26 March, 2011

Kecil tapi Besar

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamua'alaikum...

Alhamdulillah, berkesempatan untuk menulis lagi di sini.. Kisah kali ni, plannya nak tulis beberapa miggu yang lepas, selepas insiden ni berlaku, tapi nampaknya agak tertangguh sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah, Allah beri juga kekuatan untuk tulis, sebab kisah ni, saya tak mahu lupa...

Bukan kisah yang luar biasa pun, hanya kisah yang biasa-biasa...


KECIL tapi BESAR...

Pada suatu pagi, saya menjalankan tugas saya sebagai seorang pelajar perubatan tahun 4 seperti biasa. Seperti biasa di sini bermaksud rutin yang saya telah lakukan selama hampir 3 minggu. Menyelesaikan tugasan Special Study Module (SSM). Buat sahabat-sahabat yang tidak tahu, SSM ni semacam buat thesis. Saya dan 4 lagi ahli kumpulan yang lain perlu membuat satu kajian, lepas tu analisis dan last sekali present. Buat masa sekarang, kami tengah kumpul data.

Caranya, saya akan ke klinik Ear Nose Throat (ENT) setiap pagi. (Dalam tempoh hampir 3 minggu ni, hampir tiap-tiap hari kot). Lepas tu, saya akan cari mana-mana pesakit yang ada Allergi Rhinitis (AR@resdung). Cari dengan melihat di dalam rekod setiap pesakit. Then, saya akan interview lah patient tu, tanya symptoms yang mereka ada, dan minta mereka tunjukkan cara mereka menggunakan nasal spray...

Nak dijadikan cerita... di pagi Rabu ni, saya dengan semangat yang berkobar-kobar pergi lah klinik macam biasa. Saya pun mula membelek rekod patient satu per satu, mencari patient AR. Kenapa saya'boleh' belek rekod patient tu? Sebab melalui pemahaman yang saya ada, student dibenarkan membelek dan melihat rekod patient yang sebenarnya 'private & confidential' tu atas tujuan untuk belajar. So saya dengan selambanyalah terbongkok-bongkok meneliti fail-fail patient tu, dengan tidak mempedulikan doktor (medical officer (MO)) yang sedang bertugas memeriksa pesakit. Dengan harapan, doktor tu tahu, saya ni student, datang klinik ni nak buat kerja yang saya perlu buat. Sebab tu dia buat dek je bila saya tengah tengok fail, so saya assume, dia tak kisah. Masa awal-awal dulu, saya buat kerja ni dengan sorang kawan Chinese. Masa awal-awal tu, ada la perkenalkan diri dulu. Tapi sekali tu je la. Bajet la, doktor dah kenal kita kan... hhmmm, bajet...

Ok, seterusnya... sampai lah saya kat klinik seorang specialist ni. Specialist yang pada mulanya membuatkan saya teragak-agak untuk membuka fail patient yang ada kat klinik beliau. Kenapa? Sebab Mr. J ni agak terkenal dengan cara mengajar yang lain dari doktor yang lain. Tegas ke? Ke garang? ataupun scary? hakhak...

Mula-mula, saya takut jugak la nak tengok fail kat klinik Mr. J. Saya tahu dah, sebenarnya, seeloknya saya mintak kebenaran daripada Mr. J dulu. Tapi tak tahu la kenapa, saya tak buat tu. Mungkin saya menganggap reaksi Mr. J sama dengan MO yang lain. Ataupun, mungkin sebab saya harap Mr. J ingat muka saya yang buat pertama kalinya pernah perkenalkan diri 3 minggu yang lepas bersama kawan chinese tu... Hmmm.. Jadi saya bersama harapan-harapan palsu ni meneruskanlah agenda yang biasa saya lakukan, melihat fail patient di klinik Mr. J...


TIBA-TIBA....



Mr. J: WHO are you?????????? Looking at my patients' file without my permission!

Saya: {gulp! speechless... as expected!} um.. (membetulkan suara)

Mr. J: I don't know you! Even I can guess that you are a medical student, but you can be anyone else.. Maybe you are a lawyer, looking for mistakes i've done.. or anybody disguising as a medical student..

