along pinjam laptop utk 3 bulan...
4. Tadi 'clinical proficiency test' surgical posting- (pinjam kata2 kwn2- bedebar macam separuh mati, rasa nak termuntah darah, sakit jantung haih!).. yep! x dpt bayang mcmn perasaan masa tunggu turn exam pro nnt... BOLEH! INSYAALLAH!
5. Esok ikut trip ke johor, amek berkat sket..hehe... mabruk cik iz! ^_^
6. Sungguh! Allah maha mengabulkan doa! Alhamdulillah, thank you Allah...!
7.oooppss, hampir tertinggal.. exam countdown: 23 hari!

17 February, 2012

Rindukah?

Berkali-kali tengok pun, tetap mengundang perasaan yang sama... 

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila teringatkan ibu bapa, maknanya rindu la tu kan...terus telefon, dengar suara, borak-borak sekejap, bergelak tawa sekejap, terima nasihat sekejap, dan alhamdulillah, syukur masih punya mereka

Bila rasa dah lama tak dengar khabar kawan-kawan, maknanya rindu la tu kan...  terus tengok perkembangan kawan kat facebook, tinggalkan komen, kalau sama-sama online, chat sekejap, bercerita-ceriti sekejap, bersenyum-senyum walaupun tak dengar suara ataupun berjumpa, dan alhamdulillah,  syukur mereka masih mahu berteman...

Bila rasa dah lama tak berkongsi, maknanya rindu la tu kan... terus cari masa dan idea untuk berkongsi, mujur ada platformnya di sini, tulislah apa-apa yang rasanya berguna buat diri dan juga mereka yang mahu... alhamdulillah, syukur masih mampu bertindak...

Tapi...
Bila masanya timbul rindu pada susuk agung yang terlebih dahulu telah rindu pada diri kita yang sekarang?
Subhanallah...
Bila terbaca kisah-kisah Rasulullah yang hebat...
Bila tertonton video-video berkaitan Rasulullah seperti di atas...
Bila menghadiri ceramah yang bercerita tentang baginda...
Bila semua orang sibuk memperkatakan tentang Rasulullah di ulang tahun kelahirannya....
Bila... 

Bila lagi ye?

Dahulu, sekarang, ataupun nanti, 
semoga rindu itu terus ada...
Ada kerana mahu merindu...
Kerana diri hanyalah hamba yang hina...
Mana mungkin mampu berlagak sombong, 
menolak rindu dari insan mulia seperti Rasulullah....

Sangka kita, kita hina..
Kalau mahu dibandingkan dengan malaikat, nabi, atau sahabat terdahulu,
tapi kata Baginda, 

Kita adalah mulia!

Mari terus berselawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w
Mari terus bersama mengamalkan sunnahnya..


Wallahu'alam..




ps:
1. pro exam countdown: 29 hari=4 minggu; stress level: 8/10
2. mendapat serangan jerawat yg b'tubi-tubi. Bukan x nak amek kisah, tapi banyak lagi benda lain nak kena pikir.. x pe, Allah x memandang rupa.. heh? haha.. 
3. saya suka baca tulisan sahabat-sahabat saya... suka sangat! :)
4. palpitation... 

06 February, 2012

Blogging

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum w.b.t....





Dah lama tak meninggalkan jejak di sini...

Kenapa?

Sibuk?
Malas?
Bosan?
Laptop rosak?
Tak sihat?
Tak tahu kenapa?

:) Senyum, dan senyum lagi.. Senyum dengan diri yang suka untuk mencari dan memberi pelbagai alasan untuk setiap perkara.. Senyum juga dengan diri yang masih mampu untuk tersenyum kerana rahmat dan kasih sayang Allah.

Alhamdulillah! Sesungguhya semuanya daripada Allah...


What??

Ape die? Apa yang nak disampaikan sebenarnya?
Huhu... sorry... tak tahu nak tulis apa sebenarnya... cuma rindu untuk menulis di sini. Biarpun setiap tulisan saya kadang-kadang tiada makna dan tak bernilai pun.. Cukuplah sekadar bernilai buat saya..^^

Apa kaitan dengan tajuk? Entah... nngee...

