21 October, 2010

Warkah Untuk Sahabat



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke saat ini.

Untuk pengetahuan kalian, saya dan Anna Nazri selamat menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada 13-18 Oktober yang lalu. Alhamdulillah, kami berjaya tamatkan pengajian kami selama 4 tahun di universiti kami yang dicintai. Terlalu banyak yang cabaran dan pengalaman yang ditimba selama bergelar mahasiswa. Kenangan pahit manis menyiapakn tugasan dan projek penyelidikan pasti utuh dalam ingatan sehingga ke akhirnya.

Secara peribadinya saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang telah mematangkan diri. Sebelum memulakan, saya mohon maaf untuk tulisan yang tak seberapa ini. Kesian Sya, hanya Sya yang sering meluangkan masa mengemaskini blog ini, padahal kita dah janji untuk sama-sama mencoretkan sesuatu dib log ini sebagai tanda persahabatan yang terjalin antara kita. ( Sori, sya and thanks a lot!). Suka baca setiap entry yang dihasilkan oleh Sya. Setia menunggu entry daripada Alia Hamzah dan Anna Nazri..

Bermula selepas tamatnya peperiksaan SPM, Allah uji saya dengan keputusan yang pada mulanya terlalu berat untuk saya terima. Namun, saya akui, keputusan SPM saya berpatutan dengan usaha saya selama 5 tahun di SCIPP… ( Antara kita b’4, saya paling sikit bilangan A, huhu). Saya syukuri dengan keputusan tersebut. Hanya Allah saja yang mengetahui perasaan saya bila berbicara tentang SPM. Menangis, mencari di mana silapnya. Sampai sekarang, air mata masih menitis bila terkenangkan ujian yang Allah anugerahkan pada saya dengan SPM. Terima kasih kepada umi dan abah yang tetap menyokong saya. Juga terima kasih kepada kalian yang membantu saya untuk bangun kembali. Saya sedarkan diri saya, untuk bangkit kembali. Yang lepas biarkan berlalu. Saya perlu teruskan untuk tangga kehidupan yang seterusnya. Semasa menjalani latihan mengajar tempoh hari, saya sering ingatkan pelajar saya untuk terus berusaha supaya tidak jatuh tersungkur seperti saya, cikgu mereka. Sedikit kesal apabila pelajar bertanya tentang bilagan A yang saya perolehi untuk SPM. Saya tak mampu untuk memotivasikan pelajar saya dengan keputusan SPM saya.huhu. At last, keputusan cikgu Norazliana menjadi sasaran. “ cikgu Norazliana tu dapat straight A, contohi cikgu tu ye….” Itu jawapan saya bila pelajar tanya, “ cikgu dapat berapa A mase SPM…??”

Melangkah ke matrikulasi ( Kolej Mara Kulim), saya focus kepada pelajaran, sepenuh perhatian. Tanpa bergiat aktif dalam ko kurikulum atau melalui kepimpinan. Saya tinggalkan semua itu sebagai alas an untuk cemerlang dalam akademik. Full time, belajar! Dan at last, keputusan di matrikulasi biasa2 aje. Ingatkan bila tak bergiat aktif (ko-kurikulum dan kepimpinan), saya mampu hasilkan keputusan yang luar biasa tapi apa yang saya dapat adalah sebaliknya. Saya menyesali keputusan saya untuk tidak bergiat aktif. Mana taknya, saya tamat matrikulasi tanpa satu pun sijil ko kurikulum atau kepimpian. Langsung takde sijil dan result exam yang biasa2. Kesilapan yang disengajakan ataupun tak, saya pun tak mengerti.

