09 November, 2010

HAHAHA!!!!! BERJAYA...!!!

Hahaha... terima kasih sya. Dengan bantuan dari sya dan dayah gak, berjaya ana post entry ana yang pertama kat blog bersama ni...arigatougozaimasu, deh!!! kalau ikutkan ati, dah lama gak ana try2 nak post entry kt blog ni. dah berlonggok entry yang ana nk try post (ada la 2-3 entry yang kalau ikutkan dah expired dah topik tu..hehe). tapi disebabkan kekangan itu ini...baru sekarang InsyaALLAH ana boleh post entry2 terbaru.















Perkembangan terbaru lepas bergelar graduan??? Nampaknya lepas masuk bulan ke-6 ana bercuti panjang ni, perkembangan ana memang berkembang pesat. Bagai dipam-pam. hehe...nak wat camne, sejak duk kat umah je selera jadi bertambah-tambah. wat masa sekarang keje ana adalah bibik separuh masa je. hehe...mengasuh syifa' la, sape lagi (hehe...rasanya sume dah tahu dah ni). Disebabkan kekangan yang mungkin timbul atas kesilapan diri sendiri, ana mungkin posting lewat dari kawan-kawan yang laen..isk3..tapi xpe sebab kalau dah rezeki ana jd cikgu, lambat laun ana jadi cikgu gak, tak g2 dayah?haha...ada hikmahnya sume ni. Rasanya takat ni dulu la buat permulaan dari ana. InsyaALLAH, ana akan mula mengaktifkan blog kita bersama ni. ana pohon maaf kat sume ahli blog bersama ni (sya, dayah & lia) sebab ana tak pernah mengaktifkan blog ni dulu..emm...pe lagi ek???dah la kot...hehe

08 November, 2010

Healing




Assalamualaikum...
Rindu untuk menulis
Banyak sebenarnya yang perlu dihargai, untuk dikongsikan
Tetapi nampaknya diri lebih suka menjadikan 'masa' sebagai alasan...

Sedang 'sibuk' menyiapkan case write up (cwu) orthopeadics
Ada 2 cwu yang deadlinenya hujung minggu ni
Saya ada masa 6 minggu untuk siapkan, tapi baru start buat minggu lepas...
Hampir siap 1, baru start yang 1 lagi
Bertangguh lagi
Bertangguh lagi
Dan bertangguh lagi...

Dalam tungkus lumus saya menyiapkan tugasan,
sempat lagi tu, tengok serita korea malam semalam
kononnya, nak memecahkan kebosanan... sya2...
manusia b'alasan...

Dan sekarang,
saya sedang menulis di sini..
diberi kekuatan oleh Dia
disuntik semangat oleh seorang sahabat yang sedang kerinduan
diingatkan dengan lagu di atas...
didorong pula oleh kebosanan membuat CWU.. hehe..
sekadar berkongsi, untuk peringatan buat diri

Healing...
first time dengar lagu ni kat iluvislam...
hmm... dah lama tak bukak iluvislam...
hmmm... apa lagi alasan yang saya nak bagi?
lalaallalalalaaa... =p

Healing...
setiap rangkap yang cukup indah...
kerana fitrah seorang manusia...
fitrah yang kekadang terlupa, atau sengaja dilupakan...


My last words,

LET'S HEALING TOGETHER...!
LET'S HEALING EACH OTHER...!


Salam rindu buat sahabat2 yang merindu...

Wallahu'alam
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

^_^

28 October, 2010

Selamat Hari Lahir


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Mengambil sedikit masa untuk menghasilkan sesuatu sebagai tanda ingatan pada tarikh 29 OKTOBER 2010. Salam Ulangtahun kelahiran yang ke-?? buat sahabat yang jauh berada di perantauan, NUR NADILA ALIA BINTI HAMZAH. Hehe.. Surprise tak?? Semperna dengan ulangtahun ini, saya mendoakan semoga awak dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Pemberi rezeki. ( nape cam skema je ayat sy nih…?? Takpe, saya bagi ucapan yang skema2 dan serius2 dlu..) Semoga perjalanan hidup yang mendatang ditempuhi dengan tabah dan sempurna walaupun tiada yang sempurna di dunia ini.. sebagai ingatan pada kita semua, semakin bertambah usia, kita semakin dekat dengan kematian… Astaghfirullah, bersediakah kita untuk menghadapi kematian tersebut..?? Bersyukur pada Yang Maha Esa kerana mempertemukan kita di bumi gersang SMSPP (gersang lagi ke sekarang..?) untuk menjalinkan ikatan persahabatan. Alhamdulillah, kita semakin yakin melangkah tangga kehidupan yang sudah pasti mencabar ini.