Saya bukanlah seorang blogger tegar
Bukan juga seorang yang cukup baik untuk dijadikan contoh
Tapi saya lebih suka bukak blog daripada bukak facebook
Walaupun kat blog ni tak ada ape-ape berbanding fb yang ada macam-macam..
Blogging lebih memberi ketenangan..
Terima kasih kepada blogger2 kegemaran saya yang tidak pernah jemu berkongsi
walaupun saya hanyalah berperanan sebagai silent readers..
Kadang-kadang (baca:kerapkali) saya ragu-ragu untuk menulis. Bila saya rasa saya tak buat apa yang saya war-warkan kat orang apa yang sepatutnya kita buat. Maka terluahlah alasan-alasan di atas. Tapi, tetap, saya tidak mahu berhenti untuk menulis di sini...!

Menulis hanyalah sebenarnya lebih kepada diri sendiri. Yang 'kadang-kadang sentiasa' lupa dan alpa. Alpa dengan keindahan dan tipu daya dunia. Lupa bahawa hidup bukanlah sekadar bernafas, makan, minum dan tidur. Lupa bahawa hidup adalah sebuah amanah. Amanah untuk memaknakan sebuah kehidupan...

Saya mahu memaknakan kehidupan yang singkat ini bersama-sama mereka yang juga mahu memaknakan kehidupan. Ya, mahu!  Tapi kenapa, kadang-kadang bahagia dan ketenangan itu terasa sukar untuk digapai. Kenapa?

Cinta di hati belum benar-benar milikNya... ia kah?
Setiap tindakan dan keputusan yang diambil sehari-hari belum semata-mata keranaNya... benarkah?

Mudah untuk belajar teori. Tapi bukan mudah untuk mempraktikkan teori.. kan?

Tapi 'susah' itu bukan bererti berhenti berjuang.. kan? Langkah perlu diteruskan. Usaha harus lebih digandakan. Biarpun susah, yakin dan percaya itu penting... bahawa janji Allah itu pasti!

Kata master oogway dalam kungfu panda, "You just need to believe"...

I believe that this is one of the dreams that i want. and I believe that WE  are going to make it!  Gambatte! :)

Hadis ini cukup besar maknanya bagi saya di saat dan ketika ini...

"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpamu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata 'Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu' akan tetapi katakanlah, 'Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan' kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan" 
(HR Muslim)


Selalu je tak dapat lari dari menggunakan perkataan 'kalaulah'...

"Kalaulah buat assignment awal-awal, mesti tak kalut macam ni...
Kalaulah letak jam tangan kat dalam beg tadi, takde la tertinggal dan hilang...
Kalaulah tak padamkan jawapan A dan pilih B, dah betul dah jawab...
Kalau tidur awal pun malam semalam, takdelah terlewat bangun...
Kalaulah bawak kereta betul-betul, mesti tak accident ni...
Kalaulah... blablabla..."

Kan?

Selagi nafas masih dipinjamkan Allah,
Selagi kudrat masih diizinkan Allah,
Selagi masa masih diberikan Allah,
Selagi itu diri harus terus berusaha dan bertindak...

Ya, kalimat 'seandainya' membuka amalan syaitan..
Perasaan malas, lemah dan putus asa mungkin sifat kegemaran syaitan yang selalu 'menang' di hati manusia, termasuk manusia bernama saya...

Astaghfirullaha'azhim 3x...

Mahu terus kuat dan bersemangat, walaupun seringkali kalah dengan tipu daya nafsu sendiri
Mahu terus berharap dan berdoa hanya pada Allah
Mahu terus yakin dan bersyukur dengan setiap kurniaan dan ketetapan dari Allah
Mahu terus memburu cintaNya sehingga benar-benar melengkapi seluruh hati...


dan mahu untuk terus 'menghargai' di sini.... :)


Dengan izin Allah, insyaAllah!


Nak jugak letak gambar bersama terlatest ni..hehe..norma-diha-husband kema-kema-alia-sya-dayah-aina-didi-farhan.. alhamdulillah, best sgt dpt jumpa korang hari tu! So, next  wedding candidate is....  alia? ^^

Wallahua'lam..

:)




ps:
1. Alhamdulillah, entry pertama untuk tahun 2012! Tq Allah... :)
2. Final Professional Exam Countdown : 43 days! positive stress level: belum 15/10! ohho.. risau gak nih..
3. Hhhmm... ramainya sahabat2 yang dah/nak kawin/tunang.. jeles la jgk, siket.. :p
4. Semoga dipermudahkan segala urusan buat semua.... amin.. ^_^
5. Salam Maulidur Rasul... :) ^_^ :)




15 October, 2011

Masih Manusia Tipikal


Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamu'alaikum wbt...


