06 February, 2012

Blogging

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum w.b.t....





Dah lama tak meninggalkan jejak di sini...

Kenapa?

Sibuk?
Malas?
Bosan?
Laptop rosak?
Tak sihat?
Tak tahu kenapa?

:) Senyum, dan senyum lagi.. Senyum dengan diri yang suka untuk mencari dan memberi pelbagai alasan untuk setiap perkara.. Senyum juga dengan diri yang masih mampu untuk tersenyum kerana rahmat dan kasih sayang Allah.

Alhamdulillah! Sesungguhya semuanya daripada Allah...


What??

Ape die? Apa yang nak disampaikan sebenarnya?
Huhu... sorry... tak tahu nak tulis apa sebenarnya... cuma rindu untuk menulis di sini. Biarpun setiap tulisan saya kadang-kadang tiada makna dan tak bernilai pun.. Cukuplah sekadar bernilai buat saya..^^

Apa kaitan dengan tajuk? Entah... nngee...

Saya bukanlah seorang blogger tegar
Bukan juga seorang yang cukup baik untuk dijadikan contoh
Tapi saya lebih suka bukak blog daripada bukak facebook
Walaupun kat blog ni tak ada ape-ape berbanding fb yang ada macam-macam..
Blogging lebih memberi ketenangan..
Terima kasih kepada blogger2 kegemaran saya yang tidak pernah jemu berkongsi
walaupun saya hanyalah berperanan sebagai silent readers..
Kadang-kadang (baca:kerapkali) saya ragu-ragu untuk menulis. Bila saya rasa saya tak buat apa yang saya war-warkan kat orang apa yang sepatutnya kita buat. Maka terluahlah alasan-alasan di atas. Tapi, tetap, saya tidak mahu berhenti untuk menulis di sini...!

Menulis hanyalah sebenarnya lebih kepada diri sendiri. Yang 'kadang-kadang sentiasa' lupa dan alpa. Alpa dengan keindahan dan tipu daya dunia. Lupa bahawa hidup bukanlah sekadar bernafas, makan, minum dan tidur. Lupa bahawa hidup adalah sebuah amanah. Amanah untuk memaknakan sebuah kehidupan...

Saya mahu memaknakan kehidupan yang singkat ini bersama-sama mereka yang juga mahu memaknakan kehidupan. Ya, mahu!  Tapi kenapa, kadang-kadang bahagia dan ketenangan itu terasa sukar untuk digapai. Kenapa?

Cinta di hati belum benar-benar milikNya... ia kah?
Setiap tindakan dan keputusan yang diambil sehari-hari belum semata-mata keranaNya... benarkah?

Mudah untuk belajar teori. Tapi bukan mudah untuk mempraktikkan teori.. kan?

Tapi 'susah' itu bukan bererti berhenti berjuang.. kan? Langkah perlu diteruskan. Usaha harus lebih digandakan. Biarpun susah, yakin dan percaya itu penting... bahawa janji Allah itu pasti!

Kata master oogway dalam kungfu panda, "You just need to believe"...

I believe that this is one of the dreams that i want. and I believe that WE  are going to make it!  Gambatte! :)

Hadis ini cukup besar maknanya bagi saya di saat dan ketika ini...

"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpamu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata 'Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu' akan tetapi katakanlah, 'Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan' kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan" 
(HR Muslim)


Selalu je tak dapat lari dari menggunakan perkataan 'kalaulah'...

"Kalaulah buat assignment awal-awal, mesti tak kalut macam ni...
Kalaulah letak jam tangan kat dalam beg tadi, takde la tertinggal dan hilang...
Kalaulah tak padamkan jawapan A dan pilih B, dah betul dah jawab...
Kalau tidur awal pun malam semalam, takdelah terlewat bangun...
Kalaulah bawak kereta betul-betul, mesti tak accident ni...
Kalaulah... blablabla..."

Kan?

Selagi nafas masih dipinjamkan Allah,
Selagi kudrat masih diizinkan Allah,
Selagi masa masih diberikan Allah,
Selagi itu diri harus terus berusaha dan bertindak...

Ya, kalimat 'seandainya' membuka amalan syaitan..
Perasaan malas, lemah dan putus asa mungkin sifat kegemaran syaitan yang selalu 'menang' di hati manusia, termasuk manusia bernama saya...

Astaghfirullaha'azhim 3x...

Mahu terus kuat dan bersemangat, walaupun seringkali kalah dengan tipu daya nafsu sendiri
Mahu terus berharap dan berdoa hanya pada Allah
Mahu terus yakin dan bersyukur dengan setiap kurniaan dan ketetapan dari Allah
Mahu terus memburu cintaNya sehingga benar-benar melengkapi seluruh hati...


dan mahu untuk terus 'menghargai' di sini.... :)


Dengan izin Allah, insyaAllah!


Nak jugak letak gambar bersama terlatest ni..hehe..norma-diha-husband kema-kema-alia-sya-dayah-aina-didi-farhan.. alhamdulillah, best sgt dpt jumpa korang hari tu! So, next  wedding candidate is....  alia? ^^

Wallahua'lam..

:)




ps:
1. Alhamdulillah, entry pertama untuk tahun 2012! Tq Allah... :)
2. Final Professional Exam Countdown : 43 days! positive stress level: belum 15/10! ohho.. risau gak nih..
3. Hhhmm... ramainya sahabat2 yang dah/nak kawin/tunang.. jeles la jgk, siket.. :p
4. Semoga dipermudahkan segala urusan buat semua.... amin.. ^_^
5. Salam Maulidur Rasul... :) ^_^ :)




2 comments:

madziani said...

Salam,

sya, sebenarnya menulis tidak semestinya panjang lebar. Tulis beberapa kerat ayat pun dah ok. Ani bukanlah orang yang terbaik untuk bagi nasihat ni, ani pun bukan blogger tegar, cuma satu ayat yang disampaikan yang bisa menyentuh hati-hati adalah baik, walaupun ayatnya tak sedap. Heh.

Orang yang bijaksana akan lebih terkesan dengan bisikan berbanding jeritan- Pahrol Mohd Juoi.

Dan, walau apa yang ditulis kita takut kita tak buat, maka tulislah dulu. Mungkin dengan bermula dengan menulis inilah kita tergerak untuk mengamalkannya. Siapa tahu kan? Kerana Allah yang memegang hati-hati kita :)

Part dalam proses menempuh fasa baru tu, hambo dok berani nok komen, hambo pun single and available, haha. Tapi ani paling suka nasihat seseorang, doakan yang terbaik untuk mereka yang bertemu dan berpisah pada jalan Allah, InshaAllah they'll do the same for you.

ImimaysroN said...

Ani, terima kasih!
Ku terima kasih mu, dan terimalah kasihku.. heh

hehe..

All the best untuk kita semua... :)

Post a Comment