Now, it’s time to ask soalan cepu dinar emas: Bilakah saya akan mendapat sahabat ipar?? Huahaha.. Sila berikan jawapan yang tepat dan dilarang meniru jawapan rakan.. Oleh itu, saya juga akan mendoakan semoga awak ditemukan dengan seseorang yang akan membahagiakan awak, dunia dan akhirat. Amin.. Sya dan Anna, cepat aminkan doa ini! Itu saja untuk kali ni, insyaallah bertemu lagi di lain ruangan. Saya sertakan satu lirik yang pada saya, it’s your favourite. Maafkan saya, kalau saya silap.

TEMAN SEJATI
Selama ini kumencari - cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui
Dengannya disisi
Perjuangan ini
Tenang di harungi
Bertambah murni kasih Illahi
Kepada Mu Alloh
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepada Mu Teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan segala - galanya
Kepada Mu Allah
Kupohon restu-Mu
Agar kita kekal bersatu
Kepada Mu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan segala - galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
Kumencari - cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci

Kejutan ALIA

Entry ini ditujukan khas untuk alia. Terima kasih yang tak terhingga kerana telah berjaya membuat kejutan buat saya dengan mengepos sesuatu yang sangat istimewa… Apakah itu???


satu huruf "P" telah dimakan oleh adik sejurus selepas bungkusan dibuka

Hehe, alia telah menghadiahkan saya coklat di atas semperna konvo saya tempoh hari. Patut la dia tak wish apa2 pada hari kejadian walaupun lima hari sebelum tarikh konvo saya, alia adalah orang yang agak excited bertanya itu ini tentang konvo saya. Pakatan yang berjaya antara alia yang meminta anna nazri mendapatkan alamat rumah saya.. Terus terang, saya dapat rasakan alia akan kirimkan saya sesuatu dan saya menunggu dengan penuh sabar..hehe.. Seinfiniti terima kasih daripada saya dan keluarga. Coklat yang comel dan sedap..

Sedikit pesanan daripada Anna nazri, dia setia menunggu coklat daripada alia walaupun saya telah berkongsi coklat tersebut dengan anna.. Hehe. Thanks!

21 October, 2010

Warkah Untuk Sahabat



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke saat ini.

Untuk pengetahuan kalian, saya dan Anna Nazri selamat menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada 13-18 Oktober yang lalu. Alhamdulillah, kami berjaya tamatkan pengajian kami selama 4 tahun di universiti kami yang dicintai. Terlalu banyak yang cabaran dan pengalaman yang ditimba selama bergelar mahasiswa. Kenangan pahit manis menyiapakn tugasan dan projek penyelidikan pasti utuh dalam ingatan sehingga ke akhirnya.

Secara peribadinya saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang telah mematangkan diri. Sebelum memulakan, saya mohon maaf untuk tulisan yang tak seberapa ini. Kesian Sya, hanya Sya yang sering meluangkan masa mengemaskini blog ini, padahal kita dah janji untuk sama-sama mencoretkan sesuatu dib log ini sebagai tanda persahabatan yang terjalin antara kita. ( Sori, sya and thanks a lot!). Suka baca setiap entry yang dihasilkan oleh Sya. Setia menunggu entry daripada Alia Hamzah dan Anna Nazri..

Bermula selepas tamatnya peperiksaan SPM, Allah uji saya dengan keputusan yang pada mulanya terlalu berat untuk saya terima. Namun, saya akui, keputusan SPM saya berpatutan dengan usaha saya selama 5 tahun di SCIPP… ( Antara kita b’4, saya paling sikit bilangan A, huhu). Saya syukuri dengan keputusan tersebut. Hanya Allah saja yang mengetahui perasaan saya bila berbicara tentang SPM. Menangis, mencari di mana silapnya. Sampai sekarang, air mata masih menitis bila terkenangkan ujian yang Allah anugerahkan pada saya dengan SPM. Terima kasih kepada umi dan abah yang tetap menyokong saya. Juga terima kasih kepada kalian yang membantu saya untuk bangun kembali. Saya sedarkan diri saya, untuk bangkit kembali. Yang lepas biarkan berlalu. Saya perlu teruskan untuk tangga kehidupan yang seterusnya. Semasa menjalani latihan mengajar tempoh hari, saya sering ingatkan pelajar saya untuk terus berusaha supaya tidak jatuh tersungkur seperti saya, cikgu mereka. Sedikit kesal apabila pelajar bertanya tentang bilagan A yang saya perolehi untuk SPM. Saya tak mampu untuk memotivasikan pelajar saya dengan keputusan SPM saya.huhu. At last, keputusan cikgu Norazliana menjadi sasaran. “ cikgu Norazliana tu dapat straight A, contohi cikgu tu ye….” Itu jawapan saya bila pelajar tanya, “ cikgu dapat berapa A mase SPM…??”

