13 November, 2010

MUSIM IMTIHAN



SALAM SAHABATI,

buat mereka(saya sendiri) yg sedang dan akan menjalani peperiksaan akhir,saya ingin mengucapkan;

SALAM IMTIHAN.

BITAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN=)


tidak lupa juga buat sahabat2 yg telah tamat pengajian dan menunggu peluang kerjaya datang menjenguk,selamat berjuang dgn masa lapang yg ada!

sesungguhnya rezeki itu tetap akan datang,cuma lambat atau cepat sahaja penentunya..
Allah telah menetapkan segala hikmah di atas setiap perkara yg berlaku.banyakkan bersabar,sabar itu tiada batasnya :)

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran"
(al-asr;1-3)

Subhanallah!
Allah telah bersumpah dalam serangkap ayat yang sangat besar maksudnya. hanya kita yg selalu lupa akan nikmat-nikmatnya..


akhir kata, mari kita sama-sama panjatkan doa ke atasNya..minta kalian doakan kejayaan saya dalam exam,insyaAllah saya juga akan doakan kesejahteraan dan kelapangan rezeki untuk kalian.
^_^

salam sayang,
aliaaila.

12 November, 2010

Awak...


kalau 1 hari nanti awak nak menangis..bgtau saya
saya tak janji boleh buat awak tersenyum
tapi saya bleh menangis bersama awak
kalau 1 hari nanti awak ada masalah..bgtau saya
saya tk janji boleh bg penyelesaiannya
tapi awak boleh berkongsi dengan saya
kalau 1 hari nanti awak ingin berjalan pergi...bgtau saya
saya tak janji boleh halang awak
tapi saya boleh berjalan bersama awak..
kalau 1 hari nanti awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak...bgtau saya
saya janji akan ada disisi awak.....
TAPI....
kalau 1 hari nanti awak perlukan saya dan saya tiada......
mungkin kerana saya lebih memerlukan awak ketika itu.....
atau..
mungkin juga saya telah tiada...........

09 November, 2010

HAHAHA!!!!! BERJAYA...!!!

Hahaha... terima kasih sya. Dengan bantuan dari sya dan dayah gak, berjaya ana post entry ana yang pertama kat blog bersama ni...arigatougozaimasu, deh!!! kalau ikutkan ati, dah lama gak ana try2 nak post entry kt blog ni. dah berlonggok entry yang ana nk try post (ada la 2-3 entry yang kalau ikutkan dah expired dah topik tu..hehe). tapi disebabkan kekangan itu ini...baru sekarang InsyaALLAH ana boleh post entry2 terbaru.















Perkembangan terbaru lepas bergelar graduan??? Nampaknya lepas masuk bulan ke-6 ana bercuti panjang ni, perkembangan ana memang berkembang pesat. Bagai dipam-pam. hehe...nak wat camne, sejak duk kat umah je selera jadi bertambah-tambah. wat masa sekarang keje ana adalah bibik separuh masa je. hehe...mengasuh syifa' la, sape lagi (hehe...rasanya sume dah tahu dah ni). Disebabkan kekangan yang mungkin timbul atas kesilapan diri sendiri, ana mungkin posting lewat dari kawan-kawan yang laen..isk3..tapi xpe sebab kalau dah rezeki ana jd cikgu, lambat laun ana jadi cikgu gak, tak g2 dayah?haha...ada hikmahnya sume ni. Rasanya takat ni dulu la buat permulaan dari ana. InsyaALLAH, ana akan mula mengaktifkan blog kita bersama ni. ana pohon maaf kat sume ahli blog bersama ni (sya, dayah & lia) sebab ana tak pernah mengaktifkan blog ni dulu..emm...pe lagi ek???dah la kot...hehe

08 November, 2010

Healing




Assalamualaikum...
Rindu untuk menulis
Banyak sebenarnya yang perlu dihargai, untuk dikongsikan
Tetapi nampaknya diri lebih suka menjadikan 'masa' sebagai alasan...

Sedang 'sibuk' menyiapkan case write up (cwu) orthopeadics
Ada 2 cwu yang deadlinenya hujung minggu ni
Saya ada masa 6 minggu untuk siapkan, tapi baru start buat minggu lepas...
Hampir siap 1, baru start yang 1 lagi
Bertangguh lagi
Bertangguh lagi
Dan bertangguh lagi...

Dalam tungkus lumus saya menyiapkan tugasan,
sempat lagi tu, tengok serita korea malam semalam
kononnya, nak memecahkan kebosanan... sya2...
manusia b'alasan...

Dan sekarang,
saya sedang menulis di sini..
diberi kekuatan oleh Dia
disuntik semangat oleh seorang sahabat yang sedang kerinduan
diingatkan dengan lagu di atas...
didorong pula oleh kebosanan membuat CWU.. hehe..
sekadar berkongsi, untuk peringatan buat diri

Healing...
first time dengar lagu ni kat iluvislam...
hmm... dah lama tak bukak iluvislam...
hmmm... apa lagi alasan yang saya nak bagi?
lalaallalalalaaa... =p

Healing...
setiap rangkap yang cukup indah...
kerana fitrah seorang manusia...
fitrah yang kekadang terlupa, atau sengaja dilupakan...


My last words,

LET'S HEALING TOGETHER...!
LET'S HEALING EACH OTHER...!


Salam rindu buat sahabat2 yang merindu...

Wallahu'alam
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

^_^