Alhamdulillah, masih mahu dan mampu berkongsi lagi di sini.. :)


pemandangan di taman tasik permaisuri di pagi sabtu. sedang berusaha! :)

... Tajuk ...

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sihat dan masa lapang.
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).




Pernah (baca:selalu.. hihi) bersengkang mata menyiapkan case write up @ assignment yang deadlinenye esok lusa. Padahal tugasan itu telah mula diberikan seawal posting bermula (selalunya 5-6 minggu sebelum)... 


Pernah (lagi sekali baca: selalu) terasa penat dengan weekdays. Penat dengan 'wardwork', sampai rasa tak sempat nak baca buku, walaupun banyak sangat benda yang tak tahu. Bercita-cita untuk menggunakan masa weekend untuk cover semua. Tapi, sebab weekend itu terasa nikmat kelapangannya, cita-cita rupa-rupanya hanya angan-angan mat jenin! uhuk...


Pernah juga mempunyai masa lebih kurang seminggu untuk 'study leave' sebelum exam. Dah banyak kali jugak pengalaman study leave untuk final exam di rumah + cuti hari raya. Seminggu masa berharga yang diberikan, 5 hari pertama, study sambil bersuka-suki... 2 hari (atau mungkin sehari?) terakhir, study secara 'lebih serius'.


Pernah juga menyenaraikan 'to do list' yang berjela pada masa yang rasanya lapang. Tapi apa yang jadi? Masih belum berjaya menyenarai pendek kan senarai tu.. Sebab buat perkara yang takde dalam list.. (kalau yang tak tersenarai tu, maksudnya tak penting la kan. Atau yang lebih tepat, perkara lagha yang membazirkan masa.. amek!) (menulis malam ni ada dalam list, naseb baik.. hehe.. insyaAllah, alhamdulillah!)


Macamana pun situasinya, macam tu lah. Bila rasa masa sangat lapang, takpelah dulu, boleh buat kemudian. Bila sampai masa tugasan tu memang perlu diselesaikan segera, uisshh.. adrenaline rush! Huhu, alasan yang selalu diberikan untuk mempertahankan diri. Rasa tak boleh nak siapkan kerja awal sebab tak de tekanan untuk memaksa diri. Masa ni la yang tidur tak tentu, 2-3 jam je tido. Siang tu nak gi wad pun rasa cam nak makan orang je.. (bad mood). Start la stress. Ha, nak sangat 'tekanan' untuk siapkan kerja, amek ha stress tu! huhu... Masa ni jugak la rasa nak buat macam-macam.


Bila rasa masa dah sangat sempit untuk buat sesuatu. Masa tu juga rasa lebih bersungguh-sungguh berdoa kat Allah untuk mudahkan segala urusan. (Nasib baik, ingat untuk kembali) Masa tu jugak berazam lepas ni nak start lebih awal..


Cycle perasaan yang berulang-ulang... 


Masih kebanyakan manusia!


Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.'anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Islam itu bermula sebagai seorang pengembara asing dan kemudiannya akan menjadi asing sebagaimana ia bermula. Beruntunglah bagi mereka yang asing."
(Muslim)


Belum menjadi manusia yang cukup asing yang dijanjikan seribu satu keuntungan oleh-Nya. Baru soal masa lapang. Belum lagi soal tanggungjawab yang lebih berat.... (walaupun fakta sebenarnya, masa=nyawa)

Post yang sebelum ni, 'terpost' kerana tekanan perasaan yang tak berapa menggembirakan diri. hehe. Kerana masa yang ada semakin singkat. Tetapi semakin lama, semakin terasa tidak mengalami peningkatan prestasi diri. Banyak yang belum tahu. Banyak juga yang dah tahu tapi lupa. Banyak juga yang baru baca tapi tak juga ingat-ingat. Kembali rasa semua pun tak tahu... huhu.. boleh faham tak macamana perasaan tu.. ? Bak kata Prof Har, stress level skang mungkin 5/10. Nanti bila tinggal sebulan lagi nak exam masa study leave nanti, mungkin jadi 15/10! ^^

Selepas 'self-diagnosis' hari tu, alhamdulillah, symptoms yang sama dah tak ada. Treatment yang benar-benar-benar dan benar berkesan. Walau pun ada jugak masanya 'tergelincir', asalkan ingat untuk 'kembali', insyaAllah, selamat.. ^_^

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang bertaubat kepadaNya. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah". Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat kebahagian dan tempat kembali yang baik"
(Ar-Rad 13:27-29)




... Nafsu Lawwamah ...

