Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum... ^_^
Alhamdulillah, punya kekuatan dan kesempatan lagi untuk menulis di sini. Bulan 4 hampir melabuhkan tirai, tapi belum ada satu entry pun untuk bulan ni. Jadi, saya perlu bertindak! Hehe, mujur, Allah izinkan, alhamdulillah. Saya, berharapkan agar diri mampu menyumbangkan at least satu entry setiap bulan untuk blog ni. Susah ke senang? Entah. Nak kata susah, orang lain boleh buat apa? Nak kata senang, hhhmmmm.... banyak jugak faktor yang perlu dipertimbangkan... huhu...
Hhhmmm, tak kisah lah. Yang penting, apa-apa yang kita buat, bukan kerana orang lain jugak buat. Bukan jugak kerana apa jua sebab yang selain dari DIA. Perlu ada kesedaran dari hati untuk bertindak. Hati diri sendiri, of course! Dan perlu juga ingat, hati sendiri itu juga hanyalah pinjaman dari Pemilik Hati. Ya, dan segala-galanya hanya dari Allah...
Wahh.. ape ni? Saya pun rasa berbelit-belit bila baca sekali lagi...heheh... ok lah, straight to the point. Just nak berkongsi salah satu part yang saya baca dari sebuah buku, baru-baru ni...
aiyok, knp baca buku ni? hehe.. ok la ni, initial preparation. Ada seorang sahabat ari tu beli buku Men are from Mars, Women are from Venus versi BM. katanya, "sya, jgn bgtau org sy beli buku ni tau..." hehe, comeyl! Nnt boleh la pinjam yep... ^^v
Juara yang ingin jadi no.2
Oleh: Ust. Pahrol Mohd Juoi
Bentuk mengikut fungsi. Guru fizik mengajar kita, objek berbentuk torpedo adalah untuk terbang dan meluncur. Melalui pengalaman pula, orang tua dahulu kala mengungkapkan,
"yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek"
Walaupun itu hanya perumpamaan, tetapi ia tetap menunjukkan bahawa bentuk mengukut fungsi. Itulah hukum sunnatullah ataupun law of nature yang tidak bertukar ganti dan berubah. Subhanallah, Allah Maha Bijaksana.
Itulah hakikat yang cuba saya jelaskan dalam satu dialog tidak rasmi dengan seorang siswi kedoktoran di sebuah universiti baru-baru ini.
"Adakah saya sesuai untuk jadi seorang doktor?" soalnya.
"Mengapa baru sekarang?" soal saya kembali. Pelik, siswi tahun ketiga menyoal soalan yang sepatutnya ditanya sewaktu dia di tingkatan lima atau paling lewat di peringkat matrikulasi.
"Entah tuan, rasa berat pula"
"Sukar sangat kot" saya mencungkil
"Tidak, bukan soal study. Tapi jiwa saya."
Saya diam.
"Kerjaya disesuaikan dengan diri atau diri disesuaikan dengan kerjaya?" terjahnya lagi.
"Kedua-duanya boleh."
"Tapi eloklah kalau kita dapat kerja yang sesuai dengan diri kita kan?"
"Tapi kenalkah kita dengan diri kita yang sebenar?"
Kali ini, dia pula yang terdiam.
"Maksud kenal diri?"
Saya senyum. Persis subjek yang sering dibincangkan dalam ilmu tasawuf- kenal diri, kenal Allah- tapi kali ini membincangkan kerjaya.
"Tuhan mencipta setiap manusia untuk berjaya. Maha Suci Allah, daripada mencipta manusia untuk gagal."
"Ya, itu saya tahu. Kita adalah satu daripada jutaan sperma ayah yang 'terselamat' untuk bercantum dengan ovum ibu dalam satu perjalanan sajauh dari US ke Jepun. Merentasi lautan Pasifik. Begitulah nisbah jauhnya kembara yang menjadikan seorang manusia dalam rahim ibu. Kelahiran kita pun sudah membuktikan bahawa setiap kita adalah juara!"
"Setiap juara ada kelebihan masing-masing. Bakat, kecenderungan dan minat yang unik. Tuhan tidak mencipta manusia bodoh, tetapi mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza."
"Maksud tuan?"
"Allah telah menyediakan satu kerjaya yang sesuai dengan bakat, minat, dan kecenderungan yang secara semulajadinya telah diinstalkan dalam diri kita." Akhirnya, dapat juga saya meluahkannya walaupun agak cacamarba bahasanya.
"Betul ke? Tetapi mengapa ada orang yang masih tercari-cari kerjaya yang kata tuan telah disediakan Tuhan untuknya?"
Wah, pening saya melayan kilasan minda dan lantunan rasa siswi perubatan ini.
"Sebab dia tidak kenal kecenderungan, bakat dan minatnya sendiri. Dia cuba atau ingin jadi orang lain. Bukan jadi dirinya sendiri!"
"Akibatnya?"
"Dia jadi klon. Bila jadi klon, dia tidak lagi jadi sang juara no 1 tetapi jatuh ke tempat kedua, ketiga dan seterusnya. Itu pun dikira nasib baik. ada yang gagal terus."
"Pengajarannya?"
"Kenali diri-maksudnya bakat, minat dan kecenderungan. Dalam Islam itu dikena sebagai syakilah"
"Mungkinkah ada yang telah kenal diri... er maksudnya minat sendiri, tetapi masih gagal?"
"Ramai...."
"Ha? Masih gagal? Kenapa?" Dia agak terkejut.
