08 March, 2011

Surprise!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Surprise?
Hehe.. surprise la sangat... heheh

Entry ni, ber'label' birthday.
Birthday siapa?

Seorang sahabat. Nur 'Afifah Mohd Ghazi...

Kenapa surprise yep?


Sebab saya baru wish... haha..
Tak sempat jadi orang paling first, so nak jadi orang paling last... hehe...
Saja, tak de keje... jangan marahh ye fifahku sayang... ^_^v

Saengil chukha hamnida! hehe... laen siket.. walaupun kita 'biasa-biasa' saja dengan drama korea, sekali sekala, kira ok lah.. hahah, ye ke? entah... huhu...hmm.. tengok gamba ni kan, yang lama je ada. ternyata gambar kita bersama sejak 2 tahun yang lepas agak kurang..huhuk

Ok, serius2...hee

Selamat ulang tahun ke 23...
Semoga dirimu sentiasa bahagia dan gembira di samping cinta-cintamu
Semoga dirimu terus berjaya mencapai matlamat hidup, di 'sini', apatah lagi di'sana'..
Semoga kita terus bersahabat, atas nama cinta yang Agung, cinta Illahi, insyaAllah

Maafkan segala kesalahan diri yang serba kekurangan ini...
Andai pernah mengguris hati (eh, kena potong 'andai' tu.. ^_^)
..... (kata kak alang: tak mo, tak mo, dah besar, dah besar... hehe...)


*************************************************************************************

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.

( Ali ‘Imran 3:185)


Semakin umur meningkat saban tahun, semakin dekat jugalah manusia untuk kembali kepada Pemiliknya. Semoga kita semua sentiasa tahu untuk menghargai setiap saat nafas kurniaan Allah ini... Tahu, dan faham melalui tindakan, kerana tindakan itulah yang akan membawa kita bertemu Allah di akhirat kelak. BertemuNya melalui sebuah kemenangan atau sebaliknya, kita sendiri yang memilihnya, dengan izin Allah... 'Tahu' sudah, 'faham' juga mungkin sudah, namun mungkin kita sering terlupa bahawa kehidupan dunia hanyalah kesenangan sementara yang memperdaya. Semoga lupa kita tidak menyebabkan kita terlambat merebut peluang bertemu Allah di SyurgaNya...


Selingan@penutup... heheh

Di suatu tengah hari di majlis perkahwinan bertema ungu.. terserempak dengan Fifah bersama mak dan adik. Saya pun bersalaman dengan mak fifah...

Makcik: Sya bila pulak?
Saya: Eh, Fifah dulu makcik...
Makcik: Awak la dulu, kan lagi kakak daripada fifah...
Saya: Fifah dulu makcik, fifah lagi tua 10 hari daripada saya
Makcik: Iye? tahun 88 jgk?
Saya: Aa...
Makcik: :)
Saya: ^_^

Ok, sekian.. semoga dipermudahkan segala urusan buat 'kak fifah yang lebih tua 10 hari tapi nampak kurang matured daripada adik sya yang lebih muda 10 hari'

heheh... smile... peace... ^_^v



p/s: nak letak lagu, tapi tak tau nak letak lagu ape. nak lagu ape? dipilih, dipilih...

1 comments:

nana said...

as salam,
comel nye entry ni sya..hihi...
setuju dgn statement sya ".....nampak kurang matured daripada adik sya..."
hehe...fifah..jgn marah ye..gurau2.. ;)

Post a Comment