Saya: Sorry Mr. J. I'm Syamimi, 4th year medical student. I'm looking for patient with allergic rhinitis for my SSM... So, may I look at your files?

Mr. J: Oook.. you know, what is the purpose we teach you PPD (personal & professional development), when you don't even know how to greet people and ask permission.... I'm usually don't like to get mad early in the morning, but this really irritates me.. (ada lagi, tapi ni je yang saya ingat.. hee)

Saya: Sorry Mr. J, I admit my mistakes.. (nak terangkan sebenarnya, dah ada kat klinik ENT ni sejak 3 minggu yang lepas, dan dah pernah jumpa Mr. J masa minggu first, tapi.. tak terkeluar dalam bentuk perkataan.. uhuk)

Yes, I do admit my mistakes. Eventhough you've met the same person for many times, still, you have to greet them!



Dan saya meneruskan tugas saya setelah mendapat kebenaran dan pengajaran. Setelah selesai,


Saya: Thank you Mr. J.

Mr. J: ok, no problem. See, that sounds better isn't it? Greeting people...



Waaahh.. saya suka Mr. J (ooopss, tiba-tiba pulak.. maaf.. ^^v)



Itulah kisahnya.. biasa-biasa je.... tapi besar maknanya bagi saya...
Hari jumaat kemudiannya, saya bertugas lagi di klinik ENT. Dan saya tidak akan menyentuh fail patient selagi saya belum berkesempatan mengucapkan salam, memperkenalkan diri dan meminta kebenaran daripada doktor bertugas. Dan.... doktor-doktor tu siap tolong saya lagi carikan patient AR yang saya nak. Dan... hari jumaat tu, (hari terakhir saya buat SSM sebelum pulang ke kampung) adalah hari yang saya paling banyak dapat patient yang menepati kriteria berbanding hari-hari sebelum ni. Dan semua patient tu, mesra, ramah dan sangat bekerjasama... Alhamdulillah! Segala puji hanya bagi Allah!

Keberkatan tu ada.... kan?



Nota buat diri....



Teringat status yang saya post kat facebook beberapa hari sebelum peristiwa ni..

“Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Dan tidaklah kamu beriman sehinggalah kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan suatu amalan yang jika kamu kerjakan nescaya kamu akan saling menyayangi? Tebarkanlah salam di antara kamu.”
(Imam Muslim
)


yang saya copy dari blog Abu sakeena (ustaz adnan@ayah nae@ my bapa saudara ^^)


Teringat pula salah satu ayat cinta dari Pemilik Cinta

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah jika kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."(As-Saff 61:2-3)



Mungkin, perkara kecil kan? Bagi salam je pun, buat apa la nak kecoh-kecoh. Tapi sebenarnya yang dianggap kecil itu rupa-rupanya besar maknanya. Asas untuk saling sayang-menyayangi. Yang juga asas untuk sebuah keimanan yang akan membawa ke syurga... siapa sangka, kan? Sungguh, Allah itu Maha Pemurah. Amalan yang 'nampak kecil' ini besar manfaatnya. Apatah lagi amalan-amalan yang memang 'tersedia nampak besar'.Tetapi manusialah yang sentiasa lupa akan hakikat ini. Sebagaimana saya, yang hanya tahu berkongsi hadis Rasulullah s.a.w ini, tapi lupa untuk mempraktikkanya dalam aktiviti seharian. Kalau nak suruh bagi sebab dan alasan kenapa, pasti ligat mencari alasan. Tapi apa guna mencari dan memberi alasan jika akhirnya diri sendiri yang terzalimi... Sekali lagi, manusia ini tahu, tetapi tetap juga menzalimi diri sendiri.... Astaghfirullahal'azhim...



Wallahu'alam... salam muhasabah...

Assalamu'alaikum.... ^_^



2 comments:

wardah said...

tq kak mimi..:)
ingatan yang baik, kte pun kdg2 malu2 je nak tegur lecturer. Takutlah, seganlah..bila fikir balik, wtpe nak malu or segan or takut...perkara baik..

ImimaysroN said...

aa.. takut lah, segan lah.. alasan biasa kan.. ok, lps ni x mo takut2 or segan2.. hehe
fighting! ^_^

Post a Comment