Melangkah ke matrikulasi ( Kolej Mara Kulim), saya focus kepada pelajaran, sepenuh perhatian. Tanpa bergiat aktif dalam ko kurikulum atau melalui kepimpinan. Saya tinggalkan semua itu sebagai alas an untuk cemerlang dalam akademik. Full time, belajar! Dan at last, keputusan di matrikulasi biasa2 aje. Ingatkan bila tak bergiat aktif (ko-kurikulum dan kepimpinan), saya mampu hasilkan keputusan yang luar biasa tapi apa yang saya dapat adalah sebaliknya. Saya menyesali keputusan saya untuk tidak bergiat aktif. Mana taknya, saya tamat matrikulasi tanpa satu pun sijil ko kurikulum atau kepimpian. Langsung takde sijil dan result exam yang biasa2. Kesilapan yang disengajakan ataupun tak, saya pun tak mengerti.

Diterima sebagai mahasiswa UPSI dengan program Pendidikan Matematik, saya tekad untuk seimbang akademik, kepimpinan dan kegiatan KO. Mula berjinak-jinak sebagai AJK Kerohanian di kolej kediaman, saya mula serasi dengan ritma kehidupan baru. Alhamdulillah, result exam semakin menunjukkan peningkatan sejak dari sem 1 dan seterusnya. Saya manapak dengan yakin di UPSI walaupun ada kalanya, langkah saya tersadung. Cabaran akan ada di mana-mana kan?? Banyak perkara yang mengajar saya menjadi lebih dewasa (walaupun kadang2 ada juga nakalnya cam bdk2). Kita berempat melalui jalan kehidupan yang berbeza. Saya dan ana di tg malim, sya di indon sebelum balik ke Bangi dan alia pula jauh di Aldelaide.. Ingat lagi masa alia call pada hari sebelum dia bertolak ke Australia, saya nangis (buat pgakuan terbuka, malu!) sebab rasa seolah2 akan ditinggalkan jauh. Tapi kita ada impian masing-masing untuk dicapai. Secara zahirnya kita jauh antara satu sama lain, tp hakikatnya hati kita saling berhubung. Insyaallah kalian sentiasa dalam doa saya sejak dulu, sekarang dan selamanya.

Detik melangkah masuk semasa perarakan graduan tempoh hari, air mata menitis lagi. Sengaja saya biarkan air mata mengalir perlahan. Lebih2 lagi apabila melihat wajah umi dan abah tersenyum memandang sambil melambai kea rah saya dari tempat duduk mereka. Kawan disebelah tanya, “kenapa menangis..?” Saya Cuma mampu tersenyum tanpa jawapan. Hati rasa berbisik, mungkin ini harga sebuah kejayaan serta kepuasan setelah sekian lama berhempas pulas. Jatuh dan bangun di jalan perjuangan mendapatkan segulung ijazah. 10 saat di pentas konvokesyen sudah lebih dari cukup untuk membayar harga pengorbanan selama ini… Saya janji dengan diri saya, konvokesyen saya tempoh hari adalah konvo saya yang pertama, tapi bukan yang terakhir. Sya, Alia, Anna dan yang lain2, tolong ingatkan saya tentang janji ini jika saya lupa suatu hari nanti. Tolong sokong saya, jika saya lemah untuk menunaikannya nanti. Sahabat- sahabatku, saya terlalu memerlukan sokongan kalian.


