24 February, 2012

DaripadaNya, kepadaNya...


Bismillahirrahmanirrahim...

"Segala puji bagi Allah yang mendidikku..
dan menghilangkan kebutaan mataku...
dan yang menunjukkan jalan yang lurus..
yang memuliakanku dan meneguhkan hujahku..
selawat dan salam tetap dicurahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w...
sebaik-baik makhluk keturunan manusia,
kepada keluarga, sahabat-sahabat yang mulia,
dan seterusnya orang yang berjalan dijalannya dan mengikutinya...

Ini puisi untuk orang yang berjaya,
yang memiliki cita-cita setinggi bintang di langit,
untuk mereka yang memiliki tekad yang kuat.

Aku persembahkan kepada kamu wahai saudara-saudaraku,
Wahai orang yang mengharapkan kemuliaan,
dan berjalan menggapai Firdaus dan keredhaan,
Dengarlah, kusampaikan nasihat dan kerjakanlah ia,
Berusaha mengerjakannya selagi nyawa dikandung badan...

Aku berlindung kepada Allah daripada rendahnya cita-cita,
lemahnya tekad, hinanya tujuan, buruknya tabiat, dan longlainya jiwa...
Semoga Allah sentiasa memberkati umat seislamku..
Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mulia sebagai tuhan kita,
daripada kelemahan dalam berusaha atau malas..."


~Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni~
(Tajuk buku- terlupa nak salin)



Tak sangka, tiba jugak hari ni. Hari last posting dalam dunia undergraduate medikal...
Tak sangka juga ya, hari esok bakal tiba. Hari pertama 'study leave' untuk peperiksaan terakhir dalam dunia undergraduate medikal...
Tak sangka juga nanti kan... hari bila exam dah habis, hari bila result diumumkan, hari bila kita sudah layak menggunakan DR. dipangkal nama...

Tak sangka, memang tak sangka... 
Walaupun kita selalu je 'tak sangka' itu dan ini, kita tetap juga mahu bersangka... kan?

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” 
H.R. Abu Hurairah

Kerana sesungguhnya,

kita, dan setiap apa yang berlaku dalam hidup hidup kita, adalah daripadaNya..
dan kita, serta setiap apa yang pernah, sedang atau akan lalui, akan tetap jua kembali kepadaNya...


Wallahu'allam


Salam "bertungkus-berlumus" doa, usaha dan tawakkal! 

Buat semua....

:)





ps:
1. 'Post script' mesti kene ada dlm setiap entry, dah jadi hobi or habit? ! ohho
2. Handphone sy 'buat hal'. baru je anta klinik td. salah sy ke, salah dia? saya rasa bukan salah saya.. ;p
3. Laptop sy pun 'buat hal' jgk. terima kasih kpd adinda dee sbb sudi bg along pinjam laptop utk 3 bulan...
4. Tadi 'clinical proficiency test' surgical posting- (pinjam kata2 kwn2- bedebar macam separuh mati, rasa nak termuntah darah, sakit jantung haih!).. yep! x dpt bayang mcmn perasaan masa tunggu turn exam pro nnt... BOLEH! INSYAALLAH!
5. Esok ikut trip ke johor, amek berkat sket..hehe... mabruk cik iz! ^_^
6. Sungguh! Allah maha mengabulkan doa! Alhamdulillah, thank you Allah...!
7.oooppss, hampir tertinggal.. exam countdown: 23 hari!

17 February, 2012

Rindukah?

Berkali-kali tengok pun, tetap mengundang perasaan yang sama... 

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila teringatkan ibu bapa, maknanya rindu la tu kan...terus telefon, dengar suara, borak-borak sekejap, bergelak tawa sekejap, terima nasihat sekejap, dan alhamdulillah, syukur masih punya mereka

Bila rasa dah lama tak dengar khabar kawan-kawan, maknanya rindu la tu kan...  terus tengok perkembangan kawan kat facebook, tinggalkan komen, kalau sama-sama online, chat sekejap, bercerita-ceriti sekejap, bersenyum-senyum walaupun tak dengar suara ataupun berjumpa, dan alhamdulillah,  syukur mereka masih mahu berteman...

Bila rasa dah lama tak berkongsi, maknanya rindu la tu kan... terus cari masa dan idea untuk berkongsi, mujur ada platformnya di sini, tulislah apa-apa yang rasanya berguna buat diri dan juga mereka yang mahu... alhamdulillah, syukur masih mampu bertindak...

Tapi...
Bila masanya timbul rindu pada susuk agung yang terlebih dahulu telah rindu pada diri kita yang sekarang?
Subhanallah...
Bila terbaca kisah-kisah Rasulullah yang hebat...
Bila tertonton video-video berkaitan Rasulullah seperti di atas...
Bila menghadiri ceramah yang bercerita tentang baginda...
Bila semua orang sibuk memperkatakan tentang Rasulullah di ulang tahun kelahirannya....
Bila... 

Bila lagi ye?

Dahulu, sekarang, ataupun nanti, 
semoga rindu itu terus ada...
Ada kerana mahu merindu...
Kerana diri hanyalah hamba yang hina...
Mana mungkin mampu berlagak sombong, 
menolak rindu dari insan mulia seperti Rasulullah....

Sangka kita, kita hina..
Kalau mahu dibandingkan dengan malaikat, nabi, atau sahabat terdahulu,
tapi kata Baginda, 

Kita adalah mulia!

Mari terus berselawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w
Mari terus bersama mengamalkan sunnahnya..


Wallahu'alam..




ps:
1. pro exam countdown: 29 hari=4 minggu; stress level: 8/10
2. mendapat serangan jerawat yg b'tubi-tubi. Bukan x nak amek kisah, tapi banyak lagi benda lain nak kena pikir.. x pe, Allah x memandang rupa.. heh? haha.. 
3. saya suka baca tulisan sahabat-sahabat saya... suka sangat! :)
4. palpitation... 

