23 March, 2011

Hargai Hari Ini @ 180311

Bismillahirrahmanirrahim...

First of all, terima kasih buat semua yang mendoakan saya sempena 18 Mac 2011 baru-baru ni.. 23 tahun dah hidup, sejauh mana saya memanfaatkan hidup ni ye? Hhmm.. diri sendiri juga kurang pasti... heheh..


Kebiasaannya, kalau hari birthday saya, tak ada apa pun yang nak diceritakan selain rasa syukur kerana masih berpeluang mengumpul bekalan buat hari esok. Tapi, birthday kali ni, rasa cam lain sikit. Mungkin.

Kenapa yep?


Saya bersama mereka... Mereka yang baru saya kenal beberapa hari. Bukan mahu menyisihkan perasaan saya terhadap orang-orang kesayangan saya yang telah dikenali lebih lama, tapi, nikmat 'memberi' bersama terasa agak istimewa di hati...uhu

17 Mac-19 Mac adalah tarikh saya menjadi fasilitator program BINGKAS di SK Pauh Lima, anjuran CIMB di bawah pengelolaan YAYASAN SALAM. Terima kasih kepada Fifah dan Aizon yang mengajak saya untuk men'volunteer'kan diri meyertai program ni...

Banyak yang saya belajar...

Belajar daripada fasi-fasi senior yang lain, yang secara istiqamah dan penuh dedikasi menjadi sukarelawan untuk program seperti ini di samping sibuk dengan kerja mereka tersendiri.


Terima kasih sudi belikan kek birthday... k'lang-k'yani-k'nat-k'su-nana-fiqa-athirah-fifah-ain-ayu-siti-a'lan-a' zul-a'khai-a'amer-a'nal-en.ghani...

tambah a'J cameraman... ^_^v


Belajar daripada adik-adik darjah 6 yang pelbagai ragamnya...

Adik Nabila yang sangat berani dan mantap ciri-ciri kepimpinannya... "Kak sya, boleh tak kalau saya nak jadi ketua? Saya takut kawan-kawan saya yang lain tak tahu apa nak buat..."

Adik Habib yang sentiasa punya idea yang bernas. Ketika kawan-kawannya telah bersepakat dengan sesuatu perkara, dengan yakin dia masih mengusulkan idea barunya. Namun, tetap menerima dan bekerjasama dengan apa yang telah dipersetujui bersama...

Adik Hakimi yang kurang bercakap, tapi 'berbakat dengan tangannya'. Kreatif melukis dan mencipta 'kasut bertelur'.

Adik Iffat yang berkelakuan seperti kurang menumpukan perhatian dan tak boleh duduk diam, tetapi sebenarnya sangat mengambil berat dengan apa yang perlu dilakukannya. Bersungguh-sungguh dia berlatih 'cheers' seorang diri di belakang...

Adik Alisa yang punya rahsia tersendiri. Kekadang dia banyak cakap. Kekadang dia lari daripada bercakap. Kekadang dia sekadar tersenyum terhadap soalan yang diberi. Ya, dia pasti punya sebab tersendiri berkelakuan begitu.

Adik Ridhwan yang paling sopan. Mungkin, tidak banyak yang dia boleh sumbangkan kepada kumpulan, tetapi tetap bersungguh-sungguh dan memberi kerjasama yang terbaik.

Adik Atikah yang juga agak pendiam, tetapi tetap memberi yang terbaik buat kumpulannya. Juga tahu tahap kemampuannya, tidak sekadar mengikut teman-temannya yang lain apabila ditanya tentang peratus keyakinan untuk memperoleh 5A.

Adik Jannah yang tidak tahu erti putus asa. Masih mahu meneruskan program dan 'degil' tidak mahu pulang ke rumah walaupun tidak sihat.

Adik Nik yang paling kecil dan comel, pemalu dan pendiam, namun sentiasa bersedia menyumbangkan sesuatu dalam kumpulan. Sanggup menjadi model untuk 'kasut bertelur', tahniah nik!


"5A impian kami!" Hakimi-Habib-Ridhwan-Iffat-Nabila-Atikah-Alisa-Jannah-Nik~~~ kumpulan 5-saidina Umar, juara keseluruhan... tahniah adik2! ^_^


Dan adik-adik yang lain yang saya tidak berkesempatan mengenali dengan lebih dekat. Berani mengangkat tangan dan menjawab soalan walaupun kurang pasti dengan jawapan yang akan diberikan. Saya kagum! Kalau saya masa darjah 6 dulu, jangan harap lah. Jangankan darjah 6, umur 23 tahun ni pun.. ada berani?? uhuk...


Itulah sedikit sebanyak... cerita dari SK Pauh Lima. Semoga adik-adik mula melakukan perubahan demi mencapai kejayaan yang diidamkan. Dan saya, insyaAllah , perlu juga melakukan perubahan untuk menjadi yang lebih baik. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk DIA. Bukan saya sahaja, mari bersama, berubah ke arah yang terbaik, untuk ALLAH. Kerana perubahan yang diasalkan untuk DIA, insyaAllah secara tidak langsung adalah baik untuk diri sendiri dan orang lain...

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia "
(Ar-ra'du,13:11)


Fikirkan BOLEH! ^_^


Dah lama tak dengar lagu yang 'biasa dengar' ni kan. Jom dengar semula lagu yang bukan sekadar biasa ni... Engkaulah apa kau fikirkan!


Wallahu'alam....

;)

0 comments:

Post a Comment