Focus seterusnya, menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik (mampukah saya menjalankannya dengan sempurna??). Apa pun yang terjadi nanti, saya mesti cuba untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut. Pelbagai cabaran dan dugaan lagi menunggu saya di depan. Hanya kepada Allah saya mohon kekuatan untuk saya terus menapak. Tidak kurang bila dah tamatkan pengajian, ramai yang bertanya bila nak tukar status.( alia yang selalu bertanyakan soalan ini) Terus terang, tukar status ini perkara yang ke-40 ada dalam fikiran saya. Apa-apa pun, saya tidak menolak jika ditakdirkan ianya terjadi dalam masa terdekat ni. Kalau dah jodoh, tak kemana. Ya kan, alia?? (haha, cik alia sila fahamkan maksud saya..) yang terakhir, saya impikan untuk meluangkan masa bersama kalian suatu hari nanti. Mungkin kita boleh bercuti bersama. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama, dan saya yakin kaliam juga begitu. Betul kan?? Rindu akan gelak tawa kita bersama, usik mengusik dan juga cerita nakal antara kita. Rasanya cukup sampai di sini untuk kali ini. Lain kali saya cuba menulis lagi. Maaf jika tulisan ini manggangu kalian. Nothing much to say, just want you to know, I MISS U ALL. Ya Allah, payungi mereka dengan rahmat dan kasih sayang-MU, bila tempatku bukan lagi di sisi mereka. Wassalam.

12 September, 2010

Warna-Warni Penghujung Ramadhan, Permulaan Syawal

Assalamualaikum... sekadar cuba untuk menghargai beberapa peristiwa di sepanjang 3 minggu cuti sebelum exam. Semoga saya tidak lupa akan pengajaran-pengajaran yang pernah terdetik di hati saya. Dan sesungguhnya, warna-warni itu datang hanyalah daripada Allah. Ia juga mampu menjadi berwarna warni bagi saya, kerana Allah mengizinkannya...

"Febrile Fit"

Sehari sebelum saya pulang ke kampung, saya mendapat berita yang adik bongsu kesayangan saya 'fit' (kalu kok klate gap~ nyettok..huhu) dan tidak sedarkan diri. Tiba-tiba je pagi sabtu tu wafi demam panas. Menurut umi, malam tu wafi kena hujan. Betapa setiap perancangan Allah itu sangat teratur, nasib baik adik lelaki saya yang ketiga (Mursyidi@Dee) telah pulang ke rumah lebih awal (dari uitm Dungun). Jadi umi saya tidak keseorangan menguruskan keadaan yang mencemaskan itu. Wafi sedar setelah di bawa ke klinik. Dr. refer wafi ke HUSM untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Seterusnya, tinggalah wafi, umi dan dee di HUSM menjaga
wafi di hospital...

Diagnosis selanjutnya daripada doktor HUSM adalah 'Febrile fit secondary to acute exudative tonsillitis'. (Sawan demam disebabkan oleh radang tonsil bernanah)

Sedikit informasi berkaitan tosilitis

"Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan. Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan."

Hari kedua wafi di hospital, saya pulang menggantikan dee menemani umi menjaga wafi. Kanak-kanak kecil yang mempunyai 'sakit' di bahagian kerongkongnya, sehingga takut untuk menelan air liur sendiri, ternyata tersangatlah menguji kesabaran bagi setiap yang menjaganya...

Bukan mudah untuk menjaga seorang anak kecil, apatah lagi yang sedang sakit. Karenahnya yang pelbagai cukup mengajar erti kesabaran. Sakit untuk menelan. Lapar, tetapi sukar untuk makan. Tiada apa yang mampu dilakukan melainkan menangis dan memberontak. Para penghuni wad yang lain sekadar mampu bertahan dengan 'kebisingan' yang tidak disengajakan. Saya, hhmm... mungkin juga ramai di antara kita yang tidak tahan dengan bunyi kanak-kanak yang menangis. Membingitkan suasana. Menambahkan gundah di hati. Mengundang amarah yang tidak bertempat. Sabar. Itu saja kuncinya. Bersyukurlah kerana saya dan kita pernah mempunyai ibu yang yang tidak pernah merungut untuk melayan dan memuaskan hati si anak yang kadang-kadang lupa bahawa wujud dirinya kerana kasih ibu yang sanggup memberi tumpang si anak di rahimnya selama 9 bulan. Hhhmmm.. perlu berlatih menjadi ibu mulai sekarang agaknya ye...huhu

Berpeluang menjadi penjaga pesakit, saya lebih mendalami perasaan pesakit-pesakit dan penjaganya di PPUKM. Sabar juga penting untuk melayan bakal-bakal doktor yang seolah-olah tidak puas 'menganggu' pesakit. (saya la jugak tu..hehe) Bertanya soalan yang sama, entah berapa kali umi saya perlu menjawab dengan jawapan yang sama. Tahulah saya, betapa bosannya. Namun, bosan itu bukanlah menjadi masalah kerana yang bertanya sedang menuntut ilmu untuk diaplikasikan pada masa hadapan. Sejuta terima kasih kepada pesakit-pesakit yang faham dan menerima penuntut ilmu ini seadanya. Jika saya mengharapkan 'faham' mereka, saya terlebih dahulu harus 'faham' jika saya berada di tempat pesakit itu, suatu hari nanti.