Allah ada bersumpah demi nafsu ini. (75:2). Nafsu Lawwamah adalah nafsu yang mencela tuannya kepada kebaikan dan kepada kejahatan, kemudian ia merasa kesal dengan apa yang telah dikerjakan.

Masih di peringkat nafsu ini. Benar, manusia itu suka untuk menyesal dengan tindakan salah yang dilakukan. Orang kata, iman tu, turun dan naik. Ada masa diri sangat terdorong untuk melakukan kebaikan. Ada juga masa diri lebih suka memilih untuk melupakan kebaikan. Jadi, harus bagaimana? 

Berkesempatan mengikut ceramah oleh ustaz Emran malam semalam. Anologi: Hati dan kebahagiaan itu seperti hidung dan minyak wangi. Kalau hidung kita sihat, letak je secalit minyak wangi, dari jauh dah dapat bau dah. Tapi kalau hidung kita tersumbat dek URTI (^^), letaklah sebotol minyak wangi pun, belum tentu dapat bau. So kalau hidung sakit sampai tak leh bau, kita la yang kena cari ubat/cara untuk sembuhkan hidung tu, dan Allah jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan segala kesakitan. Kalau hati bersih, mudah untuk diri melakukan kebaikan, bahagialah diri. Kalau hati sedang sakit, nak buat kebaikan pun bukan main liat, and of course kan, hati pun rasa cam carcar merba jek, takde ketenangan. 

So, nak hati bersih ke, nak biarkan kotor? Kita yang tentukan. Keputusan ditangan kita. Kita yang harus dulu MAHU pilih yang mana. Dan insyaAllah Allah juga mahu untuk mencetus MAMPU buat kita... 


sape yang akan ataupun dah buat keputusan, bleh klik sini :) --> Cara-cara bersihkan hati. Oleh Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah <-- selamat bertindak! ^^

... Peperiksaan...

Mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT BERJUANG buat sahabat-sahabat dan adik-adik yang akan exam next week. Semoga diberi ketenangan dan dipermudahkan segala urusan..

SELAMAT BERSYUKUR diucapkan kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang dah habis exam dan yang akan habis exam. Semoga mendapat yang terbaik dan diberi kekuatan penuh kesyukuran untuk menerima apa jua takdir terbaik dari Allah s.w.t.

Peperiksaan 'end of medial student's life towards medical doctor's life' tinggal lagi lebih kurang 5 bulan. Dah tahu lagi 5 bulan, masih lagi terkontang-kanting mencari cara terbaik untuk belajar secara effective dan efficient...

Peperiksaan 'end of today's temporary life towards tomorrow's eternal life' tak tahu bila waktunya. Entah ke esok, ataupun lusa, entah ke bila. Tapi diri masih lagi selesa berkata 'biarlah dulu...' ? (Terasa masa 'lapang' itu masih lama, kan?)

Akhir kata, mengutip kata-kata seorang ustaz;

Saya bukan orang baik, tapi saya sedang berusaha menjadi orang baik...


Salam muhasabah, salam mujahadah...

Wallahua'lam bissowab...

^_^


me missing in action, to do an action. ^^. diner di Cerana Seafood bersama mentor kesayangan, Prof  Razif  dan isteri , Dr. Nahla,  bersama  kanak-kanak riang itu lah.. hehe. 

Siti N, Dr. Rahana. An inspiring O&G supervisor. Serius, dr Rahana sangat best! 
inilah akibatnya apabila dah lama tak menulis di sini. sume benda pun nak letak. tak kira, nak letak jugak. hihi.
~ sahabat yang diridui~