Diterima sebagai mahasiswa UPSI dengan program Pendidikan Matematik, saya tekad untuk seimbang akademik, kepimpinan dan kegiatan KO. Mula berjinak-jinak sebagai AJK Kerohanian di kolej kediaman, saya mula serasi dengan ritma kehidupan baru. Alhamdulillah, result exam semakin menunjukkan peningkatan sejak dari sem 1 dan seterusnya. Saya manapak dengan yakin di UPSI walaupun ada kalanya, langkah saya tersadung. Cabaran akan ada di mana-mana kan?? Banyak perkara yang mengajar saya menjadi lebih dewasa (walaupun kadang2 ada juga nakalnya cam bdk2). Kita berempat melalui jalan kehidupan yang berbeza. Saya dan ana di tg malim, sya di indon sebelum balik ke Bangi dan alia pula jauh di Aldelaide.. Ingat lagi masa alia call pada hari sebelum dia bertolak ke Australia, saya nangis (buat pgakuan terbuka, malu!) sebab rasa seolah2 akan ditinggalkan jauh. Tapi kita ada impian masing-masing untuk dicapai. Secara zahirnya kita jauh antara satu sama lain, tp hakikatnya hati kita saling berhubung. Insyaallah kalian sentiasa dalam doa saya sejak dulu, sekarang dan selamanya.

Detik melangkah masuk semasa perarakan graduan tempoh hari, air mata menitis lagi. Sengaja saya biarkan air mata mengalir perlahan. Lebih2 lagi apabila melihat wajah umi dan abah tersenyum memandang sambil melambai kea rah saya dari tempat duduk mereka. Kawan disebelah tanya, “kenapa menangis..?” Saya Cuma mampu tersenyum tanpa jawapan. Hati rasa berbisik, mungkin ini harga sebuah kejayaan serta kepuasan setelah sekian lama berhempas pulas. Jatuh dan bangun di jalan perjuangan mendapatkan segulung ijazah. 10 saat di pentas konvokesyen sudah lebih dari cukup untuk membayar harga pengorbanan selama ini… Saya janji dengan diri saya, konvokesyen saya tempoh hari adalah konvo saya yang pertama, tapi bukan yang terakhir. Sya, Alia, Anna dan yang lain2, tolong ingatkan saya tentang janji ini jika saya lupa suatu hari nanti. Tolong sokong saya, jika saya lemah untuk menunaikannya nanti. Sahabat- sahabatku, saya terlalu memerlukan sokongan kalian.


Focus seterusnya, menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik (mampukah saya menjalankannya dengan sempurna??). Apa pun yang terjadi nanti, saya mesti cuba untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut. Pelbagai cabaran dan dugaan lagi menunggu saya di depan. Hanya kepada Allah saya mohon kekuatan untuk saya terus menapak. Tidak kurang bila dah tamatkan pengajian, ramai yang bertanya bila nak tukar status.( alia yang selalu bertanyakan soalan ini) Terus terang, tukar status ini perkara yang ke-40 ada dalam fikiran saya. Apa-apa pun, saya tidak menolak jika ditakdirkan ianya terjadi dalam masa terdekat ni. Kalau dah jodoh, tak kemana. Ya kan, alia?? (haha, cik alia sila fahamkan maksud saya..) yang terakhir, saya impikan untuk meluangkan masa bersama kalian suatu hari nanti. Mungkin kita boleh bercuti bersama. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama, dan saya yakin kaliam juga begitu. Betul kan?? Rindu akan gelak tawa kita bersama, usik mengusik dan juga cerita nakal antara kita. Rasanya cukup sampai di sini untuk kali ini. Lain kali saya cuba menulis lagi. Maaf jika tulisan ini manggangu kalian. Nothing much to say, just want you to know, I MISS U ALL. Ya Allah, payungi mereka dengan rahmat dan kasih sayang-MU, bila tempatku bukan lagi di sisi mereka. Wassalam.

2 comments:

ImimaysroN said...

Tahniah Cikgu Hidayah & Cikgu Ana! rindu bangat sama kamuuu sume... sahabatku sayang, mari sama2 saling mengingatkan.. bersyukur Allah beri kekuatan untuk kita menghidupkan blog ni.. biar sikit, asal istiqamah, insyaAllah... Bersyukur sy ada kalian.. Ya Allah,izinkan kami saling manyintai, di atas nama cintaMu... ^_^

ImimaysroN said...

nk komen lg... heheh... bestnya dh konvo, nk konvo jgk nnt...amin, insyaAllah! jgn lupa bgtau bla dh stat posting ye..

Post a Comment