Tahukah sahabat-sahabat sekalian, betapa tidak selesanya berada di hospital, sebagai seorang penjaga pesakit? (mestilah tau kan) Apatah lagi bagi pesakit itu sendiri kan? Kalau bagi seorang pelajar perubatan? Hhmm.. mungkin hospital adalah tempat yang paling menarik, kerana banyak yang boleh dipelajari. Lagipun berada di wad bukannya sepanjang masa. Sekejap-sekejap je pun pergi ke wad, menggangu ketenteraman para pesakit...huhu. Tapi bagi pesakit, sehari mungkin bagaikan setahun! Dengan bosannya, dengan karenah-karenah pesakit lain yang juga bermacam, dengan sejuk aircondnya, dengan... macam-macam lah.. Sekali lagi, memahami situasi, keadaan fizikal dan emosi pesakit amatlah penting. Bersyukurlah dengan nikmat kesihatan yang dipinjamkan Allah kepada kita disaat ini. Manfaatkanlah ia untuk beramal dan melakukan kebaikan.
Wafi dan tomen yang tak dapat dipisahkan...^_^

sudah beransur pulih... dah pandai buat 'peace' ^_^v


"Semperit Along"

Kali terakhir saya membuat biskut raya, kalau tak silap adalah dalam 12 tahun yang lepas. Itu pun sekadar membantu ciksu saya yang sentiasa bersemangat membuat biskut raya. Raya tahun ni, peluang untuk saya buat biskut raya ada, kerana cuti yang agak panjang. Tapi, cuti itu adalah sama maksudnya dengan 'masa lebih untuk study sebelum exam'... Hhhmmm.. ternyata, MAHU saya untuk makan biskut semperit lebih kuat daripada MAHU saya untuk membaca buku.. hehe...

Terima kasih kepada adik-adik tersayang yang secara 'rela-paksa' menjadi assisstant along...huhu

Kali pertama nak bakar biskut tu, semuanya hangus. Sebab: tak pandai adjust suhu dan masa. Tapi pusingan kedua dan seterusnya, wahh.. hebat la 'pembakar biskut' ni...

Pembantu penting: Biskut tidak hangus kerana faris@ngoh... jaga biskut tepi oven tuh..



Comey kan, biskut semperit along? heheh....


Pusingan terakhir, saya bakar biskut tanpa ngoh. Suhu yang sama, masa yang sama. "Tapi kenapa la biskut ni macam tak masak-masak. Lembik je." Saya tambah masa. Lembik jugak. Saya pun tambah sikit suhu. Tiba-tiba terlupa tengah bakar biskut... Hhmmm... biskut hangus! =(.... Ala, ruginya.. kenapa la saya lupa nak tengok biskut tu? Ruginya... Isshhh, rugi la, membazirnya....

Kenapa biskut tu hangus? Padahal saya punyalah berusaha mengubahsuai masa dan suhu, untuk memastikan pembakaran yang sempurna. Hangus juga. Setiap perkara, terjadi kerana izin Allah. Kerana Allah saya punya kekuatan untuk membuat biskut raya. Kerana Allah biskut raya saya boleh dimakan. Kerana Allah juga ada biskut raya yang hangus. Hikmah biskut hangus-
Hangus tu, bukan lah hangus total. Masih boleh dimakan, cuma kurang sesuailah untuk dihidangkan kepada tetamu. Jadi, boleh makan sebelum hari raya. Berpeluang rasa biskut yang sedikit hangus tu, alhamdulillah! Belajar juga daripada kesilapan. Sabar;tumpukan perhatian; ingat,jangan lupa! ^_^


"Roti Jala Steady"