"Di dunia tidak ada ornag bodoh, yang ada manusia malas. Yakni manusia bijaksana dan kenal kebijaksanaannya tetapi tidak berusaha meningkatkan keupayaannya."
"Bijaksana tetapi malas, takkan membawa ke mana-mana."
"Rajin, tetapi ingin jadi orang lain, pun tidak bermakna."
Kami sama-sama senyum.
"Jadi macam mana saya ni? Sesuaikah jadi doktor?" Kembali dia mengingatkan saya kepada soalan asal.
"Awak yang lebih kenal diri awak."
"Saya tidak ada masalah bercekang mata untuk menelaah dan melakukan kerja-kerja praktikal. Tetapi entahlah tiba-tiba perasaan saya terganggu. Betulkah kerjaya ini yang saya cari?"
"Perasaan itu rapuh. Pemikiran yang teguh. Jiwa kita yang kukuh. Jadi, anggaplah itu gangguan sementara, lawan-lawanlah."
"Nasihat tuan?"
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kata orang, kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat."
Dia ketawa kecil. Senang melihatnya begitu.
"Maksud tuan, saya perlu teruskan study dan berjaya. Saya kena ubah diri saya agar sesuai dengan kerjaya? Bukan sebaliknya, ubah kerjaya saya?"
"Kita hamba Allah. Kekadang pilihan kita banyak, kekadang tidak. Namun, luruskan hati kepada-Nya. InsyaAllah pilihan DIA untuk kita lebih tepat daripada pilihan kita untuk kita."
Dia termenung.
"Sebenarnya apa yang mengganggu awak ni?"
"Saya nak jadi penulis!"
Giliran saya pula ketawa.
"Tidak ada masalah langsung kalau begitu. Belajar terus hingga berjaya. Papa masa yang sama jangan hentikan minat menulis. Subjek perubatan adalah lubuk untuk penulisan kreatif, motivasi dan sebagainya. Filem dan siri TV Hollywood bercorak perubatan begitu hebat. Awak tahu sebabnya kenapa?"
"Sering penulis skripnya adalah doktor."
"Tahu pun..."
"Tuan, bagi saya tip untuk jadi seorang penulis."
"Banyakkan membaca! Penulis perlu lebih banyak membaca daripada menulis."
"Satu lagi?"
Saya menggeleng-geleng perlahan. Begitulah, jika berdepan dengan remaja khususnya siswa-siswi IPT. Perlu ada stamina dan kesabaran jika berdepan dengan mereka.
"Jadilah diri sendiri. Tulis sesuatu yang kita yakini, rasai dan hayati. Jangan jadi orang lain!"
Sewaktu pulang dan memandu sendirian saya terus berfikir, adakah kerjaya
saya satu pilihan atau sudah ditakdirkan? Apakah petanda kerjaya saya sekarang ini sudah tepat? Kata ahli hikmah, "Untuk mendapat jawapannya tanya hatimu... Adakah hatimu tenang sewaktu bekerja? Jika ya, itu petanda kerjaya kita sudah tepat.
Namun, kemudian saya bertanya lagi, adakah hatiku telah tenang?
Saya terus memandu, ketenangan itu satu kembara, bukan destinasi. Itu jawapannya!
*****************************************************************************************
I am them...
Saya dan kisah ini...
Dalam banyak-banyak cerita dalam buku tu, kenapa saya pilih tajuk ni ni untuk dikongsikan?
Adakah saya melihat diri saya dalam siswi tersebut? Hhhmmm.. tak jugak. Kalau dia terasa ragu-ragu dengan pilihan kerjayanya, saya tidak, insyaAllah. Kalau dia sebenarnya ingin menjadi seorang penulis, itu juga, bukan saya. Cuma, setiap apa yang penulis lontarkan, meninggalkan kesan indah di hati. Setakat ini, insyaAllah, minat untuk memilih 'bakal kerjaya' ini ada sejak kecil. Em, minat dah ada, bakat dan kecenderungan?? Hhmmm.. saya rasa saya tak boleh bayangkan diri saya sebagai yang selain daripada kerjaya ni lah...huhu. Menulis? Hhhmmm.... cerita ni sedikit sebanyak membuka ruang minda untuk lebih berfikir tentang masa depan..
Saya pun sebenarnya tak tersedar sejak bila saya suka menulis macam ni. Memanglah, bukan best pun apa yang saya tulis, tapi, penulisan sebenarnya mampu membuka dan menyuntik hati yang 'kadang-kadang-sentiasa' lupa. Bila ingat untuk menulis apa yang dirasa, yang ditulis itu boleh jadi ubat bila diri sedang lupa dengan apa yang pernah dirasa. Bila hati membuka ruang untuk membaca apa yang ditulis, insyaAllah hati itu takkan pergi jauh untuk 'menulis' kembali, buat manfaat diri dan manfaat bersama...
Ok lah. Alhamdulillah, boleh tulis sampai habis... hehe.. Entry ni juga untuk semua sahabat yang sedang sama-sama berjuang untuk masa depan masing-masing.. Mari bersama kita suka apa yang kita dapat, kerana ketenangan adalah suatu perjalanan, bukan sebuah destinasi! Dan lagi, segalanya tentang kita adalah kerana izinNya.....!
Hehe... mode starting the role as a final year medical student in paediatrics posting... Mari adik2, main ngan kakak...hehe... All d best semua! ^_^
Wallahu'alam...
Assalamu'alaikum.... ;)
0 comments:
Post a Comment