10 March, 2010

Dia Takkan Pernah Jemu...

Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Siapakah yang takkan pernah jemu? Jemu untuk apa? Sungguh, hanya Dialah pemilik nama yang Agung itu... Maha segala-segala... Saban hari, insyaAllah kata ' bismillahirrahmanirrahim' tidak pernah lekang dari bibir kita, selaku hamba yang hina. Paling kurang pun, kita menyebut namanya ketika mahu makan. Mengingatkan kita akan sifat Allah yang paling memberi makna buat kita. Tanpa sifat pemurah dariNya, takkan kita wujud didunia ini, takkan kita berpeluang bernafas, walau untuk sesaat. Tanpa rasa sayang dariNya, takkan kita sedar bahawa kita bukan keseorangan di dunia ini, takkan kita sempat merasa bahagia walau untuk sedetik...

Dia Yang Maha Mengetahui

Segala puji bagi Allah, alhamdulillah... Tu je yang mampu saya ucapkan. Allah telah memberi saya peluang untuk merasa bahagia buat seketika kerana dapat meneruskan perjuangan ke tahun empat tanpa perlu terlalu bersusah payah. Bahagia ke? Umm... alhamdulillah,alhamdulillah, alhamdulillah... Tapi, jauh di sudut hati, ada satu perasaan yang kurang menyenangkan. Saya terasa terlalu dimanjakan olehNya. Dimanjakan kerana diberikan apa saja yang saya idamkan, yang saya impikan, yang saya harapkan. Kenapa saya rasa macam tu ye? Kenyataannya, saya tahu saya belum melakukan yang terbaik yang mampu saya lakukan. Saya sedar persediaan saya sebelum peperiksaan sangatlah tidak mencukupi, seperti sahabat yang lain. Saya ingat banyak kelalaian dan dosa yang telah saya lakukan. Saya tahu saya belum cukup layak untuk menerima apa yang telah Dia berikan. Namun, kenyataannya juga Dia tidak pernah jemu untuk memberi...

"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." (Ibrahim 14:34)

"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At-Talaq 65:3)

Ya, semuanya telah ditentukan. Saya dan sahabat yang lain telah ditentukan oleh Allah lulus, dan layak untuk naik ke tahun 4. Ada pula antara sahabat-sahabat saya yang lain yang perlu mengulang posting sebelum layak meneruskan langkah seterusnya. Ada juga sahabat lain yang ditentukan oleh Allah gagal melangkah ke tahun 4, sebaliknya perlu mengulang kembali tahun 3. Walau apa pun senarionya, itulah yang terbaik buat kita semua. Andai kita tidak berpuas hati sekarang, Allah lebih tahu hikmahnya, yang mungkin akan dapat kita sedari apabila kita telah melaluinya nanti... mungkin esok, mungkin bulan depan, mungkin sepuluh tahun yang akan datang... segala-galanya mungkin bagi kita, tetapi telah pasti bagi Allah, untuk kita.

Mereka yang dipinjamkan kejayaan oleh Allah, diuji samada dia cukup bersyukur atau tidak. Syukur sebagai tanda kita mengingatiNya. Manakala mereka yang dikurniakan kegagalan oleh Allah, diuji ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kegagalan tersebut. Dan yang pasti, setiap bentuk ujian yang diberikan adalah untuk diambil iktibar dan pelajaran, supaya kita dapat melalui hidup ini dengan lebih bermakna. Jadi, kepada sesiapa yang dikurniakan ujian gagal buat kali ini, bersyukurlah! Allah ingat akan kita. Allah masih sayangi kita. Allah peduli akan kita. Untuk turut mengingatiNya. Kita tahu apa yang kita mahukan. Kita juga patut tahu bagaimana untuk berusaha bagi mendapat apa yang kita mahukan. Dan Allah sentiasa Maha Tahu untuk memberi apa yang paling layak untuk kita. Siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang dikurniakanNya andai kita hanya meluangkan sekurang-kurangnya 25 minit (5 minit X 5 solat) daripada 24 jam sehari untuk melaksanakan perintahNya sebagai tanda kita mengingatiNya (dalam 5 minit solat tu pun, khusyuk ke kite???). Ke rasanya kita dah berusaha sehabis-habis daya + doa sesungguh-sungguh + ibadat sebanyak-banyak + tawakkal secukup-cukupnya?? Ingat kembali dosa silam, pasti ada penyebabnya... Dan bagi mereka yang digembirakan Allah dengan ujian lulus dalam exam ni, ia bukanlah hakmilik kita yang hakiki. Hanya daripada Allah kita memperoleh kekuatan untuk belajar dan menjawab soalan. Hanya daripada Allah kita diberi ketenangan. Hanya daripada Allah nama kita tersenarai dalam senarai mereka yang lulus. Jangan pernah lupa wahai diri. Gunakanlah kelebihan yang diberikan untuk mendokong dan membantu sahabat yang lain, insyaAllah...

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri," (Al-Hadid 57:22-23)

Buat setiap hamba yang sentiasa layak diuji



Mari kita muhasabah bersama....
Wallahu'alam...


0 comments:

Post a Comment