06 February, 2012

Blogging

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum w.b.t....





Dah lama tak meninggalkan jejak di sini...

Kenapa?

Sibuk?
Malas?
Bosan?
Laptop rosak?
Tak sihat?
Tak tahu kenapa?

:) Senyum, dan senyum lagi.. Senyum dengan diri yang suka untuk mencari dan memberi pelbagai alasan untuk setiap perkara.. Senyum juga dengan diri yang masih mampu untuk tersenyum kerana rahmat dan kasih sayang Allah.

Alhamdulillah! Sesungguhya semuanya daripada Allah...


What??

Ape die? Apa yang nak disampaikan sebenarnya?
Huhu... sorry... tak tahu nak tulis apa sebenarnya... cuma rindu untuk menulis di sini. Biarpun setiap tulisan saya kadang-kadang tiada makna dan tak bernilai pun.. Cukuplah sekadar bernilai buat saya..^^

Apa kaitan dengan tajuk? Entah... nngee...

Saya bukanlah seorang blogger tegar
Bukan juga seorang yang cukup baik untuk dijadikan contoh
Tapi saya lebih suka bukak blog daripada bukak facebook
Walaupun kat blog ni tak ada ape-ape berbanding fb yang ada macam-macam..
Blogging lebih memberi ketenangan..
Terima kasih kepada blogger2 kegemaran saya yang tidak pernah jemu berkongsi
walaupun saya hanyalah berperanan sebagai silent readers..
Kadang-kadang (baca:kerapkali) saya ragu-ragu untuk menulis. Bila saya rasa saya tak buat apa yang saya war-warkan kat orang apa yang sepatutnya kita buat. Maka terluahlah alasan-alasan di atas. Tapi, tetap, saya tidak mahu berhenti untuk menulis di sini...!

Menulis hanyalah sebenarnya lebih kepada diri sendiri. Yang 'kadang-kadang sentiasa' lupa dan alpa. Alpa dengan keindahan dan tipu daya dunia. Lupa bahawa hidup bukanlah sekadar bernafas, makan, minum dan tidur. Lupa bahawa hidup adalah sebuah amanah. Amanah untuk memaknakan sebuah kehidupan...

Saya mahu memaknakan kehidupan yang singkat ini bersama-sama mereka yang juga mahu memaknakan kehidupan. Ya, mahu!  Tapi kenapa, kadang-kadang bahagia dan ketenangan itu terasa sukar untuk digapai. Kenapa?

Cinta di hati belum benar-benar milikNya... ia kah?
Setiap tindakan dan keputusan yang diambil sehari-hari belum semata-mata keranaNya... benarkah?

Mudah untuk belajar teori. Tapi bukan mudah untuk mempraktikkan teori.. kan?

Tapi 'susah' itu bukan bererti berhenti berjuang.. kan? Langkah perlu diteruskan. Usaha harus lebih digandakan. Biarpun susah, yakin dan percaya itu penting... bahawa janji Allah itu pasti!

Kata master oogway dalam kungfu panda, "You just need to believe"...

I believe that this is one of the dreams that i want. and I believe that WE  are going to make it!  Gambatte! :)

Hadis ini cukup besar maknanya bagi saya di saat dan ketika ini...

"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpamu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata 'Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu' akan tetapi katakanlah, 'Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan' kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan" 
(HR Muslim)


Selalu je tak dapat lari dari menggunakan perkataan 'kalaulah'...

"Kalaulah buat assignment awal-awal, mesti tak kalut macam ni...
Kalaulah letak jam tangan kat dalam beg tadi, takde la tertinggal dan hilang...
Kalaulah tak padamkan jawapan A dan pilih B, dah betul dah jawab...
Kalau tidur awal pun malam semalam, takdelah terlewat bangun...
Kalaulah bawak kereta betul-betul, mesti tak accident ni...
Kalaulah... blablabla..."

Kan?

Selagi nafas masih dipinjamkan Allah,
Selagi kudrat masih diizinkan Allah,
Selagi masa masih diberikan Allah,
Selagi itu diri harus terus berusaha dan bertindak...

Ya, kalimat 'seandainya' membuka amalan syaitan..
Perasaan malas, lemah dan putus asa mungkin sifat kegemaran syaitan yang selalu 'menang' di hati manusia, termasuk manusia bernama saya...

Astaghfirullaha'azhim 3x...

Mahu terus kuat dan bersemangat, walaupun seringkali kalah dengan tipu daya nafsu sendiri
Mahu terus berharap dan berdoa hanya pada Allah
Mahu terus yakin dan bersyukur dengan setiap kurniaan dan ketetapan dari Allah
Mahu terus memburu cintaNya sehingga benar-benar melengkapi seluruh hati...


dan mahu untuk terus 'menghargai' di sini.... :)


Dengan izin Allah, insyaAllah!


Nak jugak letak gambar bersama terlatest ni..hehe..norma-diha-husband kema-kema-alia-sya-dayah-aina-didi-farhan.. alhamdulillah, best sgt dpt jumpa korang hari tu! So, next  wedding candidate is....  alia? ^^

Wallahua'lam..

:)




ps:
1. Alhamdulillah, entry pertama untuk tahun 2012! Tq Allah... :)
2. Final Professional Exam Countdown : 43 days! positive stress level: belum 15/10! ohho.. risau gak nih..
3. Hhhmm... ramainya sahabat2 yang dah/nak kawin/tunang.. jeles la jgk, siket.. :p
4. Semoga dipermudahkan segala urusan buat semua.... amin.. ^_^
5. Salam Maulidur Rasul... :) ^_^ :)