Ada sekali tu, dee tukar nama kat facebooknya dengan nama Roti Jala Steady. Uish, nak jadi roti jala pulak budak nih..hehe. Saya menyampaikan hasrat dee untuk makan roti jala kepada umi. Hhmm.. walaupun umi dah ada plannya tersendiri untuk menyediakan kuah soto dan lodeh untuk hidangan pagi raya, umi utamakan dulu aduan roti jala. Sayang seorang umi. Kerana 'penjalaan' roti jala yang agak memakan masa, kuah soto dan lodeh terpaksa dibatalkan. Kuah roti jala je yang sempat disediakan. Terima kasih umi. Terima kasih juga kepada penjala tegar, yang tidur jam 2 pagi menyiapkan jalaannya. Semangat sungguh. Itulah kuasa MAHU, yang mencetus MAMPU... Along yang kurang mahu kepada roti jala, hanya mampu membuat 2 jalaan, dengan alasan jalaan tidak menjadi..huhu..

Penjala berbakat besar- dee steady

sedap weyhh roti jala demo, tahun depan boleh buat lagi...


Rafiq@Apiq: calon spm yang cool and steady : watak yang tak diceritakan kali ini, dalam entry seterusnya ye, insyaAllah... ^_^


1 Syawal 1431

Tahun ini, saya berpeluang meyambut malam 1 syawal bersama keluarga. Tahun lepas, sampai rumah pagi raya. Tahun-tahun sebelumnya, beraya di Indonesia. Kerana usia dan kematangan yang berbeza, terasa sedikit kelainan. Kelainan yang pertama kali saya rasakan. Malam 1 syawal 1431, papa ada bersama kami, mengimamkan solat maghrib dan isyak. Selepas solat maghrib, papa mengalunkan takbir raya. Sayu hati saya. Tanpa sedar, Ramadhan telah meninggalkan kita. Terasa pilunya perpisahan itu. Saya sepatutnya sedang meraikan hari kemenangan. Namun, terasa tidak layak untuk itu...

Memetik petikan artikel dari

http://ms.langitilahi.com/edisi-ramadhan-10-kamu-tidak-layak-untuk-aidilfitri/

Makna Aidilfitri dan hakikatnya

Perkataan ‘Aid’ atau (‘id) pada awal kata Aidulfitri adalah berkmaksud perayaan. Perkataan ‘fitri’ atau (fitr) pula pulang kepada makna Fitrah. Di dalam bahasa arab, saya sering menyebutnya dengan ejaan begini: ‘idulfitr. Perkataan ‘id + al-fitr.

Melihat semula maknanya, maka hakikatnya Aidilfitri ini adalah perayaan merayakan fitrah. Fitrah apakah yang hendak dirayakan ini? Mengapa namanya demikian?

Maka di sinilah kita perlu melihat semula kepada Ramadhan. Apakah kegunaan Ramadhan?

Ramadhan adalah kem pengislahan diri, peningkatan peribadi, pembersihan hati. Sekiranya kita benar-benar mengisi Ramadhan dengan baik, maka kita akan keluar daripada menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang seakan bayi baru lahir. Suci sesuci fitrahnya yang sebenar. Kita akan kembali kepada fitrah kita yang hakiki, yakni menjadi hamba Allah SWT yang taat.

Aidilfitri wujud, untuk meraikan graduan-graduan Ramadhan yang berjaya kembali kepada fitrah. Aidilfitri wujud, untuk meraikan mereka yang bermati-matian mengisi Ramadhan dengan amal ibadah dengan tujuan untuk kembali kepada fitrah ini. Aidilfitri wujud, untuk mereka yang menghidupkan Ramadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh, untuk dibawa keluar manfaatnya itu pada sebelah bulan yang lain.

Itulah maknanya Aidilfitri.

Hmm.. berjayakah saya kembali kepada fitrah? Entahlah. Kurang yakin untuk memberikan jawapan. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan diperelok. Semoga saya tidak lupa akan perasaan saya ketika itu. Supaya saya lebih berasa layak untuk Aidilfitri seterusnya. Dan, semoga saya dan kita masih berkesempatan untuk itu...

Seusai takbir raya, papa memberi sedikit pengisian buat kami sekeluarga. Syukur. Syukur kerana berpeluang bertemu Ramadhan yang baru sahaja berlalu. Syukur diatas segala nikmat yang Allah kurniakan. Syukur kerana kami masih mahu melaungkan takbir raya, di saat manusia-manusia sedang sibuk membuat persiapan raya. Syukur. Terlalu banyak perkara yang harus disyukuri.

