Assalamu'alaikum...
hehe... hari ni 22/02/11... ulangtahun seorang sahabat...
NORAZLIANA MOHD NAZRI (ana, betulkan eja nama nih? kalo salah mohon ampun beribu-ribu ampun) nama diberi... panggilan mesra ANA....
Hehe.. sanah helwa ya ukhti...
Hanya doa yang mampu dihulur
Semoga ana sentiasa gembira dan bahagia semalam, hari ini, dan esok, di 'sini', dan lebih-lebih lagi di'sana'...
Hari tu ada org tanya saya...
"sya, besday ana bila dah? terlupa pulak..huhu.."
Terima kasih kepada yang bertanya, tak susah untuk saya sedar dan ingat bahawa hari ini adalah 22/o2... heheh
Jadi, saya mengambil kesempatan 22/02 ni untuk me'ngepost' entry terbaru, istimewa untuk ana..^_^
InsyaAllah akan disusuli dengan entry2 yang lain, memandangkan masa terluang yang agak banyak sekarang ni..huhu..
InsyaAllah, 'where there's a will, there's a way...'
Fathir, 35:11
Ayat ni adalah salah satu ayat kegemaran yang saya kongsi kat sahabat-sahabat di ulangtahun kelahiran. Mengingatkan diri dengan asal usul seorang makhluk Allah bernama manusia. Asalnya daripada tanah, kemudian air mani, yang pada mata pandangan kita sendiri adalah suatu yang hina. Ya, asal kita dari yang hina. Tetapi Allahlah yang mengangkat darjat manusia hina ini. Namun, sedarkah manusia akan hakikat ini?
Sesungguhnya, semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz. Bila dan bagaimana kita terpilih daripada berjuta-juta sperma yang berjuang untuk disenyawakan, dan selama mana pula yang tersenyawa itu mampu hidup di dunia ini, adalah di dalam pengetahuanNya...
Namun sejauh manakah manusia yang terpilih itu memaknakan umur yang diberikan? Benar, segalanya telah ditetapkan. Dan kerana itulah, 'pejuang kehidupan' ini harus terus berjuang untuk menghargai nilai sebuah kehidupan. Apakah nilai sebuah kehidupan? Bak kata tema majalah solusi no. 26, "Dunia hanya benilai apabila dimanfaatkan untuk akhirat"....
Dah lebih 20 tahun hidup, dah berapa tahun pula dunia ini telah dimanfaatkan untuk akhirat? Masih ada berapa tahun lagikah untuk memanfaatkan dunia ini?????
Ya Allah, bolehkah andai hamba meminta sebegini?
"Jangan matikan hamba jika hamba belum layak mencium bau syurgaMu"
Boleh atau tidak, hanya Dia yang Maha Tahu. Kerana segalanya mudah bagi Allah...
Wallahu'alam
Salam sayang...
Take care jugak ana! ^_^v
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
selamat hari lahir, ana!
smg pnjg umur.. tp yg sy tahu, ana xde laptop skrg, kakak dia guna.. apepn, mg nnt ana akan baca entry ni gk...
p/s: sya, sy suka entry awk, ada mesej yg sgt myentuh hati sy.. bkn setakat entry ini, tp entry2 lain gk..
p/s: segala puji hanya bagi Allah.. saya x kan mampu memberi mesej kpd diri sy sendiri, ataupun org lain, melainkan segalanya hanya daripada Allah...
ok,dah lama sgt sy xbukak blog kite...asyik lupaaaa je!:(
aritu pn xingat nak wish kt ana..
SORRYYYY sgt2 kt ana...happy belated birthday my dear ana!semoga tahun ini lebih baik dr tahun2 sblmnya dan lebih dekat kita dgn kematian,lebih kerap juga kita mengingatinya...insyaAllah..
Post a Comment