ps: Alhamdulillah, Allah mengizinkan entry ini. Thank you Allah! :)
ps: semoga saya mahu dan mampu untuk baca balik entry ni bila hati sedang diselubungi kemalasan dan rasa kelapangan yang terlampau... 
ps: Dah habis 3 minggu di posting Family Medicine. Dunia yang agak baru berbanding biasa. dikelilingi oleh lecturer yang baik2 belaka, MA, SN, JM di klinik kesihatan yang juga baik2 belaka. Juga patient yang pelbagai, tapi dapat dilihat dalam masa yang terhad..huhu.. Post mini c-ex: Walaupun dr family med sangat baik ketika mengajar, markah ketika exam, em, boleh tahan strictnya. Tapi betul la, kalo memang dah tak layak nak dpt markah banyak, tak layak la... belajar dan praktis lagi! ^^
ps: Sal, sangat2 berharap dirimu kuat menempuh apa jua ujian dari Allah buatmu. Selamat berusaha! Saya tahu anda suka senyum :)
ps: Rindu nak cakap ngan wafi. Wafi yang makin besar makin 'malu' nak cakap kat phone. huh.
ps: Rasa macam nak balik rumah... boleh tak? 
ps: Alhamdulillah, dah buat keputusan muktamad nak keje kat mana nanti. ^^.smg plan ni seiring dengan plan Allah... amin
ps: banyak pulak 'postscript'nye ye... hehe
ps: lagi.. semoga berjumpa lagi... insyaAllah

21 September, 2011

With You....


Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia

Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata 
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang

Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata 
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang

Aku tenang

Assalamua'alaikum wbt... long time no see... :)
symptoms: anhedonia, hypersomnia, fatigue, diminished ability to think or concentrate since 1 week ago, aggravate for the past 3 days.
diagnosis: 'idiopathic depressive symptoms'... heh..
treatment: RETURN!
prognosis: insyaAllah, fully recovered...! ^^v
dah bertahun, belum tukar2 lagi 'port' bergambar raya..huhu.  salam  aidilfitri  1432 H..

would like to share here an article by ust Pahrol -->kembalilah-kepada-fitrah


p/s: life is precious when we know (read:believe with action) Allah is always near... indeed, we are precious! :)

13 August, 2011

Ya, saya suka dan sayang...!

Assalamu'alaikum wbt... :)


Alhamdulillah, berpeluang lagi berkata-kata di sini...


Hari ni masuk 14 Ramadhan... Macamana? 
Apa khabar iman?
Bagaimana takwa?


Cepat sungguh masa berlalu kan? Sama ada hati sedar atau pun tidak bahawa masa berlalu dengan sangat pantas, hidup perlu diteruskan. Tanggungjawab mesti terus dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Destinasi akhir harus terus dicapai dengan sebaik mungkin. Noktah!


Nilai dunia


Em, banyak sebenarnya benda yang teringin untuk dikongsikan. Banyak bila dah dikumpul-kumpul. Bila tak sempat nak tulis, last-last semuanya bercampur, tak tau nak mula macamana. tak pe la, tulis je la apa yang tertaip, kan. ^_^


Teringat suatu pengisian oleh seorang senior, di puncak (err, tak sempat sampai puncak sebenarnya) Gunung Ledang, disuatu pagi yang indah.





"Dalam perjalanan kita daki gunung tadi kan, mesti semua perasan kan, kayu-kayu balak yang ada? berapalah agak-agaknya harga sebatang kayu balak tu ye?" pastu semua oarang pun teka-meneka lah harga kayu balak tu. Saya pun tak ingat la harga yang senior tu bagitau. Tapi yang pasti, mahallah, mencecah beribu. 


"Kat gunung ni saja dah bermacam-macam jenis kayu yang ada. Kalaulah gunung ni milik kita, dan kita boleh jual semua kayu balak yang ada kat sini, betapa kayanya kita boleh jadi kan?" mengangguk...


"Tapi sayang, gunung ni bukan milik kita. Milik Allah s.w.t. Subhanallah, Maha Kayanya Allah, kan..." mengangguk lagi...


"Ok, kita tahu kan, betapa mahalnya harga kayu balak tu. betapa berguna juga kayu balak tu kepada manusia. Tapi, kenapa Allah datangkan bencana kepada alam dan menyebabkan semua 'yang berharga' tu hilang dalam sekelip mata?" anak mata nampaknya memandang serong ke atas, dengan dahi sedikit berkerut. Berfikir...


"Sebab semua tu tak ada nilainya bagi Allah. Walaupun semua yang ada di langit dan di bumi ni milik Allah, semuanya tidak berharga di sisi Allah. Allah berkuasa menghapuskan segala-segalanya apabila dikehendakiNya, dan Dia takkan rugi apa-apa"


“Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk niscaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air pun.” 
(HR. At-Tirmidzi)


Em, betul tu kan. Setuju dengan penyataan di atas. Tapi, ada sesuatu yang menganggu ruang fikir saya. Kalau segala yang ada di dunia ni tak ada nilai pun di sisi Allah, untuk apa saya menghargai? Untuk apa saya ada blog ni? Hmmm.... 


Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;


“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

 “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”
 (Ibrahim:7)


Ya, itu lah bezanya Tuhan dengan makhluk ciptaanNya. Manusia perlu tahu untuk menghargai setiap apa yang datang dari Tuhan, untuk dirinya, sebagai tanda syukur. Selagi seorang manusia berkesempatan hidup di bumi Allah yang sebenarnya tiada nilai disisiNya ini, selama itulah dia harus bersabar dan bersyukur. Bersabar dan bersyukur dalam mengutip hikmah diatas setiap apa yang berlaku ke atas dirinya, sebagai bekalan untuk menuju destinasi abadi, bukanlah maksudnya terlalu taksub mencintai dunia sehingga lupa bahawa semuanya tetap milik Allah jua... 




Ya, saya suka dan sayang...!


Apa? 
Semua yang saya ada. Semua yang telah dan sedang saya alami. InsyaAllah. 
Kadang-kadang bimbang juga, takut terlebih rasa memiliki. Tapi insyaAllah, bila kita ingat Allah di saat kita ingat apa yang kita ada dengan rasa syukur, insyaAllah kita tahu bahawa ia bukan sebenarnya milik kita. Sekadar pinjaman sementara untuk kita belajar tentang kehidupan.


Buat masa dan ketika ini, sedang memotivasikan diri (sebenarnya...). Nak masuk bulan ke 3 sebagai 'final year medical student'. Pelbagai rencam perasaan yang timbul...


Dah banyak kali jumpa patient yang bertanya... "Dik memang minat ke nak ambik medik ni?"
Jawapan saya, "InsyaAllah minat. Kalau tak betul-betul minat, rasanya tak mampu nak bertahan kot. Even saya yang rasanya minat ni, ada masa tuh tanya balik (selalunya bila dkt2 nk exm), "kenapala aku susah-susah amik medik hah, tak paham tol..."" huhu.... ^^


Kenapa saya suka bidang ini....?


Belajar bersyukur


Belajar untuk bersyukur dengan nikmat kesihatan, diri dan hidup yang Allah berikan. Masuk posting perubatan, jumpa patient dengan sakit kronik '3 serangkai'- kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Macam-macam komplikasi yang boleh dapat. Bersyukur sebab masih muda, masih berpeluang untuk mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang. Jumpa juga pesakit mengidap kanser seperti kanser darah (leukemia). Ada yang muda-muda lagi dah kena kanser ni. Bersyukur sebab masih berpeluang hidup secara remaja normal. Tidak perlu keluar masuk hospital, tidak perlu bertahan dengan side effects chemotherapy, tidak perlu menghitung hari meninggalakan keluarga tersayang....


Masuk posting  surgery, jumpa patient yang pelbagai masalah yang memerlukan pembedahan. Bersyukur sebab tidak perlu mengalami perasaan berdebar-debar masuk dewan bedah, ditambah pula dengan ketidakpastian sama ada pembedahan itu berjaya ataupun tidak. 


Masuk posting O&G, jumpa ibu-ibu mengandung yang penuh dengan kasih sayang terhadap kandungannya. Bersyukur kerana punya umi yang mengandungkan dan melahirkan saya. Bila kena conduct delivery, belajar mengingat saat-saat umi bersusah payah menahan sakit sewaktu melahirkan. Belajar juga bersyukur kerana pernah berpeluang menjadi bayi yang sempurna fizikal, yang sihat wal'afiat sampai sekarang. 


Masuk posting orthopedik, jumpa patient yang terlibat dengan kemalangan. Patah sini, patah sana. Siapa sangka, terpaksa terlantar di hospital dengan pelbagai komplikasi daripada kemalangan. Dalam banyak-banyak cara kematian, mati dalam kemalangan jalan rayalah yang paling tidak terjangka dan kalau boleh mahu dielakkan, kan? Bersyukur kerana masih hidup di saat ini tanpa perlu melalui itu semua. 


Masuk posting kanak-kanak, haisshh... apa perasaan melihat bayi comel yang sakit? Bersyukur kerana telah berjaya melepasi zaman kanak-kanak dengan jayanya. Bersyukur juga kerana punya ibu bapa semasa kecil dulu untuk menjaga diri ini. Ramai jugak baby kat wad daripada pusat jagaan anak yatim/terbiar. Dah la sakit, tidak berayah ibu pulak...