Wahai hamba-hamba Allah, jangan tinggal di bumi Allah, jika tidak tahu erti syukur. Bagaimana lagi mahu berterima kasih kepada Allah yang tidak mengenakan sebarang harga untuk satu nafas oksigen yang kita sedut? Katakanlah sebenarnya harga satu nafas itu seposen, berapa banyak la agaknya kita berhutang dengan Allah? Dalam sehari berapa banyak kali kita bernafas. Darab pulak selama mana kita hidup. Ishh, boleh ke kira?? Kaya lah Allah kan, kat dunia ni berapa ramai manusia yang menumpang tinggal. Memang benar. Allah Maha Kaya. Dan kerana Kayanya Dia, Dia juga Maha Pemurah. Tidak pernah diletakkan harga kepada senafas oksigen, apatah lagi nikmat-nikmat lain yang tak terhitung banyaknya yang dikurniakan kepada manusia. Tidak pernah juga Dia mengharapkan apa-apa balasan. Cuma untuk manusia yang tahu berfikir, untuk tahu makna syukur, yang dapat merasa nikmatnya hidup bertuhan. Sayang, jangan pernah lupa untuk menjadi manusia sebegitu...


lagi-lagi budak ni...heheh ^_^v




Salam Aidilfitri 1431 buat semua ye... Mohon maaf zahir & batin


Penutup warna-warni

Saya ingin menutup warna warni di penghujung ramadhan dan awal syawal saya ini, dengan warna yang sedikit kelam. Kerana ia adalah kisah kesedihan. Tetapi membawa ibrah yang cukup besar bagi saya.

Seorang adik (ahli keluarga yang dekat sebenarnya, cukuplah sekadar gelaran 'adik' untuk pengenalan diri) telah kembali kepada Pemiliknya tercinta. Mohon doa untuk dirinya.

Al-Fatihah...

Terima kasih, kepada mereka yang sudi..

Berita ini adalah berita yang mengejutkan, yang diterima tanpa jangkauan. Tiba ajalnya setelah hanya 3 tahun menikmati hidup di dunia. Tiba ajalnya kerana demam campak, komplikasi yang lebih detail, saya kurang tahu. Tiba ajalnya kerana itu adalah ketetapan Allah yang terbaik. Sungguh ajal tidak mengenal usia. Bukan mudah untuk saya menyampaikan berita ini di sini, kerana sebab-sebab yang tertentu. (Mungkin yang tahu, akan lebih memahami. Dan saya, menyedari egonya seorang manusia bernama syamimi di saat ini.. saya belum cukup bersedia...huhu.. abaikan ketidakfahaman akan pernyataan ini ^_^)

Tetapi semuanya terjadi dengan kuasa Allah. Hanya Dia pemegang segala hati. Sudah tiba masanya saya menghargainya walau sepahit manapun ia. Sungguh, peristiwa ini mengingatkan taraf saya sebagai seorang hamba. Saya jadi takut dengan perancanganNya yang cukup rapi, cukup teratur, cukup indah! Indah bagi mereka yang sentiasa bersedia meyerahkan diri, untuk ditarbiyah olehNya melalui kehidupan dunia yang sementara ini. Semoga saya, dan kita memiliki hati yang sentiasa mahu untuk menikmati cintaNya, melalui warna-warni kehidupan yang masih berbaki..




Akhir kata, segala warna-warni di atas kembali kepada pemiliknya yang agung...

Wallahu'alam

04 September, 2010

Seberapa berhargakah?

Bismillahirrahmanirrahim... dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Hari ni 25 Ramadhan 1431H

Ramadhan tinggal lagi 5 hari. Cepat kan? Tak sangka lagi 5 hari je lagi kita akan berpuasa. Tak sangka juga malam ni saya akan pulang ke kampung untuk aidilfitri yang juga akan bertamu dalam tempoh 5 hari. Dan lagi tak sangka, saya masih sempat sampai ke 25 Ramadhan ini. Sempat berpuasa, sempat berterawih, sempat bersedekah, sempat bersabar, sempat merasa nikmatnya bulan Ramadhan. Jika ditanya, bagaimana Ramadhan saya tahun ini? Adakah sama seperti tahun-tahun sebelum ini? Atau adakah lebih baik? Atau adakah lebih mengecewakan?

