25 February, 2011

Saya yang rupanya belum sanggup...

Kata Allah...


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir" (Al-Baqarah, 2:286)

"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekedar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni surga; mereka kekal di dalamnya" (Al-'Aaraf, 7:42)

"Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya." (Al-Mukminun, 23:62)


Kata saya...

Rupa-rupanya, saya belum cukup sanggup. Belum cukup kuat. Belum cukup tegar...

Untuk apa?

Untuk menerima ujian seperti sahabat-sahabat lain. Sahabat yang sebenarnya telah sanggup untuk dibebani ujian yang cukup menguji jiwa dan raga.

Tidak lulus dalam peperiksaan posting. Siapa yang mahu untuk tidak lulus? Semua pasti mahu lulus! Dan saya, alhamdulillah di beri kelebihan lulus dalam peperiksaan baru-baru ini...

Benarkah ia satu kelebihan? Entahlah. Mungkin ya. Lulus adalah sesuatu yang menggembirakan. Tak perlu habiskan masa cuti untuk mengulang posting. Tak perlu mengulangkaji pelajaran dimasa yang sepatutnya cuti. Tak perlu menduduki peperiksaan buat kali kedua. Boleh buat apa sahaja sesuka hati. Apa lagi ya? Hanya setakat itu, mungkin...

Bukan saya tidak bersyukur. Ya, syukur, alhamdulillah di atas nikmat ini. Cuma, rasa seperti kurang sesuatu dalam diri. Perasaan yang sering saya rasa apabila dapat result...

Untuk exam, semua orang pasti berusaha kan? Lagi-lagi, kalau orang tu nak berjaya, mesti dia berusaha. Cuma, setakat mana usaha yang perlu diperuntukkan untuk mendapat keputusan yang diinginkan, tiada siapa yang dapat meneka, melainkan DIA. Ada orang usahanya memang berhempas pulas, tapi tetap kurang berjaya. Ada pulak orang yang usahanya nampak sempoi je, tapi result gempak giler. Saya? Bukan mana-mana kot. Ada orang yang studinya jauh lebih mantap daripada saya. Nak kata tak studi langsung, tak berani la saya... hhmmm...

Untuk exam sem lepas, saya menjangkakan kegagalan sebenarnya... Jangka? Ye la, mesti la boleh jangka, kita yang jawab soalan tu kan. Rasa memang yakin la, fail. Tapi, Allah bagi jugak lulus, alhamdulillah. Untuk exam kali ni, terus terang saya cakap, posting yang lebih susah sebenarnya, dan usaha studi saya yang tak seberapa, juga menjangkakan kegagalan sebelum exam. Namun, juga alhamdulillah, Allah berikan kemudahan.

Kenapa saya sentiasa diberi kemudahan dalam aspek peperiksaan ni? PTS, UPSR, PMR, SPM, Foundation, dan exam-exam semasa dalam medical school ni, saya belum pernah gagal....

Pandai ke? Hebat ke? Terer ke? Ke tengah berlagak nih???

Tak lah! Saya rupanya belum sanggup untuk itu! Walaupun dah banyak kali saya mempersiapkan hati dan jiwa saya untuk menghadapi kegagalan dalam peperiksaan, saya rupa-rupanya belum sanggup! Sungguh, Allah Maha Tahu keperluan hamba-hambaNya. Apabila terfikir akan kenyataan ini, hati jadi hasad dengan mereka yang sering gagal. Mereka lebih kuat! Mereka lebih hebat, untuk bangun semula meneruskan perjuangan. Mereka lebih banyak peluang untuk dekat, merayu, memohon dan mengingati Allah, supaya terus diberikan kekuatan... Mereka yang sebenarnya telah sanggup memikul beban yang belum sanggup dipikul oleh orang lain! Saya sangat kagum!

Sesungguhnya, segala-galanya kembali kepada Dia yang Maha segalanya. Maha Penyayang. Maha Pemurah. Maha Adil. Saya sekarang juga sedang diuji. Diuji dengan kesenangan dan keselesaan. Comfort zone saya makin meluas, dengan kemewahan masa yang tidak perlu digunakan untuk 'belajar medik secara serius'. Zone ini akan jadi semakin berkembang dengan hebatnya kalau saya pulang ke kampung, sebab tu saya masih di sini (salah satu sebab lah..huhu)...


Kata Allah lagi...

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, (yaitu) orang-orang yang kikir dan menyuruh manusia berbuat kikir. Dan barang siapa yang berpaling (dari perintah-perintah Allah) maka sesungguhnya Allah Dia-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji" (Al-Hadid, 57:22-24)



Kata saya lagi...

Peringatan buat diri saya sendiri, juga buat semua. Setiap apa yang berlaku, adalah yang terbaik buat kita. Yang penting, sentiasa ada DIA dihati kita. DIA tidak pernah mengharapkan putus asa dalam sebuah kegagalan, apatah lagi lupa diri dalam sebuah kejayaan. Yang pasti, kita semua sama, tetap hamba-hambanya yang sentiasa layak untuk diuji. Tidak kiralah dalam bentuk apa jua sekalipun. Semoga kita sentiasa bersedia menerima takdir terbaik buat diri kita...

Selamat berjuang buat sahabat yang akan mengulang tahun (R, sungguh dirimu adalah yang paling hebat dan kuat dimata Tuhanmu! Fighting!)
Selamat berjuang buat sahabat yang sedang re-sit posting (Go go go, fighting!)
Selamat berjuang juga buat sahabat yang sedang sangat selesa...

Saya akhiri entry ini dengan sebuah lagu yang sedang saya suka...


Menonton 'Karate Kid' bersama ani dan sumi, di saat-saat genting ber'hiro'... hak2, kantoi...
Like the movie, like the spirit, like the song, like Jaden smith yg comeyl dan berbakat... hehe


Kata Dre Parker, " I don't want to be scared anymore!"
Kata Mr. Han, " Life could knock us down. But, we can choose to get back up. Remember, always be strong!"
Kata Justin Bieber, " And there's just no turning back, When your hearts under attack, Gonna give everything I have, It's my destiny, I will never say never, I will fight till forever...!"


^_^v


Wallahu'alam

2 comments:

Anonymous said...

salam sya..entri ni sedikit sbyk memberikan perspektif yg berbeda dengan apa yang sy fikir..tq ^^

ImimaysroN said...

salam.. insyaAllah, kita harus sentiasa cuba mencari perspektif berbeza daripada apa yang orang lain selalu fikir... kerana setiap apa yang datang dariNya punya hikmah tersendiri yg sentiasa terbaik! ^^

Post a Comment