Masuk posting psikiatrik, jumpa dengan patient yang depressed. Bersyukur sebab tak mengalami apa yang patient tu rasa, dengan masalah hidup yang pelbagai, rasa sedih dan putus asa sampai nak bunuh diri. Jumpa juga patient bipolar dan schizophrenia. Bersyukur sebab masih punya akal yang waras dan masih boleh dimanfaatkan sementara masih berpeluang untuk hidup...


Alhamdulillah....


Belajar mengenal diri


Belajar untuk lebih mengenal kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Diri sendiri yang sebenarnya belajar semata-mata kerana apa? Bila rasa malas dan tak semangat untuk belajar, mesti ada yang tak kena. Cukup ikhlas ke? Pastu, apa nak buat? Realize --> know--> understand--> action! .... fighting! 


Belajar memberi


Belajar memberi semampu mungkin untuk pesakit-pesakit yang ada. Kadang-kadang senyum saje pun dah cukup bermakna bagi mereka. Apatah lagi kalau boleh meluangkan masa mendengar luahan hati mereka. (Masa student ni, banyak la masa nak borak itu ini ngan patient, dah keje nanti, tak sempat kot eh?...uhuk) Kata orang.. "doktor ni takde life"... well, life is not about yourself, anyway... ^^


Belajar berfikir


Belajar untuk berfikir secara kritikal. Bak kata prof. Kanahes (paeds), "medicine is interesting because u do not know what is the patient's diagnosis when they presented to you" Analoginya, katakanlah kalau kita pergi makan aiskrim yang pelbagai perisa beramai-ramai, mesti bosan kalau masing-masing dah tahu apa perisa ais krim yang dia makan. Tapi kalau semua orang pun tak tau, masing-masing rasa aiskrim yang berbeza, masing-masing saling meneka rasa aiskrim tu.. mesti seronok kan? Berfikir untuk mencari diagnosis, berfikir juga untuk manage patient secara holostik.


 Belajar menghadapi ketakutan


Belajar menghadapi ketakutan yang rupa-rupanya ada pelbagai. Takut untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali, mula belajar berkomunikasi dengan patient dan family. Takut untuk 'menyumbang kesakitan' kepada patient bila perlu dicucuk jarum, mesti jugak belajar mencucuk patient untuk ambil darah atau masukkan branula. Takut untuk present case, memang kena belajar present case pun. Takut untuk kena marah dengan lecturer, memang akan kena marah kalau semua benda pun tak tahu. Tapi marah seorang guru bukan untuk mengaibkan, tapi untuk mengajar. Takut untuk menghadapi exam, belajar untuk bersedia lebih awal dan belajar secara berterusan (waaaa.... sedang takut apabila teringat akan march 2012...) Takut untuk menghadapi kegagalan, belajar bahawa kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran yang sangat berkesan untuk peningkatan potensi diri... kalau kat sekolah dulu, target mesti nak dapat A+, sekarang lulus pun, tersangat-sangatlah bersyukur... Tapi ye lah, target tu mesti la kena up jugak daripada sekadar lulus kan, supaya lebih bersemangat... yoashhh (sgt mudah utk berkata-kata... berusaha! ^^)


pejuang2 kehidupan...hehe


Belajar menghargai


Belajar menghargai insan-insan yang pernah muncul dalam hidup ni. Keluarga sebagai penguat semangat. Sahabat sebagai pendorong dan teman seperjuangan. Doktor@Pensyarah sebagai sumber ilmu dan inspirasi. Staff2 hospital juga sebagai sumber ilmu dan pembantu. Dan pesakit sebagai sumber ilmu yang paling utama, yang banyak bersabar dengan karenah kami pelajar-pelajar perubatan yang berbagai macam ragamnya. Bosannya sebuah kehidupan tanpa mereka semua, kan?







Berkongsi di sini kata-kata yang terjumpa di salah satu poster kata-kata semangat di wad merah 


" Live with 3 E: Energy, Enthusiasm, Empathy and 3 F: Faith, Family, Friends"


























p/s: meneruskan 2 minggu Ramadhan di Slim River. Semoga semuanya baik-baik saja.... Semoga terus bersemangat memburu takwa yang sebenar... amin. ^_^