Seberapa mampu untuk saya menjawab soalan-soalan di atas, saya juga kurang pasti. Yang pasti, hanya yang Maha Tahu layak untuk menilainya. Jika ditanya lagi, dalam banyak-banyak Ramadhan yang pernah saya lalui, yang manakah yang terbaik? 10 tahun yang lepas? ke 2-3 tahun yang lepas? tahun lepas? hhhmmm... tahun ni? Mampukah saya untuk menjawab soalan ini? Andai mampu, alhamdulillah, ada juga Ramadhan terbaik yang pernah dilalui. Jika tidak mampu? Adakah saya perlu menunggu tahun-tahun akan datang untuk menjadikannya Ramadhan terbaik dalam hidup saya? Namun, seberapa yakin pula saya untuk berkesempatan bertemu dengan Ramadhan akan datang? Andai esok saya pulang kepada Sang Pencipta, maksudnya tiadalah Ramadhan terbaik dalam hidup saya????

Bagaimana patut saya bereaksi kepada penyataan di atas?

1 of my favorite wallpaper

Seberapa berharga?

Sudah lama saya tidak mengisi sesuatu di laman ini. Adakah maksudnya sudah lama juga saya tidak menghargai? Mungkinkah? Hhhmm... Rasanya banyak je terlintas di hati saya untuk di kongsikan bersama. Akal saya 'tahu', ia boleh dikongsi, tapi nampaknya kurangnya 'mahu' daripada hati membataskan 'mampu' saya untuk menulis. Kenapa ya? Mungkin banyak alasan yang boleh saya berikan. Sibuk?Nak study? Study group? Tak ada mood? Serba kekurangan? Dekat nak exam? Tak sempat? Jemputan iftar? Ceramah? Kurang rajin? Malas? blablablablaabla... ai, macam-macam.. Ada saja alasannya ye? Alasan untuk menutup salah si hati yang kurang mahu tadi.... huhu. adakah saya sedang merepek? hehe

Pusing sana, pusing sini, alhamdullillah, hari ini saya mampu untuk menulis. Mungkin kerana mahu yang tadi kurang, semakin bertambah. Nasib baik mahu itu tidak berkurang, kan? Terima kasih Ya Allah...

Apakah sebenarnya yang 'seberapa berharga' itu? Apa lagi? Ramadhan. Seberapa berhargakah Ramadhan saya kali ini. Adakah ia sangat tidak berharga sehingga saya malas memperkatakan tentangnya di blog kesayangan saya ini? Na'uzhubillah. Sekali lagi, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang sentiasa bersama hati saya untuk saya kembali mengingatiNya. Biarpun cerita saya berkaitan Ramadhan ini hanyalah sekadar cerita hati saya, ya, ia tetap berharga. Bukan,ia sangat berharga!

Ramadhan terbaik?

Bagaimanakah sebenarnya Ramadhan terbaik itu?

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal
anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan berteriak-teriak ( pertengkaran), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan :" sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada ditanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allahpada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (al-Bukhari)


Sejauh manakah...
  • Ketakwaan?
  • Keimanan?
  • Keikhlasan?
  • Ibadah?
  • Berbuat baik?
  • Berkelakuan baik?
  • Bersabar?
  • Bersyukur?
  • Kemampuan menahan nafsu?
  • Puasa itu bukan sekadar lapar dan dahaga?

Pertanyaan ini adalah untuk saya. Untuk kita. Untuk semua. Mari bersama muhasabah kembali, erti Ramadhan ini buat kita. Bersyukurlah andai kita masih berkesempatan untuk sama-sama MAHU menjawab soalan-soalan di atas. Kerana masih ramai yang 'belum mahu' menghayati peluang bertemu Ramadhan yang mulia.

Di pengakhir Ramadhan ini, ada satu pesan Rasulullah yang amat mengundahkan hati saya,

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! “ (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Amin! Semoga 5 hari yang akan datang bukanlah 5 hari yang sia-sia, tetapi 5 hari yang penuh 'keMAHUan' yang mampu mencetus ke'MAMPU'an untuk bertidak, semata-mata untuk beroleh keampunan Allah... Amin


huhu.. mood balik rumah namenye ni... tahun lepas purple, tahun ni hijau (along's decision.. yes!hehe)

*Malam ni balik klate bersama-sama Ngoh. yeeehaa!!! ^_^ Semoga selamat sampai. Semoga juga kegembiraan berada di rumah bukan menjadi penyebab untuk terleka dan terlalai daripada tanggungjawab dan amanah (hamba-khalifah-anak-kakak-pelajar-bakal 'pengubat' hehe)... huhu.. salam mujahadah!