29 May, 2010

Happiness



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagiNya kerana memberi saya kesempatan dan kekuatan untuk berkongsi lagi di sini. Perasaan rindu untuk menulis sentiasa ada. Kerana dengan penulisan inilah, saya berpeluang untuk muhasabah diri. Muhasabah kerana setiap saat yang kita lalui adalah merupakan proses pembelajaran. Setiap apa yang kita alami atau lakukan mempunyai seribusatu hikmah yang hanya dapat dihayati oleh mereka yang berfikir. Banyak yang telah saya belajar. Sama ada saya benar-benar mahu menghargainya ataupun tidak, terpulanglah pada diri saya. Dan segala kekuatan yang saya ada untuk terus menghargai, belajar, serta mengamalkan setiap pelajaran dunia ini, hanyalah daripada Allah s.w.t. Memberi alasan tiada masa, mungkin boleh. Memang sifat seorang manusia, 24 jam sehari tidak cukup. Namun hakikatnya, andai masa kita ditambah kepada 100 jam sehari pun, masa tidak pernah cukup untuk kita. hhhmmm.. itulah kita. Dan hakikat yang sebenarnya juga, bukan kuantiti masa yang harus dipersoalkan, tetapi kualiti masa yang perlu dimuhasabah kembali...


Happiness???

Dalam tempoh yang terdekat ini, saya telah berulang kali diingatkan oleh Allah tentang makna sebuah kebahagian. Happiness. What does happiness mean? What do we need to do to be happy? Is doing something we love to do surely make us happy? Well, are we really deserved to be happy? Is it???

Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqarah : 62)



The Wise Old Man




  1. Free your heart from hate
  2. Free your mind from worry
  3. Live simple
  4. Give more
  5. Expect less

Terima kasih kepada Pn Maznah, pensyarah modul ZT Pengurusan Masa yang sedang saya ambil sekarang, kerana memperkenalkan saya dengan this 'the wise old man'. 5 kunci kebahagiaan yang mungkin nampak mudah, tapi mungkin juga bukan mudah untuk diamalkan. Namun, tiada apa yang mustahil, anything is possible, as long as you have a strong desire to DO, and insyaAllah Allah will do it for you.

How do I served?

Setelah Pengurusan Masa pada hari sabtu yang lepas, Allah sekali lagi mengingatkan saya. Rabu lepas, kuliah Prof Muhaya (opthalmologist) sekali lagi menyedarkan saya. Prof Muhaya yang memang terkenal dengan motivational talk banyak menggunakan kuliah beliau pada hari itu untuk memotivasikan kami. She is a very positive person. Positivity which can attract people to a positive world. Positive, positive and positive. Ada 7 tips daripada prof:

7 things I want to practise everyday:
  1. I want to be creative, not competitive
  2. I want to be kind, rather than right
  3. I want to be loving
  4. I want to be gentle
  5. I want to be generous
  6. I want to improve everyday
  7. I want to accept people for what they are

It is all about giving. Serving. Serve as a servant. Indeed, we are servants. Servant of Allah. To be happy, is to serve. Serve others, so that they are happy, and only with that, we will be happy. Nothing in the world would make we happy other than seeing others happy.

(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.( Al Baqarah:112)

Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barang siapa yang bertakwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Al-‘Araf:38)

Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi kabar gembira dan memberi peringatan. Barang siapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Al-An’am:48)


And thus, everytime we wake up every morning, lets ask our own self...


HOW DO I SERVED TODAY???


And then, "owhh, I'll start with Alhamdulillah, i'm still alive, and I'm still able to serve. Ok, I'll start with serving Him. Going for Subuh prayer... ok, what else can I do? hmm.. I can do anything. I'm going to serve. and I love to serve. Love so that I am happy. Being happy all the way through my journey towards my Master. My Lord. My Allah... owwhh, it is so nice to be happy.. " ^_^

Happiness is not a something that just easily come to us. It is something that we choose. It is a choice. A choice to perceive. We may perceive a bad thing as a happiness if we choose it to be. And thus, choose to be happy!

Myspace Happiness Graphics QuotesAlign Center

Myspace Quotes Graphics


Dan tip dari saya, untuk diri saya sendiri dan semua. Mulakan memilih untuk bahagia dan gembira dengan senyuman. Apabila sedih ke, marah ke, bosan ke, tak ada mood ke, senyum! senyum untuk diri sendiri. And you know what? It does help! I regain my mood and start to perceive it in a happy mode... huhu.. masih mencuba dan insyaAllah terus mencuba..




(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Rad:28)

Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati". (Al-Baqarah: 38)


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Al-Baqarah: 277)


^_^ Wallahu'alam...















05 May, 2010

Maafkan daku



Saya rindukan seorang sahabat ini. Rindu kerana saya bukan seorang sahabat terbaik untuknya. Maafkan saya. Saya tidak mampu memberi yang terbaik kepadanya. Kerana saya belum cukup bijak mendidik hati dan perasaan, untuk memujuk hati dan perasaannya. Maafkan daku wahai teman...

Saya sebenarnya tidak bercadang untuk menulis apa-apa, dengan alasan banyak lagi yang perlu dibaca untuk hari esok dan esok. Namun, seorang sahabat yang lain mendetikkan hati saya untuk menyampaikan perasaan ini di sini. Daripada yang terdetik itu juga saya suka untuk meminjam kata-kata daripada ustaz Hasrizal di dalam artikelnya yang bertajuk 'KalaulahTidak Kerana Syurga',

“Keresahan fizikal, mental, emosional dan spiritual, adalah satu mekanisma semulajadi yang ada di dalam diri sebagai mengajak kita untuk kembali ke asal. Letih fizikal mengajak kepada rehat untuk kembali ke tenaga asal, atau kembali ke ’saiz asal’. Keresahan mental mengajak kepada pendamaian fikiran dengan memahami sesuatu pada asasnya. Keresahan emosional adalah manifestasi kerinduan justeru pulanglah ke asal di kampung, pulanglah kepada ibu dan bapa dan pulanglah ke rumah dan rumahtangga. Keresahan spiritual menandakan jiwa sudah jauh meninggalkan asal. Pulanglah kepada Tuhan, kerana asalnya kita dekat dengan Dia”




Wahai sahabat, sungguh daku rindukan suaramu. Suara yang mungkin mengundang debar, resah, gelisah kepada diri ini, di ketika ini. Namun daku tahu daku belum cukup berusaha untuk mendengar suaramu. Sekali lagi, maafkan daku...

Bolehkah sekadar membiarkan masa yang menentukan? Mungkin itulah yang terbaik. Hanya doa yang mampu daku panjatkan buatmu. Sesungguhnya Allah kasih, sayang, dan cinta akan hamba-hambaNya. Dan cara Dia menyampaikan rasa itu berbeza kepada setiap hamba-hambaNya. Kerana hanya Dia yang paling mengenali setiap hamba ciptaanNya... dan sebagai hambaNya, bagaimanakah pula kita menyampaikan apa yang patut kita sampaikan padanya?

Maafkan daku...

Wallahu'alam...

03 May, 2010

Senyum...



Terima kasih Allah atas kesempatan yang singkat ini. Bermakna dan penuh kenangan!